Jika anda pernah kaji ke dalam dunia pinjaman peribadi ini, anda pastilah pernah jumpa tawaran yang akhirnya terdedah sebagai penipuan, atau scam. Oleh kerana orang yang cari pinjaman peribadi biasanya berasa terdesak mencarikan duit cepat, terdapat ramai syarikat atau individu buruk yang mengambil kesempatan untuk memperdayakan mereka dengan tawaran yang nampak menarik tetapi sebenarnya direka untuk mencuri wang mangsa.
Jadi, bagaimanakah anda dapat tahu kalau tawaran yang diberi adalah tawaran yang benar ataupun tawaran scam? Berikut adalah tanda-tanda amaran yang boleh mendedahkan scam.
Syarikat tersebut minta anda membayar yuran pendahuluan
Pinjaman peribadi yang sah tidak akan mengenakan yuran pada masa memohon ataupun apabila permohonan anda diluluskan. Bayaran sepatutnya hanya dikenakan secara kadar bunga di atas jumlah permohonan, setelah permohonan anda telah diluluskan dan duit pinjaman anda sudah dikeluarkan ke dalam akaun anda.
Syarikat tersebut tidak tanya pun tentang sejarah kewangan anda
Memang ada syarikat yang akan meluluskan permohonan anda walaupun sejarah kewangan anda tidak cantik sangat. Mungkin CCRIS atau CTOS anda buruk, ataupun anda pernah kena blacklist – anda masih berpeluang mendapatkan pinjaman. Akan tetapi, berjaga-jaga dengan syarikat yang tidak tanya pun tentang status kewangan, sumber pendapatan, atau sejarah pembayaran anda. Syarikat pinjaman yang sah akan selalu minta informasi tersebut, dengan dokumen-dokumen sebagai bukti. Syarikat yang konon memberikan pinjaman tanpa kira keadaan kewangan anda kemungkinan besar adalah scam.
Syarikat tersebut memberi tawaran yang terlalu bagus
Pernahkah anda lihat iklan yang mempaparkan tawaran yang terlalu bagus – jumlah pinjaman yang tinggi, kadar bunga yang sangat rendah, kelulusan dijamin dalam masa yang amat singkat, dan seterusnya. Tawaran seperti ini biasanya bukan tawaran benar, tetapi hanya diiklankan untuk dapatkan informasi peribadi anda. Tertarik dengan tawaran hebat tersebut, anda isikan borang dengan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nama, alamat, nombor telefon. Seterusnya, syarikat tersebut akan mengutip informasi tersebut dan menjualkannya kepada pihak lain. Jadi, kaji dulu sebelum isi borang permohonan – adakah tawaran ini sah dan masuk akal?
Anda langsung tidak dapat cari informasi lanjut tentang syarikat tersebut
Syarikat-syarikat yang sah pasti akan ada pangkalan pelanggan yang kukuh. Oleh kerana itu, anda pasti akan dapat cari maklumat lanjut syarikat tersebut melalui carian “Google” yang ringkas. Mungkin syarikat tersebut ada laman web sendiri, ataupun laman media sosial seperti Facebook. Anda pun sepatutnya boleh cari informasi daripada sebutan dalam forum, komen, blog, dan sebagainya. Jika tiada langsung informasi syarikat ini dalam web, boleh dikatakan syarikat tersebut kemungkinan besar adalah scam.
Untuk elakkan scam, carilah pinjaman peribadi anda daripada senarai kami! Kami hanya senaraikan syarikat yang sah mempunyai lesen meminjam wang, dan anda juga senang bandingkan pinjaman yang berdekatan dan membaca “review” dan skor pelanggan lain!
adzrita
Memang sah sy telah ditipu, akhirnya saya telah dibebani hutang akibat kebodohan kecuaian sy sndri.. mgkin betul sy telah ditipu oleh scammer huhu
iPP
Harap maaf, kami turut bersimpati dengan anda, Memang bukan senang untuk mengenalpasti syarikat pinjaman yang sah atau tidak. Namun, anda boleh mengetahui mengenai status syarikat-syarikat tersebut dengan membaca artikel kami tentang cara mengesahkan syarikat pinjaman berlesen di pautan ini : https://ipinjamanperibadi.com.my/syarikat-peminjam-sah/. Kami berharap agar anda bersabar dan supaya dengan porkongsian kami di artikel ini dapat membantu anda untuk berhati-hati pada masa kelak. Sekian, terima kasih.
Anonymous
Sy pun sama sbb terdesak guna duit. Apply loan d golden fast. No fon silih berganti. Rm720 utk insuran dh byr. Rm1800 utk stamping dh byr. Rm4000 utk upgrade akaun katanya dh byr. Skng suruh byr rm5k utk ubah agrement katanya. Klo tk byr kena tindakan mahkamah. Nasib tk byr 5k. Kdng fikir. Kita yg bg pinjam kat penipu2 tu.
Zu
Golden fast yg beralamat di pulau pinang ke?
Syini
Saya ada buat pinjaman dengan company bernama credit solution sdn bhd utk 10k selama 5 tahun. First dia caj saya utk agreement lawyer utk rm400 then saya bayar. Kemudian saya sign agreement tu tapi saya tak perasan yang dia ada tulis saya kena sediakan duit sebanyak tidak melebihi 2k utk buka akaun pinjaman. Bila saya dah sign and then dia call baru saya sedar. Dia suruh saya bayar rm800 utk bukan akaun pinjaman tu tapi saya taknak sebab saya rasa dia dah scam. Adakah disebab saya dah tandatangan agreement tu saya akan boleh diambil tindakan undang-undang oleh pihak tu?
Anonymous
Saya pun takut..dekat iklan dn msj kata Tak payah byar apa2..lepas tu sudah lulu’s pinjaman..dia minta num account ..dh mnta account sruh sign aggrement..tpi mesti bayar fee 150…Saya fkir2..klau byar fee takut nanti 3000 takdapat atau sruh byar mcm2…lgi…dia kta consult marah dia sebab dh buat agreement 150…nanti bankin 150..akan dimasuk semula ke account…dia kata pulak Saya main2…sama dia..dia kena marah consult Saya pun Tak boleh lari…ic Saya punya gambar ada sama dia…company NF enterprise..siapa pernah kena ???adakah betul ni company??agreement belum sain..sebab itu dia kata itu fee kasih balik sebab klau saya tidk jadi loan mereka org yg tangung bayar..
Shafiee bin Abdul Rasid
Saya telah memohon pinjaman dengan Sikjaya Sdn Bhd sehingga kerugian RM2500.
ariff hakimi
haah saya pun kene ni dia ugut saya nak bakar rumah
Nour
Sape tahu Ringgit Cepat Resources Sdn Bhd legit atau tak? Dia mtk Rm344 utk gov tax nk cop sign bgai..perlu ke ehh? Saya x byr pn lg
Anonymous
Betul tuan..
Ada ke patut kita loan15k
Saya sudah sampai 26 k masih approve loan saya..Lg minta 6k utk validation lawyer..duit boleh refund balik jadi tak jadi bank in 6k tu.saya pikir lebih dari loan saya ni kenapa bru sedar..menyesal pun tiada guna sendiri bodoh..
Hari
Boleh pm saya?
Anonymous
Blh pm sy
zombi
Betul ke AKPK kena aktif 1180.00 ?
Masliza binti misman
Adakah dpt balik duit awak tu?
Jayz
Saya baru kena dengan apr resource sdn bhd dah lulus dgn sign minta cagaran 510 untuk on hold payment dah nanti bank in sekali dengan pinjaman. ok pegawai dia kata dlm 20 minit urusan bank ,lepas tu dia whatsapp tak dapat transfer scoring rendah kena ada 1600 dlm acc untuk naik kan scoring.nak buat cancelation kena bayar compound 2500 tak bayar naik mahkamah.
Jiey
Sy just nk share about loan.. so far sy buat loan dgn first sun enterprise, x prnh kne byr ape2 duet pendahuluan.. now lg 4 bulan dh nk hbes bayar dh.. Alhamdulillah xde mslh ape2 loan dgn first sun enterprise.. org yg sy always communicate time buat payment loan pon x prnh tukar no hp dye..
Member
Saya pun kena ugut dari company danna capital, syarikat berlesen dgn kpkt. Dia nak hantar org ke rumah saya.
Anonymous
Sy baru apply loan dgn Danna capital..baru byr agreement rm450..then tetiba dia kata nak rm1.5k utk naikkan credit score sy..sy mana ada duit byk tu..rm450 pun menggigil nak byr..So adakah ini scam?? Kalau sy nak cancel, mcm mna caranya? Hitam putih dah kluar, cuma sy belum sign apa2 lg je..Please someone help
Mohd Afiq
ada yg pernah deal dengan Top Good Capital secara online?
nana
betul dia kene kn tndakan mahkamah atau hanya sekadar menakutkan utk memaksa pmbyran d lakukan..? sbb saya ada bt pnjmn d kim jhuan ntrprise memula dia mnta 600 utk stamping then after byr dia mnta 1500 utk byr cukai sst tp x byr lg.. nk btal kn tpi dia kata kene byr 10% dri pnjman n klu tidak dia akan kene kn tndkan mahkamah.. betul ke..?
niaaa
klau bukan tmpt yang berlesen jangan tkt..mrek kebanyakn along..yang berlesen baru pergi makhmah….sbb kalau pinjam dekat pinjaman wang yang berlesen tak ada cukai smua..cuma masa pinjaman dia ada potong 10persen dekat sana..kalau satu bulan tak bayar ints berjalan mengikut pinjaman kalau pinjam dekat pinjaman berlesen…..
Atyka
JR star sdn bhd scammer ke?
