4 Pelajaran Mengenai Duit Yang Patut Diajar Kepada Kanak-Kanak

Pelajaran Mengenai Duit Yang Patut Diajar Kepada Kanak-Kanak
Share Artikel ini!

Kanak-kanak belajar setiap hari – daripada ibu bapa, persekitaran, kawan-kawan, pelajaran sekolah, dan banyak lagi. Tanpa ketahuinya, kami sebagai dewasa yang berinteraksi dengan mereka setiap hari boleh menyampaikan pelajaran yang kurang betul ataupun kurang sihat yang mungkin ada impak terhadap cara mereka menguruskan wang apabila mereka dewasa nanti. Jadi, ini adalah beberapa pelajaran mengenai duit yang patut diajar kepada kanak-kanak – jika kita berusaha untuk mengajar mereka dengan baik, nanti senanglah mereka dapat menguruskan wang pada masa depan.

1. Jenama bukan sama dengan kualiti

Dengan media sosial yang meluas hari ini, sifat kepengunaan atau “consumerism” amat biasa dalam masyarakat kita. Jadi, banyak perhatian diletakkan ke atas jenama barang-barang yang dibeli. Kanak-kanak memperhatikan ini dari usia yang muda, dan bermula menerima mesej bahawa mereka patut menyasar untuk membeli barang berjenama. Manakala barang tidak berjenama dilihat sebagai kurang berkualiti atau bertaraf. Sebaliknya, kita patut mengajar kanak-kanak betapa banyak duit boleh dijimatkan jika kita membeli barang mengikut kualiti dan pengunaan, berbanding dengan jenama. Ajarkan mereka bagaimana untuk membandingkan harga dan review atas laman web, dan membuat keputusan yang bijak.

2. Ketahui kos sebenar barang ataupun servis

Kita sebagai dewasa selalu berfikir bahawa kanak-kanak terlalu muda untuk dibebankan dengan hal-hal kewangan. Namun, memang tiada usia terlalu awal untuk bermula memperkenalkan konsep kos kepada kanak-kanak. Kanak-kanak semuda 2 atau 3 tahun sudah boleh bermain “kedai” di mana mereka “menjual” barang dan menerima wang pura-pura sebagai bayaran. Semakin mereka membesar, anda boleh melibatkan mereka dalam transaksi sebenar, seperti mencabar mereka meneka kos sesuatu barang atau sajian dalam restoran. Anda juga boleh memberi mereka duit untuk membayar juruwang di kedai, supaya mereka boleh belajar mengira duit dan mendapatkan wang pulangan dan resit. Dengan praktis ini, kanak-kanak boleh membiasakan diri dengan mengendalikan duit, dan membangunkan kesedaran tentang kos hidup hari ke hari.

3. Berlatih menyediakan bajet setiap kali menerima duit

Kanak-kanak juga boleh memahami konsep bajet ringkas, dan boleh dibimbing untuk merancang peruntukkan duit simpanan sendiri. Latihan ini paling efektif setelah kanak-kanak tersebut menerima duit, mungkin pada hari jadi ataupun dalam musim Raya. Untuk kanak-kanak lebih tua, mereka boleh merancang bajet setiap kali menerima duit elaun bulanan. Duit yang diterima boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, contohnya duit simpanan, pembelanjaan, sedekah, hadiah, dan peruntukan untuk sesuatu yang amat diingini. Contohnya, jika kanak-kanak tersebut ingin membeli permainan baru, dia boleh meletakkan sebahagian setiap jumlah duit yang diterima dalam tabung sampai dapat mengumpulkan duit yang mencukupi untuk membuat pembelian itu. Anda boleh membeli tabung-tabung berbeza untuk setiap kategori bajet supaya lebih senang untuk kanak-kanak tersebut untuk mengetahui jumlah yang ada untuk dibelanjakan atau disimpan.

4. Amalkan sifat bersyukur untuk apa yang ada

Kebanyakan kita amalkan budaya bandingkan diri dengan orang lain. Contohnya, jika kawan-kawan anda semua kerap membeli telefon bimbit pintar yang terbaru, anda pun mungkin berasa keinginan ataupun keperluan untuk membeli telefon baru supaya anda boleh menaikkan “status” anda juga dalam kumpulan sosial anda. Jika anda menunjukkan sifat ini dalam kelakuan ataupun perbualan anda, kanak-kanak pun akan belajar bahawa ia amat penting untuk padankan gaya hidup anda dengan orang lain dalam kumpulan sosial anda. Sebaliknya, jika kita dengan sengaja mengamalkan sifat bersyukur untuk semua yang kita ada, dan menerangkan kepada kanak-kanak bahawa ia lebih bermanfaat untuk hidup mengikut kemampuan diri untuk jangka masa panjang, mereka mungkin akan lebih berkebolehan untuk menangani tekanan sosial begini pada masa depan nanti.

Kita sebagai dewasa mempunyai tanggungjawab terhadap pelajaran mengenai duit yang patut diajar kepada kanak-kanak. Dengan ini, kita boleh memupuk sifat, nilai, dan tingkah laku berkaitan duit yang positif dalam generasi muda, untuk menjaminkan masa depan yang lebih cerah untuk mereka.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>