Pinjaman Peribadi Online – Selamat Ke Tak?

Pinjaman Peribadi Online
Share Artikel ini!

Dalam era digital ini, semua kehendak hati boleh dijumpai di hujung jari. Semua barang keperluan boleh dibeli online dan dihantar terus ke rumah. Cuti-cuti boleh dirancang dan ditempah menggunakan telefon bimbit. Nak dapat sijil pelajaran online pun boleh, tanpa perlu menjejak ke dalam dewan belajar. Pinjaman peribadi pun kini boleh dipohon terus secara online. Namun, terdapat ramai yang khuatir memohon pinjaman peribadi online, kerana takut akan scammer yang kerap menjalankan aktiviti jenayah secara online. Jadi, adakah pinjaman peribadi online betul-betul selamat untuk apply?

Jawapannya YA, dengan syarat di bawah.

1. Pastikan anda memohon daripada laman web yang bereputasi baik

Bukan semua syarikat pinjaman yang mempunyai laman web sendiri, namun terdapat ramai laman web yang menyenaraikan syarikat pinjaman dan memberi informasi hubungan seperti nombor telefon dan emel. Namun, laman web begini memang susah untuk disahkan scam ataupun tidak. Ramai scammer menggunakan nama dan alamat syarikat sebenar untuk mendapatkan informasi anda, dan menyamar sebagai wakil syarikat tersebut untuk menjalankan scam. Untuk menjaga keselamatan diri, pilihlah pinjaman peribadi daripada laman web yang besar dan dikenali, seperti iPinjaman Peribadi, RinggitPlus, iMoney, dan sebagainya.

2. Jangan mengendalikan semua proses pinjaman melalui Whatsapp ataupun Facebook sahaja

Pastikan anda melawat ofis syarikat pinjaman tersebut untuk mengesahkan alamat pejabat mereka dan untuk tandatangan perjanjian pinjaman. Jangan sesekali mempercayai ejen yang enggan menjumpai anda – scammer kerap tak berminat untuk berjumpa kerana mereka biasanya menggunakan IC orang lain untuk menyamar sebagai ejen pinjaman yang dipercayai. Jika tawaran pinjaman tersebut mengiklankan bahawa proses pinjaman boleh dilaksanakan 100% online tanpa perlu melawat ofis, berwaspadalah dengan syarikat tersebut.

3. Siasatilah syarikat pinjaman peribadi online sebelum anda memohon

Jalankan carian Google atas nama syarikat tersebut, dan mengesahkan bahawa syarikat itu tiada review negatif di atas talian. Anda boleh juga menyertai kumpulan Facebook IPP, iaitu “Awas Scam Malaysia“, di mana anda boleh meminta komuniti untuk pendapat mereka tentang sesuatu syarikat sebelum anda memohon pinjaman. Jika anda pernah ada pengalaman buruk dengan mana-mana syarikat pinjaman, anda boleh juga mengongsikan cerita anda dalam kumpulan ini supaya orang lain boleh berwaspada.

4. Berhati-hati dengan dokumen peribadi anda

Terdapat juga banyak kes kecurian identiti yang berlaku setelah informasi peribadi telah dikongsikan secara online. Untuk melindungi diri anda, jangan terus mengongsikan dokumen peribadi anda melalui borang online – tunggu sehingga anda sedang berurusan dengan ejen yang boleh dipercayai dan hantar dokumen anda melalui saluran yang disyorkan. Untuk menambahkan sekuriti anda lagi, anda boleh juga menuliskan perkataan “CONTOH” di atas setiap salinan dokumen yang dihantar, dan menetapkan kata laluan untuk akses fail anda. Dengan ini, anda boleh menjadikannya lebi sukar untuk  sesiapa sahaja mengambil dokumen anda dan menggunakannya untuk tujuan lain.

Sedang mencari pinjaman peribadi online yang cepat, mudah, dan terutamanya selamat? Pohonlah melalui iPinjaman Peribadi hari ini!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>