Pn Sam
Sya baru kna dgn APR RESOURSE SDN BHD .. sama kes dgn Jayz. sya dh trnfer kt dia rm510 untuk on hold payment, dan 1.6 k naik scoring . dia kata xckup lgi scoring mintak lgi 2.3k..saya terus diamm ..aggremnt dh sign .. tpi dlm agrremnt dia ckp kalau cancel kena bayr 2.5k..tpi saya xreply sdh 4 hari dia xminta apa2 lpas dia ckp kena bayar lagi scoring tu ..adkah akan kena tindakan dari mereka..tolong sya..saya akan buat report untuk protect.takut jadi apa2..atleast ada polis report.
Jiey
Sy just nk share about loan.. so far sy buat loan dgn first sun enterprise, x prnh kne byr ape2 duet pendahuluan.. now lg 4 bulan dh nk hbes bayar dh.. Alhamdulillah xde mslh ape2 loan dgn first sun enterprise.. org yg sy always communicate time buat payment loan pon x prnh tukar no hp dye..
Anonymous
Hi,boleh sye tahu tak,awak tak bayar 5k tuh,ada apa apa tindakan tak yg scammer buat?
Nur
Hai Sya nak tanya syarikat easy duit tu betul punya ke
Nurul Ayuni
Tlg bagi keterangan please sape2 yang ernah kena. Kalau xbyr duit pemdahuluan yamg dia sruh tu dia ambil tindakan sampai sekarang atau tak
Anonymous
Qm resources pon scam
nor
bigplusproperty atau jaya pro credit tu pinjaman yg valid ke scammer? ada yg boleh tlg sy x?
Anita
Hi…saya ada juga buat denagn jaya pro tapi jaya pro financial. Saya buat cancellation loan itu pun banyak payment kena buat. Mula2 cancellation fees, lepas tu kena bayar utk open account. Selepas bayar open account ada lagi payment kena bayar. Katanya activation account. Slps bayar activation account kena pulak bayar perbelanjaan utk claim. Bila tanya PIC tu dah takde bayaran lagi so boleh refund. Bila dah bayar ada lagi. Pening dibuatnya sampai sekarang refund tak dapat lagi.
Hasmin shairil rasnin
Gold whale credit nie btl ker? Dia kata pinjaman dah lulus tapi kena transfer $50 dulu untuk fee.
Nurul Aqasyah Binti Abd Rahman
1.TOPTY CREDIT & LEASING SDN BHD
2. VK MALAYSIA ENTERPRISE
Jaga² dgn company ni , yg topty tu ada bawah KPKT tapi x tahu org dalam yg jd scammer atau org luar gunekan nama company dia , ape² jaga² , saya masih dalam siasatan untuk kes scam dari 2 company ni
Oj
Sya pun terkena mcm kamu..tp sya ssh sign agreement da insurance tu…mcmna ya..mreka ugut sya ambil tindakan tatatertib dan inform dkat bnm
F
Saya terkena dengan syarikat credit solution sdn bhd, kerugian hanpir 5k dan mereka ugut nak buat laporan mahkahmah dan saya ugut mereka untuk buat report polis
via
Ada sesiapa prnh loan dekat Maha Money Maker??
Nurul Ayuni
Salam sis sy ad terbaca komen sis dalam satu artikel ni. Pasal kena scam dengan syrikat pinjaman peribadi tu. Dia sruh sis byr kan. Kalau xbyr dikenakan timdakan mahkamah. Tp sis xbayarkan. Saya pun kena macam tu. Kena tipu. Cuma sy nk tny satu je, masa sis xbyr tu ad sampai apa2 surat mahkamah ke
Nurul
Saya ada apply loan dekat 2 company loan yang berbeza kononnya nak tengok mana yang lepas. Lepas dah lulus mereka mintak saya bayar insuran dengan agreement fees. Lepastu saya nak cancel dorang ugut saya nak viral gambar ic saya dekat facebook. Jadi perlu ke saya report untuk lindung data peribadi saya? Sebab ingatkan dorang takkan mintak fee apa2
Stella
Sy pun kena tidur takaful fees rm360 tau SST rm1088 rm940 rm850 sudah ku rugi dia itu lepas tu dia ckp dia akan bank,sy tunggu lh 15 minit tk ada pun…dorang pun pura2 eh encik tk mungkin lh nanti sy check ya cik, last2 dia minta duit lagi Sb nk confirmation lh apalh ,sy start sedar lh time so sy balas balik dia penipu and block terus, dia akan cari kita Sb maklumat semua kt dia dh and then ugut nk hantar dokumen kt ah long siap hantar lagi video ah long gi bakar rumah orang,and then dia ckplh u ada 3 adik perempuan and ada kebun durian (memang pun betul)Sb dia ckp mcm tu dia nk u takut and terus bayar dorang,dia siap ckp nk hantar ah long bagai(aku ckp balik lh aku kenal ah long kawasan ni) and sy takutkan dia balik aku dh buat laporan polis ,dia marah balik dia ckp report lh bukan masalah dia( padahal dia sudah gelabah) and Last aku ckp lh ko ambil lh duit tu aku tkkan halal kn sampai mati,then terus block, masa tu memanglah sy gelabah dia sent semua video tu tau rumah ada berapa orang,sy gi search mcm mn nk hadapi masalah ni,gi buat aduan kt Google,jngn layan sngt scammer ni, laporan kepada pihak berkuasa or tukar nombor telefon or block je berterusan,buat mcm ni pengajaran kita eh, korang mesti tau beza eh pinjam ah long dengn pinjaman personal loan beza,biasanya scammer ni tkkan muncul dia rumah anda,ah long je muncul ok..
chantek
Sampai sekarang tak kacau da ke ?
Aidil
Hye sape pernah dgr company CYS money makers? Saya ade apply dgn dia, loan dah lulus. Tapi mcm2 fee dia mintak. Processing fee smpai rm980? Tlong la ckp dgn saya yg company ni scammer?
Bill
Cys pn sama mnta bank in 3 bulan
Juannie
Sesiapa tahu pasal VISTAMAX sdn.bhd? Sbb saya pernah apply ni, tapi diorang telah mengugut saya untuk beli insurance dgn RM350 and bila saya nak cancel, saya kena bayar RM450. Adakah syarikat ini benar? Sesiapa tolong comment jap. ?
Putri
Saya pun kena dengan company ni , saya nak tahu apa tindakan awak ya ? Saya dah block
Miza
Hai please pm sy klau ternmpk komen ni 0174882821 .. sy pon rsa mcm terkena juga ni
Anonymous
Apa2 pun Jgn sign agreement..
Raaa
Saya pun baru kena ni sis.esok saya nak buat laporan.duit saya 3k burn pd score.siap mengugut yg akn beri tindakan kepada along.
Bill
Vista Max loan approve mnta beli insuran 350 kena beli insuran takaful
Anonymous
betul.. sya bru kena skrng.. insurance takaful lah.. lps tu dia minta lgi untk buka acc pembyrn smpai rm850
.lps tu dia ckp lgi tk dpt trnsfer sbb kadar rendah.. kna byr 10 bulan brsmaan rm850.. sya dh ikat perut tk mkn???.
ko
fingrrow marketing group scam or trusted loan??????
Y
Sy ade try satu pinjaman under page velot credit di fb. Mereka menggunakan nama syarikat AC CAPITAL MALAYSIA SDN BHD. mase tu mcm2 jenis bayaran yang mereka mintak sehingga saya kerugian hampir 9k. Saya dah block mereka. Screenshot semua chat, bukti transfer dan gambar yang mereka gunakan sebagai dp whatsapp dan terus buat report polis untuk keselamatan. Saya terus call bank untuk locked acc supaya mereka tidak dapat transfer ape2 duit dalam acc sy.
Emin Rumpitau
Mohon bantuan, siapa yang tahu ni syrikat Duit sekarang? Ada ka benar ia syarikat pinjaman wang?
Mary rita
Saya Baru kena tipu. Baru juga sedar
Mula Kata sekejap aje approve.. Suruh bayar agreement lawyer. Dh bayar rm300. Lepas tu bagi tahu kena bayar insurance takaful rm690. Dari situ sy mula sedar. Masa nak pinjam tak Ada pula bagai tahu pasal insurance. Bila kita tanya. Kata Baru tahu. Pihak atas an Baru bagi tahu.lojik ke.. Bila Minta no pendaftaran. Macam2 alasan. Bila sy kata nak cancelled. Dia Kata x boleh. Kena denda pembatalan rm3000.betul ke loantree credit sdn.bhd bukan penipu. Sy nak Minta pendapat kawan2 yang telah terkena. Yang saya risau semua document sy dh sign. Macam mana
Enot
Blh pm tak..kes sama la
Jeneffer
Mary… PM saya.0199766822.saya pun mcm cik punya kes
ms purple
same… pening kepala nak settle hutang member2… first minta stamping fee Rm600 then minta untuk credit scoring.. sampai rm2k then minta lagi 3k untuk LHDN pulak.. pasal taxing.. aku ni yang bodoh.. dengan selamber je bank in… sampai pokai dibuat nye… pastu last die mintak 5k untuk fee bank nak transfer.. macam bodoh jer.. then tibe2 rase macam.. aku kene tipu ni.. bile tanye die nak cancel die cakap.. tak boleh.. kene bayar 1.5 k dulu baru boleh cancel…. sebab nye emergwncy cancel.. last sekali aku cakap apa… for what aku buat loan.. tapi aku kene bayar lebih dari aku pinjam.. dah semua document ade dengan die…nak kene settle hutang2 lagi.. nak kene settle banyak bende.. memang tak boleh percaya betol.. last sekali aku bagitahu.. ank buat report polis.. dengan selamber die cakap.. after buat report then settle kan permohonan loan.. then pergi tarik balik report.. hahahah.. macam kelakar pulak.. tu lah.. nak buat camne.. aku jugak yang bodoh.. so sad…
Ira
Sama lah kes . Saya Ada buat pinjaman utk 10 k tapi dia minta bayar 300 juga sebab nak pakai loyer katanya . Pastu 790 untuk insuran . Last dia kata kena buka acc apa entah sebanyak 1 k . Kalau cancel kata bayar 3000 . Dok paksa paksa suruh gadai barang bagai
Nono
Sy nak tau mcm mana nasib puan lpas tu? Masih kna ugut lgi ke skrg?
