Tanda Anda Patut Mengambil Pinjaman Peribadi

tanda anda patut mengambil pinjaman peribadi
Share Artikel ini!

Anda mungkin pernah dengar bahawa anda tidak patut mengambil pinjaman peribadi jika status kewangan anda tidak stabil. Namun, terdapat juga situasi di mana pinjaman peribadi sebenarnya boleh membantu anda memulihkan status kewangan anda. Jika anda sedang bergelut dengan masalah kewangan, prihatinlah terhadap tanda-tanda yang dibincang dalam artikel ini. Tanda-tanda ini adalah tanda anda patut mengambil pinjaman peribadi sebagai penyelesaian kepada masalah kewangan anda.

1. Kerap menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa

Jika anda memerlukan duit segera, anda mungkin terpikat untuk mengambil overdraf ataupun kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa anda. Atau, anda mungkin menggunakan kad kredit anda untuk mengeluarkan duit daripada ATM. Jika anda menggunakan kaedah ini untuk mendapat sedikit tunai sekali atau dua sahaja, mungkin tiada masalah. Namun, pinjaman tunai seperti ini dikenakan kadar faedah yang amat tinggi, dan boleh cepat menjadi hutang yang susah untuk ditangani jika tidak boleh dibayar dengan cepat. Pilihan terbaik adalah untuk mengambil pinjaman peribadi kecil untuk menampung pembelanjaan anda untuk tempoh tertentu – pinjaman peribadi menawarkan kadar faedah yang tetap, dan skema bayaran yang tetap dan senang ditangani.

2. Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.

Jika anda sedang menangani beberapa hutang yang sudah tertunggak dan dikenakan faedah tambahan yang tinggi, anda mungkin lebih cermat jika mengambil satu pinjaman peribadi untuk menyatukan semua hutang lewat. Dengan ini, anda boleh mengelakkan bayaran lewat dan caj tambahan pinjaman yang tertunggak tersebut, dan hanya fokus semula kepada satu pinjaman peribadi sahaja, dengan kadar faedah yang lebih rendah.

3. Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan.

Jika anda tidak layak mengambil pinjaman daripada bank kerana skor kredit anda kurang memuaskan, anda boleh pertimbangkan untuk mengambil pinjaman peribadi daripada syarikat kredit komuniti. Syarikat kredit komuniti biasanya mempunyai syarat kelayakan yang lebih longgar, dan lebih sudi menawarkan anda pinjaman peribadi walaupun skor anda kurang cantik. Jika anda berjaya mengambil pinjaman dengan syarikat kredit komuniti dah gigih membayar balik hutang tersebut, anda pun boleh memulihkan skor kredit anda dan meningkatkan peluang anda untuk mengambil pinjaman bank pada masa depan.

4. Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.

Tindakan meminjam wang daripada orang tersayang adalah amat berisiko – jika anda gagal membayar balik hutang, anda mungkin boleh merosakkan hubungan dengan orang yang meminjam duit kepada anda. Jika anda mengambil pinjaman peribadi pula, anda boleh memelihara hubungan dengan orang tersayang, dan mengelakkan mencampurkan masalah kewangan dengan hubungan peribadi anda.

Adakah anda memerhati mana-mana tanda anda patut mengambil pinjaman peribadi di atas? Jika ya, carilah pinjaman peribadi berlesen yang cepat, mudah, dan selamat di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>