Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

Viewing 15 posts - 61 through 75 (of 138 total)
  • Author
    Posts
  • #26185
    vrsu
    Guest

    ni mungkin manfaat utk di kongsi bersama melalui pengalaman peribadi saya meminjam di semua saluran pinjaman yg popular di negara kita. saya meminjam di pinjaman wang berlesen & ah long kerana ingin tahu procedure and saja suka2 nak pengalaman.

    1) pinjaman bank
    2) pinjaman wang berlesen
    3) ah long

    saya rasa pinjaman bank tak payah nak explain lah sebab ini mmg legal & interest paling murah tapi syarat yg ketat ccris & ctos mmg kena cantik sebab bank mmg takkan bg pinjam pada risky borrower. ni saya nak cerita based on my personal experience pada No 2 & 3.

    bg saya pinjaman wang berlesen & ah long takda beza. yg membezakan nya cuma no 2 tu legal & accountable, ada lesen yg sah dari gov & interest ada had limit while ah long ni running without proper licence & interest takda kawalan. tapi yg membezakan ah long & scammers ni, even pinjam dengan ah long pon dia tak akan sekali2 minta kita pendahuluan / up front atau bayar fee itu ini dalam bentuk wang. ada segelintir ah long menerima cagaran (barangan berharga mcm brg kemas, laptop, tablet atau tanah dll) tapi bukan mengambil wang pendahuluan. segala processing fee ke apa kalau ada lah utk ah long tu semua dia akan tolak dari wang pinjaman kita. contoh kita pinjam ah long RM1,000.00 bayaran balik selama 3 bulan. dia akan beri kita RM800.00 tapi kita bayar balik ke RM1,200.00.

    lagi satu, semua syarikat pinjaman wang berlesen, bank & ah long, biasa nya tak apply melalui whatsapp. boleh berhubung melalui whatsapp tapi dia tetap akan meminta kita dtg ke pejabat atau apply melalui email atau laman web mereka dengan domain company (bg company besar mcm bank, jcl, aeon credit). ah long pon takkan suka2 bg duit apply guna whatsapp je. dia mesti nak jumpa face to face, ada agreement, ambil gambar lagi hehehe dan dia akan minta kad bank yg masuk gaji. sebab dia nak keluarkan duit utk bayar balik pinjaman. tapi jgn risau dia akan ambil ikut perjanjian selebihnya tetap milik kita.

    nasihat saya di sini. kalau u guys nak pinjam duit dengan syarikan pinjaman wang berlesen, saya galakkan pergi terus ke pejabat. keputusan pon tau waktu tu juga sama ada layak / tidak. jika layak berapa pinjaman yg ditawarkan dan sebagainya. diorg juga tak paksa kalau kita taknak loan tu. dan semua caj / fee akan ditolak dari wang pinjaman. biasa nya 0.5% dari nilai pinjaman.

    kalau ada syarikat pinjaman wang yg minta upfront / wang deposit / test loan / insuran / rekod ctos ccris / esijil / duty stamp / processing fee ke atau lain2 itu semua scammers tak payah layan atau tanya2 lagi walaupon nama company yg digunakan adalah sah & terdapat rekod kpkt. kebanyakkan scammer mmg akan guna company yg berdaftar dgn kpkt utk mengaburi mata awam. company yg sebenar takda pon offer apply guna whatsapp je. apa2 pon mmg dia akan suruh dtg office utk submission / process & rundingan sebab kena isi borang application. jgn buang masa & tertipu.

    saya tak galakkan pinjam ah long. sebab interest dia mmg betul menjerut leher. kalau stakat nak pinjam amount yg sikit tu 1000 and below boleh la pinjam ah long sebab kita tau mmg kita mampu bayar balik. sebab pinjaman ah long tak buat lama biasa 6bln je kena bayar balik baru ah long pon happy. semoga pengalaman saya ni bermanfaat utk semua.

    kalau u guys ada masalah dlm pengurusan kewangan / hutang boleh juga pergi kaunseling ke AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit ) service adalah percuma. mereka tidak akan memberi dana tapi mereka menyediakan khidmat nasihat & penyelesaikan utk pengurusan kewangan / hutang anda. membuat pinjaman baru utk selesaikan hutang lama sebenarnya bukan jalan penyelesaian malah membebankan.