Lisa
Saya pun baru kena katanya nak wang unt jaminan. Lepas tu kata kredit score sikit tak cukup. Saya tak sign lagi apa apa. Mujur tetapi hari2 dia call sakit kepala i. Macam mana nak hentikan.
Chell
Sy pn kna tpu jga,mula² mw byar lwyer bwt srt agrement rm300.Lps tue mw byar lgi rm400 utk deposit hmm..lps tue sda byar dia ckp dlm 20 mnt ble siap,skali tnggu dia mncul blik x dpt trnsfer sbb kna tlak kna byar lgi rm350..mcm² lh msa tue sy mrah gla sbb sdalh pnjam duit kwn kna mcm tue plk..pnya main bdoh pnya prangai lps tue x mw pnjam sda dgn org yg mw mnta bayarn nie..mmg scammer nak mmpos?? Tpi sbar sjalh prkara sda jdi..Hnya mmpu psrah
Azizul Bin Ismail
Jika permohonan sy telah diluluskn adakah benar sy perlu melantik peguam untuk penyediaan aggrement?
iPP
Hai Azizul, biasanya syarikat pinjaman berlesen akan menyediakan perjanjian pinjaman tanpa membabitkan peguam luar yang dilantik oleh pemohon. Adakah syarikat tersebut meminta anda mencari peguam sendiri, ataupun membayar yuran guaman kepada mereka?
Anonymous
Saya Apply Ada ke bayar lawyer Sampai 4k
Tp cakap boleh refund.bikin senang hati je..
Anonymous
Klo kita natal agreement duit natal semua dah byar..tiba2 mtk duit lagi 800 dekat kita untuk cop duty stem boleh caya ka
Angela
Saya pun terkena scamm . Saya telah lulus loan itu tapj perlu bayar Rm450 untuk kelulusan meneruskan loan and then saya telah transfer dekat mereka tapi saya dah sign agreement dengan mereka adakah itu tidak mengapa? Mereka siap suruh bayar Rm1800 untuk Score credit tapi masalahnya kita ini meminjam kerana perlukan wang after that happen saya rasa curiga dan cemas sebab saya fresh worker . Saya pinjam 10k untuk 7tahun ! Manager dia call saya cakap yang saya perlu bayar Rm1800 untuk kredit scoring , time itu terkejut saya sebab mana ada duit begitu banyak , then saya tanya yang saya nak cancel loan itu. Mereka kata saya perlu bayar Rm1980 untuk cancel loan. adakah itu scam ? NAMA SYARIKAT * RENTAK SEMASA SDN BHD * .
Anonymous
saya baru terkena 29/12/2020..sedih sangat.. nak pinjam 5k..kat berjaya ENTERPRISE berjaya…sekali die berjaya ambik duit saya lesap 3k..mula suh bayar 453 guaman agrement. lepastu 1k, lepastu 800. x lama loan x dpt..dia ckp kena bayar lagi 700 baru tersedar..nk pakai duit skali duit hilang..x tahu mana nk cari yg betul boleh pinjam
Ms p
Saya pun baru juga jena beberapa hari lalu,saya apply 20k kat FY ENTERPRISE , pastu mula dia cakap lulus loan. Pastu kena bank in mereka rm2,000 untuk active acc,pastu minta rm2,400 untuk instan tranfer dan service charge,tak lama tu kena bayar agreement letter rm1,880 , minta lagi 6bulan upfront payment rm1,386 tak habis lagi minta lagi 2,500 untuk deposit nak letak sebagai cagaran menyatakan meteka akan refund duit saya, last minta lagi duit nak bayar lawyer 4k lebih taoi dah memang duit tinggal 2,300 bank juga.. last sekali macm saya rasa pelik sbb pinjam 20k saya kluar duit dah kebih 14k dah?… menyesal pun tak guna sekarang masih lagi mereka chat saya mau bayar 1k supaya loan akan tranfer kat bank saya ?. Dah sakit kepala sbb skrg nak fikir macm mana nak bayar hutang kengkawan yg saya pinjam untuk bayar semua2 yang diminta oleh FY ENTERPRISE ni… ???
shah
saye baru je kene semalam,dengan syarikat kawan mesra resource,pnjm 5k smpai sekarang tak dapat loan,duit dah habis,bayar,duty 430,insurans 1440,lepastu credit score,mula2 1500,lpstu katenye tak ckup lagi baru 41% kene cukup 80% credit score bru blh lepas transaksi tu,kene bayar 1600 lagi,saye pon bodo jugak pergilah bayar 1600,lepas siap bayar katenye tnggu 5minit blh dpt duit.,.,lpstu ckp pula ade masalah.,.transaksi failed.,,kene bayar 1800 untuk berjaya lepas byr comfrm n jamin dpt duit.,.,tapi sye dh tak bayar sebb dah takde duit lagi.,.,skrg burn habis duit saye tu???
eggy
nk tanya, kalau Kawan Mesra Resources tu boleh dipercayai ke? minta pendapat semua
Doe
Siapa pernah buat pinjaman ke iloan.co? Tlg bagi info ya
Azdadi
Haha bejaya ambik
kinank
perlu ka buat lwyer untuk pinjaman bayar 300 pastu saya nak cancel dia cakap tak boleh kalau tak document you saya hantar p akpk
Lee Xue yuan
Saya pernah hantarkan gambar ic,bank statement,ssm,bagi syarikat pinjam ,adakah akan berlaku apa apa dengan saya,sekiranya dia orang pakai documents saya buatkan hal yang tak baik?macam mana saya nak buat ya?
iPP
Jika syarikat pinjaman tersebut tiada lesen aktif dengan KPKT ataupun anda mengesyaki mereka adalah scammer, anda digalakkan membuat laporan polis untuk melindungi diri anda daripada dokumen anda disalahgunakan.
Rj
Company money loan sdn bhd pun sama.. sy apply kemudian dia kate x lepas sbb scoring then kena bayar cancellation fee rm 300.. lepas tu mintak lg rm 1200 lawyer fee.. ni skng dia mintak lg rm 750 sbb transaction fee.. xtau ape fee…
Zan
Kes sama mcm sya.. x jadi buat pinjaman, tp dokumen semua sya dah bagi.. nak buat mane nye
Anonymous
Habislah Kita..Saya sama juga…takut mereka buat apa2..Kat ic???
dee
asoke sdn bhd tu trusted ke ? bcs saya memula dah bayar rm250 then dia kata 15 minit duit masuk ke acc saya tetiba kena bayar lagi rm650 then 15 minit tunggu duit masuk tapi saya taktf pun rm650 tu so saya nak cancel dia kata kena bayar rm450 kalau tidak kena denda lowyer keluarkan surat boleh masuk penjara so adakah itu tektik scammer ?
Anonymous
sy jd mangsa jugak. Ace sejhtera. ada tulis KPKt punya licensed
sy xda kena bayar apa2. tp diaorg dah guna acc bank sy jd tempat masukkan duit tah2 dr mana.
sbbnya diaorg dh mintk. kita serahkan kad bank
hmmm..
dh jd kes polis sbb dia kira kita mcm keldai account
padahl kita pon jd mangsa
hati2 ya semua. tmbh2 syrkt pinjaman yg dkt Online. better lagi syrkt pinjaman berlesen yg ada office dekat2 rumah kedai tu.
Secret
Saya telah buat pinjaman dengan BB CAPITAL dan saya telah sain agreement tu. Masa nak cancel pinjaman dia suruh bayar duit cancel pinjaman and then baru boleh cancel. Saya pun bayar duit cancel tu sebab dah sain agreement lepas tu dia suruh sy bayar lagi jumlah yg lagi banyak dari jumlah yang saya bayar dah bayar sebelum tu.. Dari situ saya dah sedar ada unsur penipuan lepas Tu saya terus block number dia.. sebelum tu dia ada buat ugutan untuk ambik tindakan keatas saya.. adakah dia boleh ambik tindakan keatas asas dengan agreement yang saya telah sain tu?
Sue
Saya pun kena tipu katanya nk bg pinjam 10k tp saya kena bg dia dr 190 untuk profil pastu 400 untuk ctos pastu 400 lg untuk ctyos sampai 100% pastu 500 pastu 1k .saya kena 3k dr mj loan SOLOTIONS memang pernipu dunia akhirat saya tk halalkn.kata bg pinjam rupanya dia pinjam kat kita terus ambik.
gigi
Nak tnya..syarikat Gold Whale Credit tu berlesen kah
Marr
Sya pun tgh kena skrg ni..dh byr insuran 318..mnta lgi 650 utk buka acc,sya tak bgi..tpi dokumen smua dh sain,ic,lesen brniaga smua dia org dh ambik….tak tahu nk buat mcm klau dokumen kita dia org gunakan utk bnda lain..ada sapa boleh bgtau mcm mna cra nk selamat supaya dokumen kita dia org tak gunakn
John
Gf i da kena scam dgn mbseasyloan
Da bayar around 6k lps tu dia nk cancel loan …tapi suh bayar 3k lagi baru ble cancel….klu xnk dia ugut mcm2
So tolong advise klu ada yang penah kena scam dgn mbseasy loan
fatiha
john
pastu mcm mana duit dpt balik tak sy dah rm6k bagi dekat company loan tak dpt² lagi
lan
sy baru nk pnjmam kt mbseasyloan…klu mcm ni x jd lah pnjm
XUAN TONG
MBS EASY LOAN ni syarikat penipu.. Org cina handle dan call kita kan? Mandy Yap la apa la siapala accountant malay la… Semua pakat… Kena berhati hati… Kalau betul betul mau buat loan pergi bank apply…. Yg kena ni tak yah takut, anggap ambil pengajaran..
Syimot
Saya baru lepas kena ni nak buat polis report ya allah nak dekat 5k keluar mcm tu je babi punya mbs easy loan
Ila
Sy pun baru kena, minta bayaran, dkt 5k habis.. Jgn percaya syarikat Tapak Rezeki Sdn Bhd dan Mewah Enterprise sdn bhd.
