5 Keputusan Bijak Sebelum Mengandung

5 keputusan bijak sebelum mengandung dengan anak.
Share Artikel ini!

Anak adalah anugerah Tuhan, malah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, keputusan untuk mendapatkan anak mesti dipertimbangkan dengan teliti. Jika hal kewangan anda tidak teratur, penambahan seorang anak kepada komitmen kewangan anda boleh lagi mengancam kestabilan status kewangan anda, dan menjadi sumber stres kepada keluarga. Namun, jika status kewangan anda amat stabil, anak baru boleh membawa kebahagiaan yang tidak boleh disukat. Berikut adalah 5 keputusan bijak sebelum mengandung dengan anak.

1. Mengkaji kos-kos yang berkaitan dengan membesarkan anak di kawasan anda

Berapakah kos perubatan ketika mengandung dan untuk melahirkan anak? Bagaimana kalau perlukan pembedahan C-section atau pemantauan perubatan yang lebih rapi? Setelah anak dilahirkan, berapakah kos peralatan seperti kereta sorong bayi, kerusi kereta, katil bayi, botol susu, dan sebagainya? Binalah sesuatu bajet supaya anda prihatin terhadap kos permulaan (kos lahir dan semua peralatan) dan juga kos harian (lampin, susu, baju, dan sebagainya) membesarkan anak.

2. Pastikan pendapatan bulanan anda boleh menampung cashflow tambahan tersebut

Sekarang, anda sudah agak-agak tahu kos permulaan dan kos harian untuk membesarkan anak anda. Anda boleh merancang untuk menyimpan duit secukupnya untuk menampung kos permulaan untuk melahirkan anak. Seterusnya, pastikan pendapatan bulanan anda juga cukup untuk menampung kos harian tambahan. Jika tidak cukup, carilah pendapatan tambahan yang stabil untuk jangka panjang.

3. Bina dana kecemasan

Anda pasti ingin memastikan bahawa jika terdapat apa-apa kecemasan (perubatan, kemalangan, bencana alam, dan sebagainya), anda mempunyai dana yang mencukupi untuk membiayai kos hidup untuk pasangan dan anak-anak sehingga kestabilan boleh dicapai semula. Nasihat pakar kewangan adalah untuk menyimpan sekurang-kurangnya jumlah pembelanjaan untuk 6 bulan (termasuk semua kos hidup seperti sewa, bil, makanan, bayaran kereta / pinjaman, dan seterusnya). Dana kecemasan ini patut disimpan dalam akaun bank khas dan tidak patut disentuhi kecuali dalam kecemasan benar.

4. Pastikan peliputan insurans nyawa yang mencukupi

Dengan anak baru, anda sekarang lebih bertanggungjawab untuk memastikan keluarga anda mampu menampung kos hidup dalam apa-apa keadaan jua, termasuk jika anda ditimpa nasib malang. Dengan mengambil pelan insurans yang menawarkan peliputan jumlah yang mencukupi, anda boleh yakin bahawa apa jua kemalangan, kecacatan atau kematian tidak akan bermakna bahawa keselamatan kewangan keluarga anda diancam. Dengan setiap ahli keluarga yang baru, peliputan insurans nyawa juga perlu ditingkatkan bersama.

5. Pastikan anda tiada hutang yang tertunggak

Hutang itu bukannya perkara yang buruk, kecuali jika anda tidak mampu membayarnya. Mana-mana hutang yang tertunggak dan dikenakan faedah bermakna status kewangan anda memang belum stabil, dan anda belum sedia untuk menambahkan tanggungjawab kewangan anda. Jadi, pastikan anda melangsaikan semua hutang yang mampu, ataupun menyatukan hutang anda di bawah satu hutang dengan kadar faedah yang rendah, supaya anda boleh yakin untuk terus membayarnya walaupun terdapat bayi baru untuk menjaga.

Setelah anda mengambil dan menunaikan 5 keputusan bijak sebelum mengandung ini, anda telah bersedia untuk meraikan kelahiran anak anda ke dalam dunia ini! Semoga anda berjaya dalam perjalanan keibubapaan yang suci ini.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>