Cara Betul Menggunakan Kad Kredit Anda

Cara Betul Menggunakan Kad Kredit
Share Artikel ini!

Jika anda baru memiliki kad kredit, mungkin anda berasa amat teruja untuk menggunakannya, atau berasa sedikit gementar kerana kad kredit ini sesuatu tanggungjawab yang besar. Sebenarnya, kad kredit adalah sesuatu alat yang mungkin amat berguna dalam kehidupan anda – asalkan ia digunakan dengan betul. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara betul menggunakan kad kredit supaya anda dapat menikmati manfaat maksima kad kredit anda dan mengelakkan semua kejadian buruk yang berpotensi berlaku dengan penggunaan kad kredit yang kerap.

1. Bandingkan semua jenis kad kredit sebelum memilih

Terdapat ramai jenis kad kredit yang ditawarkan oleh bank, semuanya dengan syarat kelayakan, ganjaran, dan yuran yang berlainan. Sebelum anda memohon untuk kad kredit anda, bandingkanlah semua kad yang anda layak untuk memohon, dan cari tawaran yang terbaik untuk diri anda sendiri. Pastikan anda semak kadar faedah, caj tahunan, dan yuran-yuran lain yang berkenaan – terdapat ramai kad kredit yang sudi mengabaikan caj tahunan dan menawarkan kadar faedah yang rendah jika anda rajin untuk mencarinya.

2. Pohon untuk kad kredit yang padan dengan gaya hidup anda

Setiap tawaran kad kredit dicipta untuk berpadan dengan gaya hidup yang berlainan. Anda perlu menelitikan ganjaran yang ditawarkan oleh setiap kad kredit dan pilih kad kredit yang paling sesuai dengan gaya hidup anda. Adakah anda seseorang yang kerap memandu kenderaan? Anda mungkin boleh bermanfaat daripada kad kredit yang menawarkan ganjaran “points” atau “cashback” untuk jumlah yang dibelanjakan untuk mengisi minyak kereta. Adakah anda seseorang yang suka melancong? Terdapat ramai kad kredit yang memberi ganjaran melancong seperti insurans melancong percuma, penggunaan ruang rehat ekslusif di lapangan terbang, dan sebagainya. Jika anda merupakan seseorang yang kerap makan di restoran, pilihlah kad yang menawarkan diskaun di restoran terpilih, dan juga menganugerahkan mata ganjaran untuk perbelanjaan dalam kedai makan.

3. Anggapkan kad kredit anda sebagai kad debit

Peraturan pertama untuk menggunakan kad kredit dengan betul adalah untuk menggunakan kad kredit anda sebagai kad debit, iaitu hanya membayar melalui kad kredit jika anda mempunyai jumlah yang ingin dibelanja itu dalam akaun anda pada masa yang anda membuat bayaran. Ramai orang menganggap bahawa mereka boleh berbelanja dengan bebas dengan menggunakan kad kredit kerana bil kad kredit tidak perlu dibayar dengan serta merta, malah hanya sekali sebulan. Jadi, mereka menggunakan kad kredit untuk membeli barang walaupun sebenarnya pada masa itu, mereka tidak mempunyai duit untuk menampungi pembelanjaan itu. Namun, tabiat pembelanjaan beginilah yang berpotensi untuk mendatangkan ribuan masalah jika anda tersekat pada akhir bulan dengan bil kad kredit yang terlampau tinggi dan tiada cara untuk membayarinya. Jadi, sentiasa semak baki bank anda sebelum membuat bayaran dengan kad kredit, dan hanya beli jika anda mampu bayar.

4. Sekali seminggu, semak penyata kad kredit anda

Tabiat baik untuk pengguna kad kredit adalah untuk menyemak penyata kad kredit secara online sekurang-kurangnya sekali seminggu. Dengan ini, anda boleh mengingatkan diri akan pembelanjaan yang telah dilakukan untuk minggu itu, memastikan anda masih berbelanja mengikut kemampuan, dan paling pentingnya, mengesan apa-apa scam ataupun aktiviti mencurigakan sebelum ia terlalu lambat. Dalam era ini, scam kad kredit boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kemungkinan besar anda pun akan menjadi mangsa pada suatu hari nanti – namun, dengan pengesanan awal dan laporan serta merta kepada pihak bank dan pihak polis, anda boleh mengelakkan berlakunya apa-apa kesan buruk terhadap keselamatan kewangan diri dan skor kredit anda. Jika anda mengesan apa-apa pembelanjaan yang tidak patut dalam penyata kad kredit anda, laporkanlah secara serta-merta dan menanganinya terus. Jangan leka, nanti rugi.

5. Bayarlah baki bil kad kredit anda dengan tepat setiap bulan

Peraturan inilah yang paling jelas dan kerap dibahas apabila membincangkan topik kad kredit. Kebanyakan masalah yang timbul dengan penggunaan kad kredit adalah akibat kegagalan pengguna untuk membuat bayaran bil kad kredit dengan tepat. Jika anda membayar sebelum tarikh akhir bil tersebut, anda boleh mengelakkan caj lewat, bayaran faedah dan kesan buruk kepada skor kredit anda, semuanya yang boleh menggali lubang hutang yang menjadi semakin sukar untuk mengatasi. Jika memang tidak boleh dielakkan dan anda benar-benar tidak mampu untuk membayar bil anda dengan sepenuhnya, bayarlah jumlah minimum yang ditetapkan oleh pihak bank untuk mengelakkan kadar faedah yang lebih tinggi lagi. Seterusnya, HENTIKAN segala pembelanjaan dengan menggunakan kad kredit tersebut sehingga anda berjaya menyelesaikan hutang kad kredit dengan sepenuhnya. Inilah cara terbaik untuk memastikan anda boleh mengeluarkan diri daripada hutang tersebut sebelum ia menjadi terlalu besar untuk diatasi.

Nikmatilah faedah pelbagai yang datang dengan menggunakan kad kredit anda, namun jangan melupakan nasihat di atas. Jadilah pengguna kad kredit yang bijak, demi keselamatan kewangan diri dan keluarga sekalian!

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang cepat, mudah, dan selamat untuk mengatasi masalah hutang kad kredit anda, carilah di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>