Tina
Nak tanya dc infinity marketing adakah syarikat peminjam yang sah atau scammer
Anonymous
Saya pon baru kena 21/1/2021 nk pinjam 10k dh bagi detail semua total dh bayar kt dia 6k jgk pastu kalau nk cancle loan pon sama dia ugut mcm2
Wati
Same goes to me. Dh bank in 9800..
1st-750 sbb x ada garentor
2nd-1256 konon 8 blan payment(salah bank in sbb kena buat 8x transaction)
3rd-bank in plk 157×8
4-x lepas sbb scoring sruh bank in 2600..dh fade up nak cancel dh.. Lpas tu dia plk ckp nk tlng laa itu ini laa
Esoknye dia sruh bank in separuh je – 1300
Dh bank in x lepas plk bank in lg 1300..dia ckap. Ok scoring dh cantik.. Malam tu mintak lg 2600 msa ni dh tersedar mcm kena scam.. Bila buat report sedar2 dh buat transaction lebih 16x..masa tu bru rasa mcam kena hentak kepala dekat dinding..now dok kacau2 mintak. Lg 1900 utk cancel fee bgai..
Jaul
Saya pun dah terkene juga, nak pinjam 5k ikat selama 3 tahun dkt STOCKS N OPTIONS SDN BHD. Mereka suruh bayar RM480 untuk deposit jaminan dan mereka berkata itu untuk jaminan bayaran test fee tah apa bende yg mereka katakan ni, sepatutnye mereka tolak sebahagian daripada pinjaman yg saya buat kan. Then saya tersedar yg mereka nak memerah sebanyak yg mungkin duit saya untuk mengaut keuntungan. Dan apabila saya nak batalkan loan, mereka kata kena bayar rm1680.90 untuk cancellation fee kalau tak saya akan diambil tindakan mahkamah. Saya telah check lesen mereka di ikreditkom apps tapi memang ada. Adakah cara mereka ni adalah betul atau sebaliknya?
Anonymous
saya pun baru kena 3 hari lepas.saya cuma hantar slip gaji ngn ic photo.ni pun risau juga ni ic photo bagi dekat syarikat tu.lepas hantar dia tanya nk loan berapa.saya pun kta 15k sebab fikir nk repair umh.sekejap dh loan lulus.ok start sini la pertama katanya kena byr 400 untk aggement kita.katanya kalau kita custemer cancel.kedu pulak katanya bayar 900 untk buka akaun dekat syarikat itu.ketiga pulak katanya ni untuk bank untuk bayar apa x tau la 1800.dekat situ 1800 saya kata dah tak ada wang dah.lepastu agen tu cakap tak ape dia tolong keluar bagi 800.ok saya bodo betul masih ikut lagi.last2 dia org cakap tak boleh agen tolong kena balik sendiri ok saya masih bodoh lagi ikud lagi bayar lagi 1800.last2 katanya ok dah.rupanya belum habis lagi kena buat surat sumpah pulak dengan agen tu sebab buat kes yang agen bayar bagi katanya.katnya 5000.ok saya cakap saya tak ada wang dah.ok dia kata boleh keluar separuh dengan agen.dia kata kalau x buat dia org akan surat makhmah utuk saman kita.panggil polis bukit aman tangkap.nasib saya dah sedar.rasa macam kena tipu dah ni.last dia kata.diaorg bincang boleh bayar 1500.masa ni saya tak bodoh dah.dah sedar dah.saya kata tak ade wang dah.bodo betul saya.ni pengajaran untuk saya.saya sedar saya dah rugi 4100.bodo nya saya
Enot
Ade sign aggrement tak
miss D
sapa pernah pinjam dengan jaya pro?
Eddy
Nak tanya,,master link mortgage &loan sdn bhd wujud Tak,,sbb bru nk buat pinjam,,tpi dia mnta byar peguam 350,,btul ke tak ye,,
Casandra
Siapa yg ada pegalaman loan lepas tu. Syarikat tu bagi test loan bagi kita 230 dahulu dan kita kena byar 150 setiap 5 hari utk test kita dpat ke tidak kita bayar balik loan tersebut..lepas buat test dorang akan bagi loan yg kita apply dgn dorang.
Anonymous
sama lah, saya dah 6k lebih. Sedihnya hati. Niat nak repair barang2 rumah n tukar baru sebab nak sambut kelahiran anak pertama. Sampai pinjam duit tabung haji n simpanan isteri, duit kawan, duit mak abah, jual PC sendiri dengan harapan akan dapat balik refund. Nangis dua hari dengan penuh sesal dan tertekan. Malam kedua baru report polis dan syukur isteri masih lagi maafkan walaupun duit kami dah takde semua.
Dalam hati ni penuh kecewa dan kesal. Masih ada lagi yang gunakan kita dalam keadaan yang susah macam ni. Pada yang berniat nak pinjam, saya tak galakkan anda pinjam dengan syarikat swasta sebab banyak ambil kesempatan. Lihat sekeliling, syukur dengan apa yang ada dengan kita.
Ila
Sy pun baru kena, minta bayaran, dkt 5k habis.. Jgn percaya syarikat Tapak Rezeki Sdn Bhd dan Mewah Enterprise sdn bhd.
Nono
Diorg masih ugut lagi ke?
Ashikin
Nakntanya.. dia msih cari cik ke.. sy terkena jgak..nsb 600..je
cici
Saya pun baru jek kena tipu bulan lepas dgn syarikat Gold Whale dekat Penang katanya. Memula kena bayar rm100 utk appointment fee. Pastu dia mintak lagi rm1500 utk activekan account loan. Pastu mintak lagi rm800 sbb nak activekan instant transfer. Sesiapa jgn mohon dekat Gold Whale/Golden Whale, nama bangsat tu Mr Wong. Dia penipu. Pastu ada jugak beberapa company kata under KPKT tp mintak onhold payment lah rm400 pastu low payment lah rm150 tu semua jgn percaya. Kalau dorg kata nak saman ke apa ke jgn risau sbb company dorg tak wujud pun dorg just nak takutkan utk dapat duit lebih lagi. Bangsat mereka semua ni ! Sekarang saya pun tersepit sbb habis duit bayar kat malaun semua tu. Tapi saya pelik kenapa bila check nama under KPKT, nama company tu wujud tapi kenapa mereka mintak mcm mcm fee sebelum dapat loan ? Setahu saya company under KPKT semua berlesen and mereka takan mintak duit apa apa pun sebelum dapat loan. Haihh.
Nisa
Siapa pernah kena dgn syarikat KIM MUE ENTERPRISE.. buat loan 20k tapi sy sudah kerugian hmpir 20k .. semua document masih ada pada mereka.
Huhu
Saya penah mohon.syarikat ni tipu ke?
Kyrul
.boss…benecap sdn bhd..ada dlm list lesen pemimjam wang..tp perlu bayar stamping 400..
Anonymous
Mcm mana nk buat report kalau dh kena scam dgn scammer loan ni eh?
Wanii
Ad ke buat loan dengan shengle capital sdn. Bhd. Sbb sy baru je kena tipu?? sruh bayar pedahuluan mcam2 .. Kita plk yang kena keluarkan duit bnyk.. Pstu ugut nk saman . Kalau dia nk ugut saman tu betul ke
Rizuan
Nk tya gold whale credit tu scam atau x
Siti
Saya pon nak tanya benda yg sama juga syarikat yg sama..scammer ke??
Anonymous
Dia mintak duit 50 atau 100 x?
Anonymous
dia mintak rm50 fee and jaminan rm1500 dalam akaun je tapi dia tak suruh buat pembayaran rm1500 tu.
Anonymous
Syarikat to scam saya dah rugi 2k nama si scam to Mr. Wong rasa husband and wife kerjasama nak tipu orang!!!!
Hamva
Saya telah ditipu sebabyak 3k di atas kebodohan saya sekarang saya hanya ada rm 20 ringgit atas kebodohan say
Saya hilang segalangan dan sehingga rasa nak bunuh diri
Anonymous
Sedihhh .. saya paham perasaan kamu
Pablo
Sy pun tertipu br2 ni company nama UPDIC ENTERPRISE nak pinjam 5K sj tp dah bank-in lebih 6k,terpedaya coz janji nak refund.
Lindsay
Es Link Capital Sdn Bhd legit ke?
Anonymous
Boley bgi fdback x spe2 ada buat loan dgn company nie scammer atau x
Kathy
Saya sudh kena scamer,unk pinjaman,drang minta duit pendahuluan rm322 unk insurance,lepas tu mereka minta lagi rm620 unk buka akaun.
Anonymous
Saya telah buat pinjaman dengan BB CAPITAL dan saya telah sain agreement tu. Masa nak cancel pinjaman dia suruh bayar duit cancel pinjaman and then baru boleh cancel. Saya pun bayar duit cancel tu sebab dah sain agreement lepas tu dia suruh sy bayar lagi jumlah yg lagi banyak dari jumlah yang saya bayar dah bayar sebelum tu.. Dari situ saya dah sedar ada unsur penipuan lepas Tu saya terus block number dia.. sebelum tu dia ada buat ugutan untuk ambik tindakan keatas saya.. adakah dia boleh ambik tindakan keatas asas dengan agreement yang saya telah sain tu?
Nora hanapi
Saya pernah memohon sebanyak 4 kali tetapi gagal semua nya tipu
Asma
Sy pun pernah kena tipu..mula mula ingt betul byr 70 tuk dokumen. Lps tu kena byr 1insuran sbb nk comfirm bulh byr ke x..dh byr mitk lagi 880tuk peguam ktoyo..lps tu cuba topty credit..kena tipu gak..ckp xyah byr ape ape..lulus dokumen mtk 680 sbb kena byr duty stem..dh bankin..eh mtk plk..1440..nasib baik la sy sempt sedr..die suruh byr sy berkeras xnk byr..kalu x xtau laa
Anonymous
Nasib kamu cepat sedar..tuan.
