AWAS: Scammer Facebook Menyamar Sebagai iPinjaman Peribadi!

Scammer Facebook Menyamar Sebagai iPinjaman Peribadi
Share Artikel ini!

Kami di iPinjaman Peribadi telah menerima laporan tentang seseorang scammer yang kini menggunakan nama dan imej IPP untuk menjalankan scam pinjaman melalui Facebook. Dalam scam ini, scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi untuk menipu duit daripada mangsa yang mempercayai IPP sebagai platform mencari pinjaman yang sah dan selamat.

Scammer ini mendakwa mewakili iPinjaman Peribadi, siap dengan logo IPP sebenar dan imej post yang telah dicuri daripada laman Facebook IPP rasmi, iaitu https://www.facebook.com/iPinjamanPeribadiMalaysia/

Scammer Facebook Menyamar Sebagai iPinjaman Peribadi

Namun, alamat email dan nombor telefon yang dipaparkan adalah info scammer sendiri, untuk menipu mangsa yang mengenali nama IPP sebagai platform selamat untuk mencari syarikat pinjaman wang berlesen.

Pihak IPP telahpun membuat laporan rasmi kepada Facebook dengan butiran scam ini supaya penyiasatan boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan laman Facebook scammer ini boleh diturunkan dengan serta merta.

Kami di iPinjaman Peribadi ingin menyarankan lagi kepentingan menjadi pengguna yang bijak, terutamanya kini apabila terdapat pelbagai scam baru yang dicipta setiap hari. Ingat selalu:

1. iPinjaman Peribadi adalah platform untuk mencari syarikat pinjaman peribadi yang sah dan berlesen berdekatan anda.

2. iPinjaman Peribadi BUKAN pemberi pinjaman wang, dan tidak akan menawarkan apa-apa pinjaman peribadi kepada anda.

3. iPinjaman Peribadi tidak akan meminta anda menghantar apa-apa dokumen sulit bagi memproses pinjaman anda – segala urusan permohonan pinjaman peribadi diuruskan oleh syarikat pinjaman berlesen sendiri.

4. Mungkin terdapat lebih lagi scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi. Jika anda mencurigakan apa-apa mesej yang ditularkan melalui Whatsapp, media sosial, laman web, atau apa-apa sahaja, pastikan anda menghubungi IPP untuk mengesahkan kebenaran mesej tersebut melalui saluran rasmi berikut:
– Whatsapp IPP
pada nombor +60 12-976 1588
– S
ervis live chat pada laman web IPP
– PM di laman Facebook rasmi IPP
– Emel kami di [email protected] 

5. Jika anda telah menjadi mangsa scammer menyamar sebagai iPinjaman Peribadi seperti ini, sila membuat laporan secepat mungkin di portal aduan rasmi laman web KPKT untuk penyiasatan lebih lanjut.

iPinjaman Peribadi sentiasa mengambil berat tentang keselamatan anda sebagai pengguna.  Ikutilah kami di laman rasmi Facebook IPP dan kumpulan Facebook Awas Scam Malaysia, di mana komuniti yang aktif berusaha mencegahkan scam dengan mengongsikan maklumat scam terkini di Malaysia untuk menjaga keselamatan komuniti kita.

 


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Harus berwaspada dan berhati-hati ketika ingin mencari pinjaman peribadi. Ingat! Jangan sesekali membuat sebarang bayaran untuk dapatkan pinjaman.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>