Tips Menjaga Keselamatan Maklumat Anda Ketika Memohon Pinjaman Peribadi

Tips Menjaga Keselamatan Maklumat Peribadi
Share Artikel ini!

Dengan kemajuan teknologi, permohonan pinjaman peribadi kini boleh disiapkan di atas talian secara cepat dan mudah. Walaubagaimanapun, oleh kerana segala proses boleh dijalankan tanpa pertemuan bersemuka, ianya dijadikan lebih mudah lagi untuk orang yang berniat jahat untuk menjalankan scam ataupun untuk mencuri maklumat peribadi untuk dijual kepada orang lain.

Oleh itu, kita semua patut melindungi keselamatan diri apabila memohon pinjaman peribadi secara online, dengan beberapa tips yang dikemukakan di bawah.

Pastikan website yang digunakan ada symbol sekuriti

Tips Menjaga Keselamatan Maklumat Peribadi

Anda boleh kaji tahap sekuriti setiap laman web daripada ruang URL. Jika laman web tersebut dilindungi oleh sijil sekuriti (SSL), akan terdapat sebiji simbol manga kunci tertunjuk di ruang URL. Perlindungan sijil sekuriti ini bermakna bahawa orang luar (contohnya penggodam ataupun hacker) tidak akan dapat masuk laman web tersebut untuk mencuri maklumat peribadi anda. Oleh kerana maklumat yang diisi dalam permohonan pinjaman peribadi dikira maklumat penting, seperti nombor IC, alamat, tempat kerja, dan pendapatan bulanan, langkah untuk memastikan keselamatan laman web yang digunakan memang amat penting sebelum menlengkapkan apa-apa borang permohonan.

Jalankan kajian ke atas syarikat sebelum memohon

Sebelum memilih syarikat untuk memohon pinjaman peribadi, jalanlah kajian anda dulu untuk memastikan keselamatan syarikat tersebut. Anda boleh mula dengan menyemak status lesen syarikat itu di laman web KPKT. Selepas itu, jalankan carian Google yang ringkas untuk memastikan tiada tanda-tanda amaran yang jelas dalam halaman hasil carian Google anda. Cuba cari review pengguna yang pernah memohon pinjaman peribadi dengan syarikat tersebut. Jika hasil kajian anda menunjukkan bahawa syarikat ini memang sah, anda bolehlah yakin sedikit memohon pinjaman anda.

Mengesahkan ejen yang menghubungi anda memang seorang pekerja syarikat tersebut

Terdapat ramai kes di mana ejen scam menggunakan nama syarikat yang sah untuk menghubungi pemohon pinjaman, malah sebenarnya mereka bukan seorang pekerja syarikat yang kononnya mereka mewakilkan itu. Jadi, setelah mendapatkan nama dan nombor telefon ejen tersebut, panggillah syarikat itu terus ataupun pergi untuk melawat ofis mereka untuk memastikan ejen tersebut memang sah seorang pekerja di syarikat itu.

Pohon atas nama anda sendiri sahaja

Anda dinasihatkan supaya hanya memohon pinjaman peribadi untuk diri sendiri sahaja. Jangan sesekali memohon ke atas pihak orang lain, ataupun menyerahkan dokumen dan maklumat peribadi anda kepada orang lain untuk bagi memohon atas pihak anda. Dengan ini, anda boleh yakin bahawa maklumat peribadi anda ada di dalam tangan sendiri sahaja, dan tidak akan terdedah kepada orang yang tidak dipercayakan.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>