Dia tak kacau kmu lagi kalau cancel loan.
Insan malang
Nampak nya saya pun dah terkena dengan company credit solution personal loan,mula mintak 400 untuk bayar surat agreement peguam,lepas tu nak tunggu dia masukkan duit pinjaman tu mintak pulak 1600 tapi bayar 800 je nak aktifkan akaun bank,ada sapa2 kenal company ni
Mia
Sy bulan lepas baru kene. Terdesak nk pakai duit. Terbang rm2600. Sape2 ada yg pernah berurusan dgn MBSEasy loan tu x?
Anonymous
Dpt refund
Anonymous
nak tany smartz credit capital ni scammer ke?
Anonymous
Mcm mana boleh dpt refund?
Anoni
Saya nak tanya kalau sy dh bg ic slip gaji dan statement bil air api kt pinjaman berlesen..mula mula tkde cas nk dpt loan kena bayar pastu nk cancel kena byr jgk ..sy dah sign agreement tp by online je just conteng mcm tu pastu die ckp kalau xbyar die ugut bg ic kt ah long..ah long akan cri sy tak..sy takut..
Nora
Awak kena kacau tak dengan ahlong sy pon skrng baru terkena
ANNUR AIN
kalau mereka kata akan dikenakam tindakan undang2 kalau batalkan loan??
Aa
Kena tindakan undang2 ke klu cancel
Mia
Mbs easy loan cik, syarikat dye dkt wilayah persekutuan ya, loan llus kne byar duit cover,klau kita byar tepat slma 3 bulan dye pulangkn duit tu,
Syahirah shaid
Dapat ke loan ?
fikah
ada ker yg buat pinjaman dgn jackport enterprise??
fatiha
hai mia lps bagi duit cover tu pinjaman dapat tak
Anonymous
baru ja tadi ada buat loan, saya buat online bisnes xda pendapatan tetap tapi lulus hahah.. nthen xsampai 4jam dia minta upfront rm300(untk aktifkan akaun jompay) ..saya mmg xsedap hati dah.. saya google semua pasak company dia,xda result. so saya minta cancel.Alhamdulillah dia cakap okay. Tapi xpasti sebab dokumen saya da bagi ,
Abdul Rahman bin Awang
Saya ada buat pinjaman dgn mbseasyloan due suruh saya bayar UTK 3 bln bru boleh pinjaman saya tu.Haruskah saya bank in atau Xpayah.
Azman
Dye cakap kat saya pun mcm tu.Betul ke.Saya takut kena tipu.Saya belum bank in lg.
Anonymous
Mbs tu scammer.KALAU ADA SYARIKAT YANG MINTA BAYARAN DULU,ITU SEMUA SCAMMMER..
Najihah
saya ada chat dgn satu syarikat ni nama dia ca solution sdn bhd psai nk pinjam loan la dia minta sya ic dpn n belakang so sy pon anta la kat dia pstu 1jam 2jam saya punya loan dia kata lulus n siap bagi lagi gnba surat tu so lps tu dia suh saya cari penguam untuk buat surat perjanjian ,lps tu saya cakap la nak cancel dia kata tak boleh kalau nak cancel kena buat cancel fees dlm bayaran rm300 dalam pada sma lulus tu,nak tanya betul ka loan ni atau saya kena scam?
T. Badul
Dah bayar wang pendahuluan.
Duit loan dpt juga kah dr MBS Easy
Riduan
ada ka loan mbs easy perlu bayar deposit utk cagaran pjamin rm500 dan cagaran deposit 6bulan sebanyak rm 1480.00 kepda syarikat mbs easy….
MOHAMAD FIRDAUS BIN MAZLAN
Assalamualaikum sape sini tahu pasal ipinjaman apps yg dekat Google adakah ia scammer? Boleh bagitau sape dh kne yg mohon pinjaman dlm apps
iPP
Hai, sila dimaklumkan bahawa laman web kami, iPinjaman Peribadi, tiada apa-apa kaitan dengan apps iPinjaman. Kami telah menerima ramai rungutan daripada pengguna apps iPinjaman dan sekadar kita tahu, syarikat yang menguruskan apps iPinjaman tidak mempunyai lesen sah di bawah KPKT. Kami menggalakkan anda memohon pinjaman daripada syarikat yang tersenarai di laman web IPP sahaja untuk menjaga keselamatan diri.
suhaimy
as salam nak tanya, SEAGA Credit sdn.bhd … ada info x scam ?
iPP
Hai Suhaimy, syarikat ini tiada dalam senarai syarikat IPP, jadi kami tiada maklumat tentang kesahan syarikat ini. Namun, anda boleh post soalan anda di kumpulan FB kami, Awas Scam Malaysia (https://www.facebook.com/groups/awass.my/) di mana terdapat komuniti luas yang aktif menjalankan tinjauan scam di Malaysia.
Denny Chua
Sape pernah apply dekat company ni http://onlinepinjaman.com/ Public Credit Services. Bru nak apply dah lulus katanya rm5k tpi dah lulus bru bgitau perlu byar agreement rm350..berfkir lagi sya…sbb sya lngsung takde duit…memang x dpt byar…..dia sruh minta pinjam ahli kluarga atau kwn2….tpi memang x dpt..so sya kata nak cancel kalau bleh…dia kata agak susah mcm xbgi je sya cancel loan tu….agreement apa2 pn blum sign…
YaYa
Lebih baik kamu block sahaja mereka tidak payah beri apa2 alasan Dan semua bentuk pinjaman online yang meminta apa2 bayaran itu adalah scam..untuk lindungi documents seperti ic dll disalah gunakan buat la report polis
aj
mcm saya pun tertipu sbb ada minta wang jaminan,pastu scroe ctos rendah byr lg,pastu fuit dsekt ole kerajaan
nama syarikat AA capital holdings sdn bhd.bodohnya saya,dan betul saya tambh berhutang
Anonymous
Sama lain nasib kita ni..
Ghafar
Adakah syarikatR&b easy loan sdn bhd penipu. Sebab adalh lein sesawang
Sha
Hye saya ada pinjam dengan syarikat r&b ni nama lelaki tu william ke ya dia orng scammer
Anonymous
r&b easy loan ni mcm scammer, sy sudah buat report police..loan yg dia janjikan tak dapat, duit rugi, siap ugut lagi nk guna dokumen kita utk loan org lain..
Rahsia
Awak ke ghafar yg pinjam smpi belas k? kena tipu ke
Abc
Hi so nak tanya, is mbseasy tu ada lesen dengan kpkt atau tak?
maidah
yg ini mmg scammer. saya siap pergi balai polis settlekan. dia transfer masuk tanpa persetujuan. so saya bawak ke polis. polis ckp tak perlu pulangkan duit dia bg tu. jangan percaya kalau dia suruh trnasfer certain2 amount. selalunya scammer dia tak mintak bank statement. dgn ic je dh boleh approve kononnya. pastu kalau nk cancel dia terus marah
Anonymous
Hye nk tnyee, klau dia ugut kita dengan ahlong nk datang rmh n kena pergi mahkamah mcm mna ya?? Mmg akan dtg ke ahlong tuu??
Mangsa
Saya ditipu oleh scammer, dan terjerat dengan ah long(yg mengaku) tp saya tiada apa2 perjanjian sign atau berjumpa.. cuma kena buat test payment berkali2.. dan ramai dari mereka memaksa saya utk buat test payment sehinggakan saya kerugian sebanyak rm 26k.. laporan polis sudah dibuat, dan mereka ini mengaku diri sebagai ah long mengugut keluarga, tempat kerja saya.. mohon anda semua berhati2 dengan scammer ini..
Anonymous
Saya pun rugi 26 k skg ni
Menyesal
Lepas report polis, mereka ganggu tak?
Anonymous
Sama la Kita ni…
SYAZWAN WAN
berhati2 dgn campany helplend4u,ipayfreind,credit,wang cekap pinjaman app.tak bayar viral ic dgn video sue foto dekat contack2 list kita.
Ana
JACKPOT ENTERPRISE scammer ke, sbb ada minta duit bayar runner katenye
Siti
Same la sy pon. Tpi google company dia ade website.. ssm pon ade.
Az
Awak bayar tk runner?
mus
dpt percaya x company jackpot nie?…lpas byr runner nanti,kot2 ade lgi hidden fee…ada siapa2 yang pernah guna company nie x?
kas
Tu la.. Saya nak tau jgk
Nur hafeezah
Saya Pn dh kna..tdi dia srh saya byr runner rm70 tpi sy tk bnk in lagi
Nono
Sy dh byr runner.. Lpas tu dia srh byr 2 bln test payment lps tu byr duty stamp.. 1k lbh dh rugi.. Skrg dia srh sy byr lawyer fee.. Klu x byr dia nak bwk hal ni g mahkamah
..smpai skrg mun msih wsap tya bila byr.. Aku pun bingung sapa yg pinjam sapa.. Betol ke dia blh bw ke mahkamah?
Insan malang
Nampak nya saya pun dah terkena dengan company credit solution personal loan,mula mintak 400 untuk bayar surat agreement peguam,lepas tu nak tunggu dia masukkan duit pinjaman tu mintak pulak 1600 tapi bayar 800 je nak aktifkan akaun bank,ada sapa2 kenal company ni
Mimiy
Credit solution financiagensy ke tuan…
Anonymous
SAYA PON KENA TIPU JUGA DENGAN COMPANY CREDIT SOLUTIONS. DAH BUAT REPORT POLIS SEMUA DUIT HANGU 1660 SEMUANYA. SAYA DAH BLOCK NO CINA2 TU. IC DAN BANK STATEMENT ADA PADA DIE. KEJADIAN TU SELASA. TIBA2 HARINI ADE AHLONG NO OPIS CALL PULA. KITE ABAIKAN JE.
felicia
saya pun baru kena tadi, jadi credits,mula2 mintak rm500,lepas tu rm1000,lepas tu rm2500.Tiber lagi dia mintak untuk aktif insuran rm3600.kalau dah besar sangat bayaran saya pun macam kena scam.. Dalam chat whatsapp saya,saya cuba delete gambar ic saya semua… Agreement tu saya dah tandatangan,tapi saya cakap saya akan buat report polis..sempat lagi dia orang chat,yang saya dah signs agreement., tapi saya pun tak berfikir,kenapa dia orang pakai account bank atas nama orang melayu.. nampak sangat bodoh nye saya masa tu
zack
Hati-hati dengan Syarikat BERJAYA TERUS BERJAYA ENTERPRISE & SENTOSA KRISTAL SDN BHD.. SCAMERRR.. JANJI NAK MASUKKAN BALIK DUIT PROSES LOAN & DUIT BAYARAN 2 BULAN… LEPAS 30 MINIT KOL TAK JAWAB, WASSAP TAK BALAS… LESAP 2K DAH NI….