    #26186
    vrsu
    Guest

    mcm ni lah kalau nak elak daripada ditipu scammers sebab scammers ni makin lama makin creative and MO dia evolve ikut peredaran masa. duduk bertenang & fikir logic fundamental kepada kepada perkara tersebut. sebagai contoh; apa fungsi agensi pinjaman wang? ya memberi pinjaman kepada yang layak/ desperate & memerlukan wang segara. kita takda duit la sebab tu kita nak meminjam, kalau kita ada duit buat apa nak pinjam? so kalau belum pinjam dah minta bayar itu ini caj sana sini, sampai rugi ribu2 tu dah lari dari konsep fundamental asal agensi pinjaman. bukan utk dpt kita easy cash loan tapi awal2 lagi dah lahap duit kita & membebankan kita. mcm ni lah desperate mana pon kita mahukan wang, ingat mana2 agensi pinjaman even ah long pon takkan minta apa2 bayaran sebelum duit diberikan pada kita. saya tak galakkan pinjam ah long, ini cuma perbezaan ah long dgn scammers. ah long kita tetap dpt duit cuma nak bayar balik tu mmg buat kita sesak nafas. tapi scammers buat kita rugi lebih byk

    #26187
    Reagan
    Guest

    Dapat duit ke ?

    #26188
    Yusuf Bin Mahali
    Guest

    Saya sudah bayar 3365 kepada syarikat pinjaman wang berlesen itu. Tapi syarikat itu sah.. Sekarang dia minta lagi 2k.. Macam mana, apa perlu saya buat?

    #26189
    Adam
    Guest

    Dah buat belum? Ker awak cancle?

    #26190
    Jj
    Guest

    Macammana ada dapat duit ke

    #26191
    Jj
    Guest

    Indera jaya ni scam ke? Siapa kat sini pernah buat loan.. Dalam kpkt mmg ada.. Tp mintak duit x hbs²

    #26192
    iPP
    Keymaster

    Hai, untuk melindungi keselamatan diri, lebih baik anda mencari syarikat pinjaman yang tidak meminta wang pendahuluan. Terdapat ramai ejen scam yang menggunakan nama syarikat berlesen untuk menyamar diri sebagai ejen pinjaman sah dan meminta wang pendahuluan lalu menghilangkan diri setelah pembayaran telah dibuat. Jadi, pastikan juga untuk menghubungi syarikat berlesen tersebut dan melawati ofis mereka untuk memastikan bahawa ejen tersebut betul-betul merupakan pekerja syarikat tersebut.

    #26193
    Eikin
    Guest

    Sm la asyik mintak duit he,kite nie nk pinjam lg kuar byk Ade la… pinjaman pun 1 sen x dpt…

    #26194
    Zazali
    Guest

    Saya pn tengah berurusan dgn syarikat ni katany loan layak lulus tp kena bayaran insurans

    #26195
    Zazali
    Guest

    Saya pn tengah berurusan dgn syarikat ni katany loan layak lulus tp kena bayaran insurans

    #26196
    Izzati
    Guest

    Ada sesiapa pernah pinjam dgn SB Fast Resources?

    #26197
    izzati
    Guest

    Saya baru kena semalam dengan SB Fast Resources. sy dah cek rekod dorang kat kpkt memang ada. sy nak pinjam 1k je dan permohonan sy katanya lulus. tapi sy nak kena bayar process fee rm70. lepas dah bayar kena bayar pulak upfront untuk 2 bulan rm174. macam pelik je,belum dapat loan tapi dah kena bayar. terus rasa macam kena tipu. alahai ,apa la nasib

    #26198
    Eikin
    Guest

    Btl sy pun kene…mmg kene byr ke klau under kpkt

    #26199
    Jj
    Guest

    So ape jadi sekarang?? Dah dapat duit ke? Sebab saya dalam situasi yg sama.. Sampai skrg msh mintak duit lagi

Viewing 15 posts - 61 through 75 (of 138 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.
Login Register