4 Senario Bijak Mengambil Pinjaman Peribadi

Senario Pinjaman Peribadi - Wanita memegang wang tunai sambil tunjuk thumbs up
Share Artikel ini!

Untuk kebanyakan orang, pinjaman peribadi merupakan cara untuk mendapatkan wang segera untuk membiayai perlancongan, perkahwinan, pengubahsuaian rumah, dan sebagainya. Memang kita sebagai manusia ingin menikmati cara hidup yang selesa dan bergaya, tetapi tabiat mengambil pinjaman peribadi mengikut nafsu sahaja boleh lama-lama mendatangkan masalah.

Walaubagaimanapun, terdapat senario tertentu di mana tindakan mengambil pinjaman peribadi sebenarnya merupakan tindakan bijak dari segi status kewangan anda:

Untuk mengelakkan mengeluarkan “cek buruk”

Kalau anda biasanya membayar dengan menggunakan cek, anda pasti tahu bahawa pemantauan jumlah baki dalam akaun bank anda bukan selalu hal senang. Kalau anda silap menulis cek sebelum anda mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun anda, cek anda boleh melantun – dan kalau 3 keping cek anda melantun dalam tempoh masa 12 bulan, akaun anda boleh ditutupi oleh bank dan skor kredit anda boleh dijejaskan.

Jadi, kalau anda terpaksa membayar sesuatu menggunakan cek tetapi mengesyaki anda tidak mempunyai baki yang cukup, lebih baik anda mengambil pinjaman peribadi supaya cek anda boleh diproses dengan selamat tanpa dikira sebagai “cek buruk”.

Untuk menguruskan hutang anda dengan lebih efisien

Pernahkan anda dinasihati supaya mengambil pinjaman baru untuk menyelesaikan hutang lama? Memang bunyinya macam tidak masuk akal, tetapi kalau dilaksanakan dengan cermat, anda boleh menggunakan pinjaman baru itu untuk jimatkan wang dan mungkin membebaskan diri daripada hutang.

Kalau anda mempunyai beberapa hutang yang belum dilangsaikan, anda boleh menyatukan hutang anda di bawah satu pinjaman peribadi dengan kadar bunga yang lebih rendah. Dengan ini, anda akan mempunyai satu hutang sahaja, yang memang lebih senang untuk diurusi. Tambah lagi, anda boleh menetapkan bayaran bulanan dan tempoh pinjaman anda supaya anda boleh merancang dengan lebih bijak cara-cara untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Untuk memperbaiki skor kredit anda

Orang yang banyak menggunakan kad kredit mungkin tidak sedar bahawa skor kredit mereka boleh dijejaskan oleh penggunaan kad kredit yang terlalu banyak. Pertama kali, oleh kerana kita tidak menggunakan wang tunai untuk berbelanja, kita kurang “merasai” pembelanjaan tersebut, dan jumlah dibelanja boleh menambah dengan cepat. Kalau kita gagal membayar balik jumlah yang dihutang setiap bulan, kadar bunga yang dikenakan akan ditambah kepada jumlah hutang dan skor kredit kita akan terjejas. Tambah lagi, kalau kita kerap mencapai had maksima kad kita, hal ini boleh menjejaskan skor kredit kita juga.

Kalau ini adalah situasi anda, mungkin lebih bijak jika anda mengambil pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang kad kredit anda, dan terus menggunakan duit yang dipinjam untuk berbelanja. Oleh kerana pinjaman diambil dalam jumlah yang tetap, kemungkinan anda akan belanja lebih daripada kemampuan juga adalah lebih kecil berbanding dengan menggunakan kad kredit.

Untuk membiayai kecemasan perubatan

Kalau anda atau ahli keluarga anda tidak mempunyai insurans perubatan, ataupun insurans anda mengecualikan penyakit tertentu, ada kemungkinan anda tidak mampu membayar bil perubatan anda pada masa kecemasan. Kos rawatan boleh berkumpul dengan cepat, terutamanya bila kira yuran doctor, bil menetap di hospital, kos pembedahan dan ubat, dan sebagainya.

Dalam senario ini, pinjaman peribadi adalah pilihan paling selamat anda untuk memastikan anda atau ahli keluarga anda mampu mendapatkan perkhidmatan perubatan yang diperlukan. Dengan mengambil pinjaman peribadi, kesihatan anda boleh diutamakan dulu, dan anda tidak perlu risau tentang mengeluarkan jumlah wang yang besar dengan tiba-tiba.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>