Lala
Allahuakbar. Serius ka?
Anonymous
salah 1 ego sky management sdn bhd baru terkena hari ni xla byk rm150 lepas tu minta 500 utk SST di sini baru sedar..then stop msg
Anonymous
Dah kena jgk.
Silence
Saya pun baru saja kena 2 minggu lepas.. Ingatkan nak pinjaman duit sebab nak settle benda yg perlu settle.. Nak repair rumah konon nya.. Sbb tu nak buat pinjam..KUMPULAN PENGEDARAN KREDIT sdn bhd.. Saya dah rugi 4200 sudah.. Dahlah tak ada duit.. Sekali scoring credit 100%, cakap perlu bayar 2800 utk lepaskan security deposit.. Baru tersedar.. Mcm Scamm saja.. Jangan percaya dengan syarikat ini..
zulfahmi
macam nak cek syarikat diorang
Zainal
Kenapa anda dibebani hutang?scammer tu suruh buat bayaran bulanan ke
Hakim
Sy nk tnya… Kam loong credit scammer atau tk ya sbb Dia mintk 1 bulan bayaran awal sebelum Transaksi…. Tu saya takut nk teruskan
nureen
sy pon kena dengan kam loong..kena dalam 5k untuk byar segala mak nenek dia. sedeh la. kita nk pianjam untuk tujuan peruubatan.terdesak.
Yong
nak Tanya Asoke Sdn Bhd itu Pemberi pinjam an yg legal lah.sebab mula saya apply teda apa2 Byran lepas tu loan approve trus byr 500 stamp duty tuk loan RM5 k,then cakap nanti akan credit ac sekali tgk minta lagi 600 tuk service charge,lepas tu SST/gov tax 18 % serial satu,saya perasan mcm lain saja so saya tdk byr lagi.lepas tu miss tu pura2 tlg byr 350 tuk tlg konon,bila saya check di online saya nampak nana mrk tersenarai diantara scammer penipu saya trus screenshot hantar kat diorang minta penjelasan napa nama mrk ada kat situ.Miss tu terkejut dgn members pelbagai alasan.Bila saya minta Salinan doc stamp duty dia cakap kat lawyer..saya minta copy tapi mrk gagal kemukakan.lepas tu bila saya cakap take dpt truskan trus dia marah2 saya.
Nurul
Saya pon kene juga…saya tak nak teruskan pinjaman dia suruh saya bayar duit proses 320…
Asoka sdn bhd
Liliy
nmpknya dah byk sgt yg dlm ni kena scam. tolong buat laporan plois jdi account2 number scammer ini boleh detect di https://semakmule.rmp.gov.my/.
Faiz
Assalamualaikum semua..sy nak tanya…company QM RESOURCES SDN BHD ni betul atau scam?
Ayiee
+601112309195 atas company Golden credit sdn bhd .sya harap korang berhati2 dan berfikir panjang untuk membuat pinjaman.sekiranya ada pihak pinjaman meminta wang deposit , fee legal atau insurans.itu semua scammer .tolong share . Sbb saya sudah kena
could be anyone
lps tu apa yg dorg mntk
Claire
Saya ada buat pinjaman dekat company rainbowray. Mula mnta 350 utk byr lawyer lepas tu mnta 1200 utk buka acct sbb diorg tak bleh bank in duit. Dh byr 1200 mnta lg 1600 utk byr krajaan katanya. Sya tknak byr terus ada no lain ckap dr phak colector nak cari sya. Apa sya kna buat? Report polis dah buat.
Mirul
Dia cari ada cari atau jumpa awak ke lepastu
rahsia
sama macam kes saya .. rainbowray sdn bhd siap minta rm1200 untuk other acc . 350 dah dibankin siap debt collector ws saya ugut n sebar maklumat dekt laman sosial FB . apa yg perlu sye buat ?? report apa semua dah buat ..
Sandra
Dia ad ugut awak tak? Pastu dia ada cari awak tak sehingga sekarang. Apa yg awak buat?
rahsia
ada . dye ugut dengan debt collector dan ingin menyebarkan maklumat saya dilaman sosial fb .
Scha
Baru2 ni sy telah tertipu dengan 2 agensi pinjaman berlesen, saya yakin yg sy telah discammer ? saya buntu dan xtau apa yang perlu saya buat.
Syarikat berkenaan
1) RM Sidhu Capital Sdn Bhd- berkenaan dgn ni saya tersedar yg saya kena scam, hmpir RM8k sy transfer kepada mereka,kemudian mereka memasukan wang tanpa persetujuan saya, dan mereka meminta lagi duit lawyer fees. Yang sy tersedar bila mereka kata pejabag lawyer buka hari sabtu sehingga 7p , disebabkan dah nk chinese new year.
2) FY ENTERPRISE – Sy terkena juga scam, nk cancel kena bayar RM4k+, hati saya tak tenang,rasa dh give up & stress.
Bantu laa saya, apa yg saya perlu buat,sebab sy risau data peribadi saya disebarkn.
Saya sangat menyesal menyesal & menyesal sangat.
Rahsia
RM sidhu Tu scammer ke cik
Anonymous
???? Saya sama juga dia kata kalau dia kena marah sebab agreement sudh siap siapa yg bayar..dia kata Saya Tak boleh lari
Adilah Asnawi
Saya pun terkena dengan rm sidhu capital ni. Datang alamat yang dibagi tengok tak ada pun pejabat tu, sah sah la kene tipu. Loan 5k tapi kene bayar nak dekat 5k serupa tak payah buat loan ?
Farida
Kena juga benda yg sama, dia desak suruh bayar itu ini lepas tu kalau tak bayar nak cancel loan kena bayar cancellation fee almost 900. Betul ke? Ke boleh je cancel macam tu? Sbb kalau tak bayar dia cakap nak datang kat rumah lah apa
Rj
Company money loan sdn bhd pun sama.. sy apply kemudian dia kate x lepas sbb scoring then kena bayar cancellation fee rm 300.. lepas tu mintak lg rm 1200 lawyer fee.. ni skng dia mintak lg rm 750 sbb transaction fee.. xtau ape fee…
Hjh nur osemin
01125134886 saya juga ada lh mngsa penipuan golden Credit sdn bhd trlalu mudah untuk approve loan saya pn tak fikir pnjang terus setuju untuk buat payment fee di sebab kan terlalu terdesak untuk menggunakan duit untuk biayai perubatan akhir nya saya menangis duit lesap Loan tak dapat hanya Allah saja tahu betapa keciwa nya saya ini ada lah pengalaman yang ke 2 saya sbelum ni juga pernah dari syarikat Amanah yayasan smua scammer ni orang Muslim orang kita
Rahmat
Saya ada submit di Golden fast sdn. bhd.loan lepas .dia minta saya ic,no akaun,cop jari kiri kanan dan sign .dia yg akan proseskan sbb sekrg masih PKP..minta duit insurans 420 tapi saya belum bayar.Masalah skrg agent tersebut da tak on phone..perjanjiannya harini dia akan hntar surat agreement yg da siap cop jari.saya risau jika dia menggunakan maklumat saya.serta cop jari.
Anonymous
Dah dapat belum duit loan dari golden fast sdn bhd
zt
golden fast tu beralamt di pulau pinang kan? sy ada reply jg tp sy x approve kan lg respon sy segera
Noor
Sy ada mohon loan, syarikat di penang. Loan diluluskanMula dia kata kena urus stamping dokumen, buat sendiri atau mereka tolong. Sebab jauh sy minta mereka buatkan. Kena 210. Lps dh siap stamping dorg bg dokumen utk sign dgn cop jari then whatsapp pic dokumen yg dh sign tu. Lepas tu tunggu atasan call utk verified dan lepas tu duit akan transfer ke akaun. Masa proses verified dia cakap kena uruskan pasal sst pulak, 10% nilai loan ada 2 keping, dia minta uruskan dengan lawyer yg dia lantik..amount kena bayar 800. Sy cakap takde bgtau pun pasal ni masa nk apply loan. Dia minta uruskan sebelum duit boleh transfer masuk dan duit yang digunakan utk urusan sst tu nanti akan dia bagi sekali. Sy nak tau betul ke ada proses macam yg dikatakan tu. Nanti melopong pulak bila dh bayar rupanya scammer. Dhla agreement tu dh sign tp send gambar jela..apa yang perlu saya buat
hafiz
mntx tlg wassap saya ye 0133699157
johnwon
siapa sini pernah kena tipu dengan MSIAFASTLOAN?
ewan
kalau mcm kes sy ni,sy ada apply kat syarikat GSTAR SDN BHD..loan approved n lepas tu dia ada mntak duit stamping Rm403..sblom sudmit loan xde plak dia cita pasal duit stamping ni bila da lulus baru ckp ade duit stamping..sy mana ada duit nk bayar n sy becakap dngan org opis dia n kalau xdpt bayar sy kena baya denda rm2ribu lebeh..sbb xdpt bayar stamping..no opis dia pon no hp bukan mcm no opis ni no 0111..ape patut sy buat ye??mohon bantuan..
iPP
Syarikat yang sah tidak akan meminta anda membayar wang pendahuluan untuk mengeluarkan duit pinjaman anda. Walaupun nama syarikat tersebut tersenarai di bawah KPKT, terdapat juga ramai “scammer” yang menyamar sebagai wakil syarikat yang sah. Anda boleh melawati ofis syarikat tersebut dan mengesahkan bahawa wakil syarikat yang memanggil anda memang seorang pekerja dalam syarikat itu. Namun, jika anda khuatir kena scam, lebih selamat untuk membatalkan permohonan anda dan cari syarikat pinjaman berlesen yang lain. Anda juga boleh mengadu melalui talian KPKT: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm supaya mereka boleh jalankan penyiasatan yang berpatutan.
