Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?

Viewing 15 posts - 1 through 15 (of 138 total)
  • Author
    Posts
  • #26124
    iPP
    Keymaster

    Kita semua pernah dengar cerita yang menakutkan tentang orang yang mengambil pinjaman daripada syarikat yang mereka mula-mula agak sah, tetapi sebenar
    [See the full post at: Adakah Anda Pinjam Daripada Syarikat Peminjam Sah?]

    #26125
    Moharina
    Guest

    Hello, saya memang berminat untuk buat pinjaman dalam jumlah yang kecil tapi saya tidak mahu berhutang dengan ah long atau ceti haram.

    #26126
    Norliza kasim
    Guest

    Adakah ipinjaman ini sah disisi undang2.

    #26127
    SHURENTHERAN BALRAM
    Guest

    Yes saya ada tetapi dia mintak duit up fran saya kata saya tak ada duit lepas tu dia black list saya

    #26128
    iPP
    Keymaster

    Syarikat pinjaman berlesen yang sah tak akan minta duit up front untuk proses pinjaman anda. Nasib baik anda tidak bayar duit apa-apa kepada syarikat itu! Anda bolehlah cuba apply lagi dengan syarikat yang mempunyai lencana “Disahkan Oleh IPP” untuk dapatkan duit yang anda perlukan.

    #26129
    Anonymous
    Guest

    Saya pernah mohon utk loan. Katanya perlu bayar deposit. Bayar utk rekod pembayaran la utk 8 bulan. Sedar diri dh ditipu, apa perlu saya buat?

    #26130
    iPP
    Keymaster

    Hai, jika anda khuatir telah ditipu, anda boleh menglengkapkan aduan dengan KPKT pada link ini: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm dengan serta-merta supaya pihak yang bertanggungjawab boleh menyiasat kes anda.

    #26131
    Muhammad Izzuan Bin Mohd Taufik
    Guest

    Sy ada memohon loan dgn 1 syarikat bawah kpkt. Permulaan dia caj hanya rm320 untuk surat janjian. Selepas semua sudah ok, sy terima 1 panggilan dari HQ katanya mintak pengesahan. Selang beberapa minit dia call semula melalui aplikasi whatsapp menyatakan ada pending loan approval atas nama saya dengan syarikat lain katanya dan meminta sy membayar sejumlah rm1060 untuk urusan lawyer clearkn nama sy, so diorg boleh bank in pinjaman sy. Apa perlu sy lakukan?

    #26132
    iPP
    Keymaster

    Syarikat yang sah tidak akan meminta anda membayar wang pendahuluan untuk mengeluarkan duit pinjaman anda. Walaupun nama syarikat tersebut tersenarai di bawah KPKT, terdapat juga ramai “scammer” yang menyamar sebagai wakil syarikat yang sah. Anda boleh melawati ofis syarikat tersebut dan mengesahkan bahawa wakil syarikat yang memanggil anda memang seorang pekerja dalam syarikat itu. Namun, jika anda khuatir kena scam, lebih selamat untuk membatalkan permohonan anda dan cari syarikat pinjaman berlesen yang lain. Anda juga boleh mengadu melalui talian KPKT: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm supaya mereka boleh jalankan penyiasatan yang berpatutan.

    Harap maklum bahawa nasihat yang diberikan oleh IPP hanya berdasarkan pendapat kami sahaja, dan tidak sepatutnya menjadi pengganti untuk nasihat kewangan atau perundangan profesional.

    #26133
    sikin
    Guest

    Sy pun dah kena dgn 3 syarikat..Hrap korang lebih bhati2.Lee cheng credit sdn bhd
    Brilliant prium sdn bhd
    price solution

    #26134
    Muhd Ruslan Bin Abdul Rahman
    Guest

    Skrg sy tgh cuba memohon dgn bberapa agensi pinjaman y d’katakn b’lesen.,lbh2 lg agensi y sy buat 2 d’bwah kpkt..tp kenapa smua agensi y sy summit 2 mtk pmbayaran dhulu yea??lgpn no y sy dpt 2 dri halaman utama agensi tersebut…

    #26135
    Warga perihatin
    Guest

    Pwb under kpkt terutamanya di Sabah mengenakan bayaran interest melebihi yg di benarkan olh kpkt. Iklan diluar pejabat 1.5% sebulan tetapi bila dah masuk pejabat kiraan dah jd 10-30% sebulan. Rata2 pwb berlesen adalah Ahlong berselindung di sebalik permit kpkt. Diharap warga bhgn penyiasatan rajin turun padang n aktif dimedia sosial utk melaporkan kegiatan pwb berlesen yg berselindung di bawah lesen permit kpkt.

    #26136
    Ahmad
    Guest

    Lee cheng sdn bhd ni scammer juga ke?

    Sebab saya ada mohon pinjaman dari mereka.

    #26137
    ayol
    Guest

    lee cheng tu mmg penipu ker?dia mintak rm500 ea?abs tu lps awak x byr apa dia ckp?

    #26138
    Siti
    Guest

    Lee cheng credit sdn bhd yg beralamat di kedah kn? Sy dh kena mmg scam..berhati2 dorg mtk payment, mula deposit 300, insurance,pidm,lpstu ckp ade pending loan.sy dh kena dan dh buat police report.

Viewing 15 posts - 1 through 15 (of 138 total)
  • You must be logged in to reply to this topic.