10 Cara Menjimatkan Wang Untuk Renovasi Rumah

10-cara-untuk-menjimatkan-wang-untuk-renovasi-rumah
Share Artikel ini!

Sama ada bajet anda besar atau kecil, kos pengubahsuaian rumah dapat ditangani dengan sedikit perancangan dan kecermatan. Dalam artikel ini, kami ingin mengongsikan cara menjimatkan wang anda untuk renovasi rumah anda yang boleh membantu anda mencapai dan menguruskan pelan renovasi rumah yang padan untuk bajet anda.

1. Tetapkan Bajet Anda

Setiap kali anda merancang untuk mengeluarkan duit anda haruslah mengetahui berapa jumlah simpanan anda yang diperuntukkan untuk pembelian tersebut. Jika anda merancang untuk mengubahsuaikan rumah anda, bermula dengan menetapkan jumlah wang anda sebelum anda mula membuat pilihan reka bentuk. Setelah tahap pembelanjaan ini ditetapkan, anda boleh mengkaji harga-harga terkini untuk bahan dan servis. Pastikan anda menyediakan sedikit ruang dalam bajet anda. Apabila anda membuat anggaran untuk projek rumah anda, anda juga perlu membiayai perbelanjaan yang tidak dijangka.

2. Bayar Dengan Tunai Yang Sedia Ada

Jika anda membiayai projek rumah anda dengan wang anda, anda akan menjimatkan sejumlah wang yang besar daripada faedah yang akan dikenakan jika anda mengambil pinjaman atau menggunakan kad kredit. Jika anda merancang untuk mengubahsuai untuk menjual rumah anda, ia mungkin logik untuk mengambil pinjaman untuk membiayainya. Anda tahu akan dapat pulangan atas pelaburan anda dan pinjaman tersebut akan pasti dibayar dengan segera. Akan tetapi, secara umum, membayar secara tunai adalah cara terbaik. Sekiranya anda tidak mampu, mula berfikir tentang cara anda boleh mengurangkan bajet rumah anda.

3. Jangan Terlalu Tergesa-gesa

Menunggu sambil mengumpulkan wang untuk mengubahsuai rumah anda tidak semestinya perkara yang buruk. Ia memberikan anda masa yang mencukupi untuk merancang pengubahsuaian. Sekiranya anda mempunyai wang, ia memang sukar untuk bertahan dari mengubahsuai rumah anda sekaligus, tetapi pastikan anda merancang dengan betul-betul dan membandingkan harga dan kualiti bagi bahan-bahan dan servis yang anda akan gunakan. Sekiranya anda tergesa-gesa, anda mungkin menyesali beberapa pilihan anda pada masa depan.

4. Buat Sendiri Jika Boleh

Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menjimatkan wang semasa pengubahsuaian rumah. Anda boleh cuba menangani kerja-kerja yang senang, contohnya mengisi lubang kecil dalam dinding, menukar paip air, mengecat lapisan “primer” pada dinding, dan sebagainya. Jika anda berfikir anda tidak boleh membuat sendiri, ada juga beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menyiapkan ruang anda sebelum kru datang, supaya mereka dapat menyiapkan kerja dalam masa yang lebih singkat.

5. Bahan Penggunaan Semula

Anda juga boleh menjimatkan wang dengan menggunakan semula apa-apa yang anda boleh daripada ruang anda sebelum diubahsuai. Contohnya, di dapur, anda boleh menggunakan semula cabinet dan peralatan, dan hanya tambahkan cat atau beberapa lengkapan baru untuk memperbaharukan rupa dan fungsi bilik tersebut. Sekiranya anda memerlukan lebih daripada cat dan perkakasan baru untuk mencantikkan pintu kabinet dapur anda, maka sedar bahawa anda masih boleh menyimpan wang yang banyak dengan memantulkan pintu untuk menukar gaya, atau menggantikan pintu tetapi meninggalkan badan kabinet di tempatnya.

Jika anda tidak dapat menggunakan semula apa-apa bahan dalam ruang anda, anda boleh membeli bahan dan lekapan di bangunan lelongan bahan. Anda juga boleh mencari bahan di laman web beli / jual / dagangan juga. Kadang-kadang orang yang berpindah rumah perlu menjual peralatan dengan segera, atau anda boleh menemui sisa kayu dari projek rumah orang lain.

6. Lawati Expo Rumah Atau Tunggu Harga Promosi

Terdapat ramai Expo Rumah yang kerap diadakan di mana syarikat-syarikat menawarkan harga istimewa ataupun pakej yang termasuk hadiah percuma untuk servis pengubahsuaian rumah, perabot, dan hiasan dalaman. Terdapat juga hari yang lebih baik untuk membeli barang-barang tertentu, seperti hari cuti umum Malaysia ataupun masa perayaan. Anda perlu pilih masa yang terbaik untuk membuat pembelian anda, dan bersabarlah untuk mendapatkan tawaran yang baik.

7. Dapatkan Bantuan

Sekiranya anda mempunyai sesuatu yang rosak dan perlu mengupah seseorang untuk membetulkannya, maka anda telah menambah perbelanjaan untuk projek anda dan bukannya menyimpan wang. Namun, jika anda mempunyai kawan yang mempunyai kemahiran untuk membantu anda, mintalah bantuan daripada mereka. Tetapi walaupun antara kawan, pastikan anda berkomunikasi sama ada anda perlu membayar mereka untuk servis tersebut, ataupun belanja makan pun mencukupi.

8. Pilih Pembekal Servis Dengan Cermat

Buat penyelidikan dengan teliti sebelum mendapatkan bantuan professional untuk projek rumah anda. Sudah tentu apabila memilih kontraktor atau pekerja mahir untuk membantu pengubahsuaian anda, anda akan ingin membaca review atau menggunakan rujukan peribadi dari rakan-rakan untuk memilih seseorang yang boleh anda percayai. Apabila anda mempunyai kawan yang anda tahu adalah pekerja yang boleh dipercayai dan bekerja keras, pengubahsuaian rumah anda boleh menjadi peluang yang baik untuk memberi mereka kerja.

9. Melawati IKEA

Bagi anda yang cuba menjimat wang, anda boleh sahaja pergi ke IKEA. Ramai orang selalu pergi ke IKEA untuk membeli barangan rumahnya disebabkan bahan yang tahan lama dan juga tidak terlalu mahal. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kreativiti (dan mungkin sedikit bantuan daripada blog reka bentuk yang disediakan di IKEA) untuk menghasilkan cara yang lebih murah untuk melakukan projek yang anda teringin.

10. Jual Apa Yang Anda Tidak Perlukan

Anda tidak perlukan lampu siling anda? Gantikannya jika anda mempunyai ruang dalam bajet anda. Tetapi anda tidak perlu buang sahaja. Jika anda memerlukan wang, cuba jual semua barangan lama anda di platform digital seperti Shopee, Lazada, Carousell dan banyak lagi! Dengan ini, anda dapat menjana sedikit wang tambahan untuk membiayai projek pengubahsuaian anda, dan juga menolong orang lain menjimatkan duit bagi projek mereka sendiri.

Selepas mengetahui cara menjimatkan wang untuk renovasi rumah anda, adakah anda ada apa-apa tips nak tambah? Kongsilah di ruang komen!

Ingin mencari pinjaman peribadi untuk renovasi rumah anda? Dapatkan di lokasi anda sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>