Harap maklum bahawa nasihat yang diberikan oleh IPP hanya berdasarkan pendapat kami sahaja, dan tidak sepatutnya menjadi pengganti untuk nasihat kewangan atau perundangan profesional.
ANNUR AIN
kalau mereka kata akan dikenakam tindakan undang2 kalau batalkan loan??
MRazis HMS
amalan credit corporation tu ok ka
Amni Zubairi
Fastringgitloan ok ke
Anonymous
Itu saya punya lulus. Betul je x
Emin Rumpitau
Mohon bantuan, siapa yang tahu ni syrikat Duit sekarang? Ada ka benar ia syarikat pinjaman wang?
Terkena
Jaga2 dengan DUITSEKARANG.COM
Saya dah kena
Mula2 kata slip gaji x cantik so dia mintak 10% untuk sekuriti depo. Katanya lepas bank in akan dpt duit lepas setengah jam.
Tiba2 dia kol kata u punya akaun tak aktif. What??? U kena bayar lagi rm2200 untuk aktifkan akaun supaya potongan bulanan boleh dibuat.
Terus sy rasa kena tipu.. Hangus 10%, Nasib nasib.. Kita nak pinjam duit tapi terpaksa pulak kena bagi dia duit.. Arghhhh.. So jangan buat loan sembarangan kat internet.. Scammers everywhere!!
Anonymous
so apa jd lepas tu?
Rossi
Sy memang dah kena tipu oleh syarikat R&B..mula minta jaminan diri sebanyak rm880,lepas tu x boleh lepas sebab katanya ada tunggakan bayaran dalam bank,memang sy ada tunggakan loan dalam bank,jadi suru bayar rm1660 untuk testpayment,masa nk transfer online banking,dia suru lagi bayar untuk dispestment linking sebanyak rm2300,sampai d manager,akan sign agrement jika bayar duit kopi sebanyak 4888..so apa yang sudah terjadi,sy tk bayar
Anonymous
Saya baru sampai dipestment linking… Tpi da rugi gila 5000
Anonymous
Co r & b easy loan ke
Ashley
Sy trkena juga dgn pinjaman brlesen wang ni.tpi scammer sbb dorang minta byr itu ini..ic dn dokumen sy ada kt mereka sy risau mereka slh gunakan ic sy..Perlukah sy buat report polis??
Macam mana??
Zam
Sama mcm sya.. mcm mane ye
Kem
Cerita kita Sama bro?
Anonymous
R&B easy loan ke boss?
Imran
Laman web tu xda dlm carian
As
Sy just nk.share.pernah Cuba ngn satu company ni.dia minta kad bnk.pasword I’d online bnking segala..kata kelulusan brp 1hingga 2 ari…tp..dekat 10 ari tya..diorang ckp tgu agrement lawyer..akan emel..bru bole…dah terasa mcm dah ditipu sy minta bnk block akaun sy ..sy buat report ..jd sy pergi bnk.buat kad lain.tukar kad tu…akaun online semua buat lain.msa kt bnk sy cek…diorang gunakan kad bnk tu Untuk transfer duit sana sini…better hati2 klau syarikat yg jeni’s minta kad bnk…jd nmpk mcm kita pula yg transfer duit merata.diorang bnkin kat akaun kita.dari kad bnk kita tu diorang nnti tranfer pd org lain pula.dan org Lain punya kad pun diaorang nnti buat bnda yg sama.jd…nayalah org yg buat loan.apa2 nnti nama yg buat loan tu yg sangkut.
Ira
R&B EASY LOAN ke.? kes yang sama kena dekat kawan saya. dia dah bayar RM2000, lepastuh dia minta lagi RM3000. tapi kawan tak layan dah, duit tak dapat2.. mula kata boleh lulus sampai, tapi dok minta duit. bila kata nak report polis, dia kata polis pon tak boleh buat apa. nti duit tak boleh refund bagai. tolonglah selamatkan lah orang lain dari jadi mangsa dia orang ni. orang yang lurus mmg kena tipu senang la..
Ara
Saya hampir kena tipu dengan company my easy loan..A2Z finance capital sdn bhd..saya nk buat loan untuk clearkn pinjaman perumahan..saya pelik..mudah sangat lulus..sedangkan amount yg sy nk pinjam tu besar 40k..mula2 brjalan lncar.. dokumen pon tak banyak minta..lepas tu dia kata pinjaman saya lulus..mula2 dia tak de ckp pon pasal upront dengan deposit..dia call bagi tau kena banking 1470 kepada dorg..tunggu 45 minit duit akan masuk dalam acct kita..saya pelik saya pernah pinjam wang berlesen..tapi tak pernah minta deposit..dorg sndr akan potong siap2 dari apa yg kita pinjam n masukkan baki..ni minta masukkan duit..saya cuba research nama company dia dlm ni dan tmpt lain..mmg ada yg kena scam dari company ni..masuk duit,tapi duit xdapat pon..saya bising la bagi tau nama company dia ada dlm senarai scam..dia call cuba jugak nafikan dia bukn scam..hantar gmbar office n video bagai..lepastu alamat hq dia dgn dia bg xsama..dia boleh cakap akan masukkn duit..tapi duit tu akan pending dalam acct kita..kita dpt tgk tapi xdpt ambik..bila nmpk duit dia soh masukkn duit yg dia nk tadi..mmg kurang ajar..igt senang2 nk tipu org..suka2 je..ak nk guna duit,tapi ak gak nk kena bg duit dekat dia..krja bodoh apa duit boleh pending2 dlm acct..xke scammer mcm tu..ak on the way report polis..takut ic dgn accf bank kita dorg guna akan dtg..so korang hati2.. sebelum nk pinjam check dulu..jngn masukkn duit dlm acct org sesuka hati..sebb pinjaman berlesen yg betul xkn minta kita masukkn duit dlm acct dorg..by the way..lupa lg 1 dia soh masuk duit dlm acct pompan melayu tau..bukan acct dia..
Saerah hashim
Saya nak kongsi satu cerita,nasib baik la Saya Tak bank duit jaminan dulu,klu Tak sah kena tipu company magnate sdn berhad ,alamat putra Jaya,buat temuduga Kat ofis nak sign agreement,siasat pun siasat ofis tu Tak ujud pun…..Hari2 kwn..klu company betul lebih baik wall in dulu .jgn byr apa2
NJ
Saya ditipu dengan rnbeasyloan sebanyak RM16.8k dan akhirnya saya give up dah sedar yang saya memang ditipu dan takkan dapat duit saya. Apa yang diceritakan oleh semua ni saya lalui. Bila dah nak lulus, memang dia akan kata sentiasa ada masalah
Rowell Dunggi
Saya juga sekarang sedang mencari dana RM880. atas alasan mereka.. Jamin diri sendiri kena bayar RM880 kecuali ada penjamin.. tapi pada mulanya tiada sebarang cas.. nasib saya terbaca komen ini.
MUHAMMAD FARIS NAIM B. SALMAN
Syarikat yg samaa puan sy kena, sy yakin sbb tgok syarikat tu ada laman web rasmi, tpi rupanya … Haih
sya
Sya bru shja terkena , pinjam 15k , tpi dia sruh psang lowyer sy byrkan 300 .. lpastu dia suruh msukkan 600 utk bukak current acc , n then cidm plk 700.. aku ni pun bodo msuk jgakk .. huhu, tpi nk buat mcm mne mmg nk pkai duit kan .. lpastu dia ckp aku punya score pratus rendah kne msuk lagi 970 untuk byr 2bln … n then mintak lagi untuk comfirmation acc 700 … saya mmg sakit ati n tak sdap ati , kira2 5k saya abis ,, mmg btul2 mnyesal …. i nk tnya , kalau kita sign aggrement melalui wssp boleh btal ke ?
bella
Sama kes kite
MUHAMMAD FARIS NAIM B. SALMAN
Syarikat easy loan tu keee ???
