Apakah Hak Anda Sebagai Peminjam di Malaysia? | Edisi 1

Hak Anda Sebagai Peminjam
Share Artikel ini!

Kebanyakan orang yang memohon pinjaman peribadi tidaklah mengupah peguam sendiri untuk mengendalikan proses pinjaman. Kita biasanya percayakan syarikat pinjaman berlesen untuk menguruskan segala borang, pendaftaran pinjaman, bayaran duti setem, dan sebagainya. Malah, jika anda tidak peka terhadap hak anda sebagai peminjam, anda terbuka kepada apa-apa helah ataupun scam yang mungkin disembunyikan dalam proses permohonan pinjaman tersebut. Jadi, anda perlulah sentiasa ingatkan hak anda sebagai peminjam dan menyemak setiap langkah proses permohonan pinjaman tersebut supaya anda boleh yakin bahawa segalanya adalah sah dan selamat bagi diri anda. Berikut adalah senarai hak anda sebagai peminjam di Malaysia.

1. Anda perlu faham perjanjian pinjaman dengan sepenuhnya

Memang terdapat ejen yang kurang beretika yang mungkin mendesak anda menandatangani perjanjian pinjaman tanpa membaca dan memahaminya dengan betul-betul. Mungkin mereka hanya hendak mempercepatkan proses tersebut, tetapi ada juga yang mahu menyembunyikan terma dan syarat yang mungkin tidak adil bagi anda sebagai peminjam. Jika anda menandatangani sahaja perjanjian tersebut tanpa memahaminya, anda mungkin tersekat nanti kerana tandatangan anda tersebut menjadikan semua terma dan syarat dalam perjanjian itu sah di sisi undang-undang, dan anda tidak dapat mengubahnya kelak. Jadi, pastikan anda mengambil masa untuk membaca perjanjian tersebut dengan teliti, dan jika terdapat apa-apa yang anda kurang memahami, pastikan pihak syarikat menjelaskannya dengan betul sebelum anda menandatangani perjanjian tersebut.

2. Semua perjanjian pinjaman perlu diakusaksi

Hal ini adalah untuk melindungi anda daripada kecurian identiti, ataupun pembatalan perjanjian pinjaman secara tiba-tiba atas dakwaan yang pinjaman tersebut tidak sah kerana tidak diakusaksi. Oleh itu, proses tandatangan perjanjian pinjaman biasanya dilakukan bersemukaan dalam ofis syarikat pinjaman tersebut dengan saksi supaya perjanjian yang ditandatangani itu dikira sah.

3. Borang perjanjian pinjaman rasmi perlu digunakan

Kerajaan Malaysia telahpun menetapkan borang rasmi yang perlu digunakan dalam proses permohonan pinjaman, iaitu Borang Jadual J bagi pinjaman tanpa cagaran, dan Borang Jadual K bagi pinjaman bercagar. Pinjaman anda dikira tidak sah jika tidak menggunakan borang berpatutan. Jadi, sebelum anda menandatangani apa-apa, semak dahulu yang borang yang betul digunakan untuk permohonan anda.

4. Peminjam berhak dapat salinan perjanjian secara percuma

Setelah anda menandatangani perjanjian pinjaman, syarikat pinjaman patut memberi anda satu salinan pinjaman tersebut untuk rujukan anda tanpa mengenakan apa-apa caj kepada anda. Jika syarikat tersebut mengenakan caj kepada anda, pastikan anda merujuk kepada undang-undang KPKT melalui aplikasi i-KrediKom untuk menuntut hak anda.

Sebagai pengguna yang cermat, anda perlu sentiasa peka terhadap hak anda sebagi peminjam dan memastikan semua proses pinjaman tersebut adalah sah dan mencukupi untuk melindungi diri anda daripada scam dan penipu. Keselamatan kewangan adalah tanggungjawab sendiri, jadi pastikan anda semak sebelum anda tandatangan!

Edisi 2 artikel yang meliputi hak anda sebagai peminjam akan diterbit sebentar nanti. Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi yang sah dan selamat, carilah di iPinjaman Peribadi! Semua syarikat yang disenaraikan di IPP adalah sah berlesen di bawah KPKT dan selamat untuk dipinjam.

 

 


Share Artikel ini!

2 Komen

  1. Boss ribuan terima kasih kepada informasi anda dia atas.. artikel ini cukup baik untuk semua penduduk Malaysia seperti yang meminjam wang daripada Syarikat Pinjaman tanpa tak tahu HAK PEMINJAM yang boss nyatakan diatas.. saya pernah rugi RM4000 untuk memohon pinjaman peribadi dengan syarikat syarikat pinjaman wang berlesen kononnya Boss.. takpe ini artikel sudah ade kebaikan kepada semua orng seperti saya.. saya nak buat aduan kat KPKT dan tuntut balik wang yang saya telah depositkan kepada pihak berkenaan.

    Reply
  2. Hai! THIRUNAVAKARAS MUTHUSAMY
    Pengguna atau peminjam perlu memastikan mempunyai perlindungan ketika membuat pinjaman.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>