Apakah Itu Syarikat Kredit Komuniti?

Syarikat Kredit Komuniti
Share Artikel ini!

Beberapa tahun lalu, pihak berkuasa di Malaysia menghentikan pergunaan frasa “syarikat pemberi pinjaman wang” dan memperkenalkan frasa “Syarikat Kredit Komuniti”. Tapi, apakah itu Syarikat Kredit Komuniti sebenarnya? Adakah semua syarikat yang menawarkan service pinjaman dikira Syarikat Kredit Komuniti? Kami akan terangkan maksud dan syarat menjadi Syarikat Kredit Komuniti dalam artikel ini.

Definisi Syarikat Kredit Komuniti

Syarikat kredit komuniti adalah syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Perumahan Tempatan (KPKT) dan memegang lesen sah untuk menawarkan servis pinjaman duit kepada pelanggan. Syarikat Kredit Komuniti tidak dikawal oleh Bank Negara Malaysia, dan adalah institusi lain daripada bank-bank yang juga berhak menawarkan servis pinjaman duit kepada pelanggan. Biasanya, syarikat kredit komuniti menumpukan perhatian terhadap servis pinjaman duit sahaja, di mana bank juga menawarkan servis kewangan lain seperti tabung simpanan, kad kredit, pelaburan, dan sebagainya.

Kriteria Menjadi Syarikat Kredit Komuniti

Selain daripada pendaftaran di bawah KPKT, Syarikat Kredit Komuniti juga perlu memegang lesen yang aktif, dan jika ingin menjalankan iklan, juga perlu memegang Permit Iklan yang sah. Syarikat Kredit Komuniti juga perlu menjalankan aktiviti perniagaan daripada premis yang tetap, dengan papan tanda dipaparkan dengan jelas di depan ofis rasmi.

Kawalan Syarikat Kredit Komuniti

Syarikat kredit komuniti dikawal oleh KPKT dan tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Akta ini meliputi segala garis panduan dan sekatan yang perlu diikuti oleh Syarikat Kredit Komuniti, termasuk kadar faedah maksimum yang boleh dikenakan, pemeliharaan semua hak peminjam, dan tindakan yang sah diambil oleh syarikat kredit komuniti jika pinjaman gagal dibayar balik.

Mengapa Pilih Syarikat Kredit Komuniti Untuk Pinjaman Anda?

Syarikat kredit komuniti menumpukan fokus kepada servis pinjaman wang. Jadi, tawaran yang disediakan biasanya lebih fleksibel berbanding dengan pinjaman yang ditawarkan oleh institusi lain seperti bank. Syarikat kredit komuniti biasanya mengenakan syarat yang lebih longgar daripada bank, dan lebih berkemungkinan untuk meluluskan permohonan pinjaman anda walaupon skor kredit anda tidak begitu baik, ataupun anda tidak memenuhi syarat pinjaman yang dikenakan oleh bank. Proses permohonan dengan Syarikat Kredit Komuniti juga biasanya lebih ringkas dan senang berbanding bank, dan kelulusan boleh dicapai dengan lebih cepat. Pinjaman daripada Syarikat Kredit Komuniti juga biasanya meliputi julat yang besar – biasanya antara RM1000-RM100,000. Jadi, anda boleh meminjam berdasarkan keperluan anda sahaja.

Cara Mencari Syarikat Kredit Komuniti Yang Sah

Jika anda sedang mencari Syarikat Kredit Komuniti untuk memohon pinjaman, cara terbaik untuk mencari syarikat berdekatan anda adalah melalui senarai Syarikat Kredit Komuniti di laman web IPP. Semua syarikat telah diverifikasi memegang lesen sah daripada KPKT, mempunyai premis perniagaan tetap, dan mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Syarikat-syarikat di IPP telahpun dikategorikan berdasarkan kawasan liputan, jadi anda boleh senang mencari syarikat di kawasan anda. Selain itu, anda boleh juga merujuk kepada aplikasi KPKT iaitu i-KrediKom. Di sini tersenarai semua syarikat yang aktif didaftarkan di bawah KPKT, dan tertakluk kepada kawalan pihak berkuasa.


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Kredit komuniti merupakan syarikat pemberi pinjaman wang di Malaysia yang berdaftar di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>