Penangguhg musibah
Sy pernah ditipu baru2 ni dengan mudahpinjaman.com. Mulanya dia minta sy bayar 1560 sebagai deposit untuk jaminan sebab record tak cantik, kemudian, dia minta pula untuk buka repayment account supaya boleh buat bayaran bulanan, dan kemudian minta untuk sy buat bayaran sebagai guarantee deposit lagi sebanyak 2000 dan lain2 seperti bayaran untuk naikkan scoring. Bila sy decide untuk refund, dia masih minta sy buat bayaran sebanyak 3600 sebabai stamping fee dan sebagai nya, dan kesemua duit tu akan di refund ke sy dalam masa sehari. Hasil nya sy tak buat bayaran untuk refund tu tapi sy kerguian hampir 10k. Dan dalam waktu macam ni, duit habis, kereta dah keluar surat untuk tarik. Dengan kerja pun masih lagi tak tentu masa depan. Kahwin pun tak jadi. Duit nak makan pun tak cukup. Asalnya nak buat pinjaman untuk settlekan hutang2 yg ada, tapi yg jadi menambah kan hutang lagi. Sy rasa dalam keadaan tertekan macam ni, elok lah kalau sy mati. Kalau ada sesiapa yg ada cara untuk bantu sy, boleh pm no ni 011-24240895
Anonymous
saya pun kena dgn syarikat yg sama. boleh saya tahu macam mana nak selesaikan semua ni. saya rugi hampir 5k
donut
sy pun baru lepas kena scam dgb syarikat My Easy Loan/A2z Capital Finance. sy cuba buat loan 5k then dia minta slip gaji, bil air api & statement bank. dalam 4-5 jam dia kata lulus dgn bayaran bulanan rm168 ikat 3 tahun (pelik jugak asal cepat sgt lulus) . mula2 dia suruh sy buat cagaran sebnyak rm700. dia ckp akan dpt balik duit tu tnggu 20minit 700 akan masuk sekali dgn loan 5k. sy tnggu tkde then dia suruh sy msukkan lg untuk aktifkan akaun konon nya rm1344. xdapat juga then dia suruh sy bayar rm168X8kali setiap 1 resit. kononnnya bukti sy boleh bayar bulanan selama 8bulan. then dia mntk sy lagi bayar rm2100 untuk activate licking. dan janji akan dpt semua semula duit sy bersama 5k tadi. dan sy bodoh masukkan jugak hahaha then dia mntk lg rm2500 untuk akpk kononnya kalau sy xdpt byr akpk akan byar. rasa kena pukau, even takde duit tapi sy still mencari untuk bank in dkt scammer ni. disini sy rugi sebnyak rm7988. loan tak dapat, duit terbang, hutang bertambah. nak nangis pun benda dah jadi. so buat pengajaran diluar sana jangan mudah terperdaya syarikat pinjaman di online
Mirul
Sy pn Bru kna ja
hawa khalid
harus kah kite buat report polis ..
Mirul
Saya pon telah tertipu oleh syarikat golden fast… Mula pihak mereka meminta 300 utk siapkan agreement konon nya akan dipulangkan semula selepas aggreement di sign kemudian lepas dikatakan lulus mereka meminta 870 sebagai cagaran utk clearkan pending loan nasib baik kawan saya sempat beritahu saya ni semua scam kalau tidak habis duit saya
rin
hi , saya baru nak buat loan, dan loan saya approve melalui semakan whatsapp , dan dia minta saya isikan borang maklumat dan tak perlu sign majikan utk kakitangan kerajaan . boleh bantu saya semakan kalau agensi ni betul atau scammer . saya bagi link web dan facebook page mereka : http://www.pinjamanislamik.com/ dan facebook : pinjaman peribadi islamik / https://www.facebook.com/infopinjamanislamik/
iPP
Hai, kami nasihatkan untuk meminta nombor daftar syarikat dan nombor lesen peminjam wang daripada wakil syarikat tersebut. Anda boleh semak balik status lesen syarikat tersebut dengan melayari laman web KPKT di https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/umum/cari_ppw.cfm.
IRWANIZAM BIN MOH SUPINI
Pernah terkena dgn 1 syarikat.ckp dh approf .pastu srh bayar 1550 sbb paymat bank x cantik.dh byr..jnji dlm 1 jam..dpt loan.lpz 1 jam..dia cal ckp payman sangkut at ssmdepartmen..suruh bayar lg 1150..
Wani
Sya bru ja kena tadi .. Pinjaman dh lulus .. Kena byar stamp duti .. 500 .. Sya bank in .. Lpas tuh scoring rendah .. 1500 .. Dh bank in kena lagi 1100 .. Sbb pending lama .. Sya nk pnjam tpi sya kena kluarkn duit .. Hutang sna sni .. Mnyesal rasa .. Dgan eksdnt .. Moto rosak nk repair lgi .. Nsib cepat sedar ..
Anonymous
Awak kena nama company apa
Rahsia
Seagacredit dekat johor wujud ke?
Anonymous
Salam ASOKE SDN.BHD tu tipu x? Mcm betul mcm x jer…nak cuba takut pulak…kompenitu x mintak bayar..pelik fon number org kol bukan fon number ofis pulak…
Anonymous
Tipu tu..sya dah kena
Kalo ada nma company, bukan scammer??
KaLo ada nma company, Bkn scammer?
Remmy
Saya nak tanya..ada syarikat ini betul atau scamer..
(SAGARangers(M)SDNBHD.(458041-M)
KualaLumpurCityCentre,SuriaKLCC,
DutaSuria,50088KualaLumpur,
WilayahPersekutuanKualaLumpur
CustomerServiceLine:+60327780469)
iPP
Hai, anda boleh menyemak status syarikat dan lesen di laman web KPKT: https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/umum/cari_ppw.cfm
Ataupun, anda boleh juga muat turun aplikasi KPKT i-KrediKom di sini untuk menyemak status syarikat tersebut: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.iKrediKom&hl=en
Edin
Bos syarikat MBS EASY LOAN SDN BHD WUJUD Ka bos .. tlong2 dlu orang susah
iPP
Hai Edin, syarikat tersebut tidak tersenarai di IPP, jadi kita tidak boleh mengesahkan kewujudannya. Kami menggalakkan anda memilih antara syarikat yang tersenarai di IPP untuk ketenangan minda.
Nashrul
Bahaya. Boss
Khai
Jika tiada dalam.senarai maksudnya scammer kemtuan
iPP
Anda boleh menyemak status lesen syarikat pinjaman dengan menggunakan aplikasi KPKT iaitu i-KrediKom. Jika syarikat tersebut tidak tersenarai di sana, kemungkinan besar mereka adalah scammer dan anda perlu amat berwaspada memohon pinjaman dengan mereka.
Asma
Sy pun nak tyer..R&B loan ni betul ke scammer
Anonymous
Sya baru cuba
Anonymous
hati2 ja , sya sdh kena huhuhu
Anonymous
saya pon baru cuba rnb easy loan. Dia ada mntk kad bank ke?
Anonymous
Mcm mana nk buat?
Syafiq
Saya ada apply untuk pinjaman perniaga di Moneyvest. Lepas hantar doc yg dia nak lepas tu dia suruh bayar untuk supporting doc (rm1k) (500 dia tanggung dia cakap) lepas tu saya terus cancel. Ada ke company moneyvest ni scammer? Nasib saya cancel terus.
sedih
R&B Loan
sy mohon pinjaman RM10k, dia kata boleh tapi kena pinjam amount sikit dulu utk tgk blh byr ke tak
1st month, dia pinjamkan 2100, mintak sy byr RM3000, ckp nnt dia pulangkan balik
2nd month, dia pinjamkan 4000, mintak sy byr RM5000, ckp nnt dia pulangkan blk
then baru approve loan Rm10k, tp dpt 8k je, bayar RM417 selama 24bln
tapi tak sampai sebulan, tiba2 dpt msg company bankrup, mintak bayar Rm10k sedebuk, tak pun bayar RM2k utk rolling lagi sebulan..kalau tak bayar, dia akan ugut ahli keluarga..skrg sy betul2 buntu ???
Ara
Saya terkena dengan scammer pinjaman wang berlesen msia fast loan sdn bhd. Seorang perempuan cina Vivi dan lelaki cina Steve selepas loan approved telah minta Saya want jaminan sebanyak RM 857. Setelah itu janji pinjaman masuk akaun dalam 45 minit. Tetapi sebaliknya berlaku, Steve minta wang repayment 6 bulan kononnya untuk pastikan rekod bayaran pinjaman can dan akan dipulangkan sekali dengan pinjaman. Setelah bayar repayment, Steve janji 30 minit pinjaman, wang cagaran, dan 6 bulan repayment akan masuk dalam akaun bank. Kemudian ada masalah lain menyebabkan want tidak berjaya dipindahkan kerana scoring tidak capai 100%. Steve minta but bayaran hampir 2k lagi. Saya minta cancel pinjaman Steve kata tunggu 6 bulan. Berhati I pinjaman online adalah scammer.
Anonymous
Saya Apply Ada ke bayar lawyer Sampai 4k
Tp cakap boleh refund.bikin senang hati je.scoring 100%masih minta duit kita..
Mia
Vivian yap +60 14 7947 315 ni no dier ye? Sy bln lepas kene. 2600 terbang. Under MBSEasy loan
Nashrul
Bahaya saya sekarang pun tengah deal. Boleh bagi tahu macam mana dia suruh a -z. Bagi tahu lah. Orang orang melayu pls
Anonymous
Ishh nasib nampak msg ni saya duk cari btol ke tak sbb cara dia cakap baik sgt and mcm membantu nasib saya godek2 google and tanya kawan So saya tros ckp family tak bg pinjam sblm sempat bg details ic, bil air bil api apa sume..dia mcm ok je harap2 takda apa
Yang muskil
Saya ada buat apply online pinjaman peribadi, skrng persoalan nya saya dah bayar 3100,pertama 570 untuk payment bulanan 3bulan,pas tu
Bayar 1080 untuk insuran pastu bayar 1500 untuk aktifkan akaun tapi borang saya dah sign, dan ic cina yg call sya ni saya dah ambik klu betul alhamdulilah kalau scammer bukan nak kurang hutang mnambah hutang free free
Anonymous
scam nie
Tetipu
Saya kena dengan haruan wira, penasihat kewangaan dia miss foong bagi tahu duit boleh refund 70% tapi kena tunggu 14-21 days tapi sampai skrg tak dapat apa2 pun duit tu… sekarang ni nak call pun tak dapat semua no tak aktif…. macam ni perlu tak saya buat report…
# *duit tu mmg saya tak halalkan* lah sudah org nak buat loan kena tipu pula dengan gigihnya penasihat kewangaan (miss foong) tu tunggu sampai jam 9 malam sebab nak kejar duit je….
Ina
Sama dgn kes saya….
Diminta utk masukkan duit jaminan diri sndiri rm200. Lpas tu scoring x cantik Vivi mnta msukkan RM996 lgi utk dsburse duit pnjaman ke dlam acct.
Nama yg sama, Vivi, Steve, Marcus. Tpi syarikat mereka kalini My Easy Loan.
Aziz
Ez pinjaman adalah scammer, jadi hati2 lh penipu ni…aku akan pastikan,setiap seorang dari geng jahanam ni mampus muntah darah… X akan aku lepas kan walaupun sikit pun…..