Kos Tersembunyi Pinjaman Peribadi

Kos Tersembunyi Pinjaman Peribadi - Tangan memegang dompet kosong
Share Artikel ini!

Apabila anda merancang untuk memohon pinjaman peribadi, adakah anda betul-betul mempertimbangkan seluruh kos yang datang dengan pinjaman peribadi tersebut? Kebanyakan orang hanya lihat akan kadar bunga sahaja dalam memilihi pinjaman peribadi mereka. Tetapi, ianya juga amat penting untuk mengirakan kos-kos yang mungkin tersembunyi supaya anda dapat merancang jumlah untuk dipohon dengan tepat. Jadi, sebelum memohon pinjaman peribadi anda, fahamlah kos-kos berikut dulu:

  • Yuran memproses permohonan

Syarikat pinjaman mungkin akan mengenakan yuran untuk memproses pinjaman anda. Biasanya, yuran ini hanya akan dikenakan jika permohonan anda diluluskan, dan akan ditolak terus daripada jumlah yang anda pinjam sebelum duit itu dikeluarkan kepada akaun anda. Jumlah yuran ini berbeza antara syarikat, tetapi biasanya akan dikenakan sebagai peratus kecil jumlah pinjaman anda.

  • Duti setem

Duti setem merupakan yuran yang dibayar kepada kerajaan Malaysia untuk merasmikan kontrak pinjaman anda dengan syarikat peminjam. Biasanya, duti setem yang dikenakan adalah 0.5% jumlah pinjaman anda. Namun, ada juga syarikat yang akan menanggung kos ini untuk anda, jadi anda patut tanya dulu untuk mengetahui kalau kos ini perlu anda bayar ataupun tidak.

  • Caj bayaran awal

Setiap kontrak pinjaman peribadi akan menyatakan tempoh pembayaran pinjaman tersebut. Biasanya, syarikat peminjam lebih suka kalau anda mengambil seluruh tempoh pinjaman untuk membayar balik pinjaman tersebut. Hal ini kerana mereka dapat menjana lebih keuntungan daripada mengenakan kadar bunga untuk masa yang lebih lama. Jika anda membayar balik pinjaman anda dengan lebih awal, mereka akan kehilangan jumlah untung ini. Oleh itu, ada syarikat yang akan mengenakan caj bayaran awal untuk mengutip balik keuntungan tersebut.

  • Caj bayaran lambat

Hampir semua syarikat peminjam akan mengenakan caj sebagai penalti untuk bayaran yang lambat. Caj ini biasanya dikenakan sebagai sesuatu peratus jumlah pinjaman yang diambil, dan akan ditambah kepada jumlah hutang keseluruhan. Jika anda tidak berhati-hati, dan selalu bayar lambat atau gagal membuat bayaran langsung, caj-caj tambahan ini boleh menjadikan jumlah hutang anda lebih susah untuk diselesaikan.

Jadi, sebelum anda memohon pinjaman anda, kiralah kos-kos tersembunyi di atas sebelum menetapkan syarikat pinjaman anda dan juga jumlah yang dipohon supaya anda pasti ada duit mencukupi untuk menanggung kos keseluruhan mengambil pinjaman itu.


Share Artikel ini!

4 Komen

  1. Sy nk bertanye mcm mane kalau duti setem rm 350 pinjaman sebanyak rm5000.. sbnyak 7 peratus daripada nilai pinjaman..

    Reply
  2. Bagaimana kalau duti setem rm550 pinjaman sebanyak rm20000 dan apabila si peminjam rsa was2 adakah pihak si peminjam perlu di kenakan isu dari lawyer mahkamah … sebelum dikenakan isu si peminjam d maki olah syarikat pinjaman wang berlesen apabila si peminjam merasa sesuatu yg tak betol mengenai jumlah duti setem yg dikenakan kepada si peminjam

    Reply
  3. Duti setem kebiasaannya dikenakan sebagai peratus ke atas jumlah pinjaman. Jumlah duti setem adalah sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman. Contohnya, jika anda meminjam RM1000, anda akan dikenakan bayaran duti setem RM5.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>