Bolehkah Anda Memohon Pinjaman Peribadi Jika PKP Berlaku Lagi?

Bolehkah memohon pinjaman peribadi jika PKP
Share Artikel ini!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula di Malaysia pada bulan Mac tahun ini memang membuka mata ramai orang rakyat Malaysia terhadap isu potensi ketidakstabilan status kewangan diri dan komuniti. Ramai yang kehilangan sumber pendapatan, dan terpaksa menggunakan wang penjimatan untuk membiayai kos hidup pada tempoh tersebut. Terdapat ramai juga yang mencari pinjaman peribadi sebagai sumber wang sehingga boleh bermula bekerja lagi. Namun sekarang, beberapa bulan selepas PKP telah dilonggarkan, jumlah kes COVID-19 telah bermula meningkat lagi, dan terdapat ramai yang merisaukan perlaksanaan PKP sekali lagi. Dengan ini juga datang kerisauan kewangan seperti PKP kali pertama – bolehkah anda membiayai kos hidup anda? Dan, jika kehilangan sumber pendapatan, Bolehkah memohon pinjaman peribadi jika PKP berlaku lagi untuk membiayai kos hidup?

Malangnya, kemungkinan anda berjaya mendapatkan pinjaman peribadi daripada syarikat yang berlesen dan bereputasi semasa tempoh PKP adalah rendah. Hal ini kerana:

1. Syarikat yang sah berlesen dan bereputasi akan memerlukan anda hadir diri ke ofis untuk menandatangani perjanjian pinjaman peribadi sebelum duit pinjaman dilepaskan kepada anda. Semasa tempoh PKP, semua ofis syarikat pinjaman peribadi berlesen akan tertutup, dan anda tidak akan dapat kebenaran untuk keluar rumah untuk menemui ejen tanpa mengingkari syarat PKP. Jika ejen syarikat anda mengabaikan keperluan menandatangani perjanjian pinjaman, berwaspadalah dengan ejen tersebut – semua syarikat sah memang menegaskan kepentingan perjanjian pinjaman.

2. Anda mungkin kurang layak memohon pinjaman peribadi disebabkan sumber pendapatan yang tidak tentu. Syarikat pinjaman berlesen pun perlu menangani risiko sendiri, dan mungkin akan mengetatkan syarat kelayakan memohon pinjaman peribadi. Jika anda telah kehilangan sumber pendapatan ataupun baru-baru tukar kerja kepada jawatan baru, anda mungkin susah mencari syarikat pinjaman berlesen yang rela menerima profil risiko anda sebagai peminjam.

3. Dalam tempoh PKP, memang susah untuk mengenalpasti jika ejen yang mengendalikan permohonan pinjaman anda itu adalah sah ataupun scammer. Terdapat ramai scammer yang mengambil kesempatan pada masa PKP kerana mereka tahu terdapat orang yang terdesak mencari duit cepat. Tambah lagi, anda tidak boleh menemui ejen tersebut untuk mengesahkan keselamatan anda, dan segala perurusan permohonan biasanya dijalankan melalui Whatsapp sahaja. Ini membuka anda kepada risiko besar menjadi mangsa scam.

Dengan ketidaktentuan COVID-19 dan ekonomi sekarang, ia amat penting bagi anda menjaminkan kestabilan kewangan sekarang, sebelum PKP dilaksanakan dan anda tersangkut tanpa pilihan yang wajar. Jika anda merisaukan sumber kewangan anda, pohonlah pinjaman peribadi yang dijamin sah dan selamat daripada iPinjaman Peribadi awal-awal sebelum apa-apa PKP dilaksanakan di lokasi anda. Dengan ini, anda boleh tenang hati, apa jua yang berlaku selepas ini.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>