Skor Kredit Saya Memang OK…Kenapa Pula Pinjaman Saya Tidak Diluluskan?

Kenapa Pinjaman Saya Tidak Diluluskan
Share Artikel ini!

Adakah anda pernah mengalami kekecewaan apabila memohon pinjaman bank ataupun institusi kewangan? Anda yakin skor kredit anda memang cantik, anda membayar semua bil dan hutang anda dengan tepat setiap bulan – kenapa pula pinjaman yang dipohon tidak diluluskan?

Selain skor kredit, memang terdapat ramai faktor lain yang boleh mempengaruhi kemungkinan permohonan anda lulus atau tidak. Faktor yang paling besar dibincang dalam artikel ini.

Usia Anda

Semakin lanjut usia anda, semakin kurang keyakinan syarikat pinjaman akan kebolehan anda untuk membayar balik hutang tersebut. Risiko yang diambil oleh syarikat apabila meminjam duit kepada anda dikira lebih tinggi kerana orang yang lebih tua juga lebih mungkin mengalami komplikasi kesihatan yang menghentikan mereka daripada mencari pendapatan yang mencukupi. Risiko peminjam meninggal dunia juga naik dengan usia yang lanjut – oleh itu, syarikat pinjaman mungkin akan tolak permohonan daripada mereka yang dikira terlalu “tua” untuk menanggung hutang tersebut dengan selamat.

Jenis Pekerjaan Anda

Walaupun anda mungkin yakin akan kebolehan anda mencari pendapatan yang mencukupi setiap bulan, anda perlu menampilkan bukti kepada syarikat pinjaman bahawa duit gaji yang diterima setiap bulan melebihi had yang ditetapi. Jika anda seorang yang bergaji tetap, memang senang untuk mencari bukti ini. Walaubagaimanapun, jika anda seorang “freelancer” yang menerima gaji yang naik turun setiap bulan, ataupun anda menerima gaji tunai tanpa payslip/invoice, memang susah untuk mencari bukti yang mencukupi untuk meyakinkan syarikat tersebut bahawa anda memang mampu menanggung pembayaran hutang tersebut dengan konsisten setiap bulan.

Nisbah Khidmat Hutang

Ini merupakan pengiraan berapa peratus pendapatan bulanan anda digunakan untuk membiayai hutang lain, termasuk pinjaman pelajaran, kereta, kad kredit, peribadi, dan sebagainya. Jika peratus ini menghampiri 50-60%, kemungkinan besar syarikat akan menentukan bahawa anda tidak mampu menanggung apa-apa hutang tambahan.

Kadar Pengumpulan Hutang

Jika selama ini, anda kekal dengan satu atau dua hutang yang perlu dibayar, tetapi kebelakangan ini anda tiba-tiba memohon beberapa pinjaman secara berterusan, ini mungkin memberikan isyarat kepada syarikan pinjaman untuk was-was apabila menawar pinjaman kepada anda. Apa-apa kelakuan pinjaman yang dikira “luar biasa” mungkin menyebabkan syarikat menganggap risiko anda lebih tinggi kerana nampaknya terdesak mencari duit secara tiba-tiba.

Jika permohonan pinjaman anda ditolak walaupun skor kredit anda cantik, cuba fikirkanlah sebabnya dan membaiki persepsi syarikat pinjaman terhadap risiko anda sebagai pembayar. Jika anda boleh membetulkan faktor yang menyebabkan risiko anda nampaknya tinggi, mungkin permohonan anda akan dapat lulus apabila anda memohon sekali lagi!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>