Jadi Penjamin Pinjaman Peribadi: Bagus Atau Tidak?

Menjadi Penjamin Pinjaman Peribadi - Dua lelaki berjabat tangan
Share Artikel ini!

Kalau anda pernah dihadapi oleh kawan ataupun ahli keluarga yang minta anda menjadi penjamin untuk pinjaman peribadi mereka, anda pasti dapat tahu konflik yang boleh dijanakan oleh permintaan ini. Anda mahu memberi pertolongan di mana mampu, tetapi anda juga perlu berwaspada supaya tidak terperangkap untuk membayar balik pinjaman tersebut jika mereka tidak bayar dengan sepatutnya. Jadi, patutkah anda menjadi penjamin kepada pinjaman peribadi orang lain? Sebelum memberi tandatangan anda sebagai penjamin, jawablah tiga soalan ini dulu.

Mengapakah anda diperlukan sebagai penjamin?

Soalan pertama untuk tanya adalah mengapa orang tersebut memerlukan anda sebagai penjamin. Adakah ia kerana sejarah pembayaran mereka terlalu buruk untuk dapatkan pinjaman peribadi sendiri? Kalau begitu, risiko anda sebagai penjamin amat tinggi. Sebaliknya, kalau mereka ada sejarah pembayaran yang bagus, tetapi minta anda menjadi penjamin untuk merendahkan kadar bunga yang dikenakan ke atas pinjaman mereka, mungkin risiko anda sebagai penjamin lebih rendah.

Adakah anda yakin akan integriti orang tersebut?

Kita semua mahu mempercayai kawan ataupun ahli keluarga kita. Namun, jika anda ada apa-apa syak wasangka terhadap integriti orang tersebut, mungkin anda lebih baik menolak permintaan mereka untuk jadi penjamin. Kajilah sikit ke dalam perangainya – adakah dia rajin bekerja? Bolehkah orang yang berhubungan rapat dengannya beri testimoni terhadap kebolehpercayaannya? Adakah hubungan antara kamu berdua rapat dan tidak akan termusnah jika ada masalah dengan pembayaran tersebut?

Adakah anda mampu membayar hutang tersebut dengan sepenuhnya?

Walaupun sejarah pembayaran orang yang mengambil pinjaman tersebut memang bagus dan anda percaya akan kebolehan mereka dengan sepenuh hati, anda mesti juga memastikan bahawa anda mampu membayar hutang yang diambil dengan sepenuhnya. Kita tidak selalu dapat meramalkan apa yang boleh terjadi pada masa depan – kecemasan medikal, kehilangan jawatan, kemalangan dan sebagainya semua boleh menyebabkan dia tidak mampu membayar balik pinjaman tersebut. Pada masa itu, tanggungjawab akan jatuh kepada anda untuk menyelesaikan hutang tersebut. Jadi, hanya tandatangan sebagai penjamin sekiranya anda memang mampu menanggung bayaran tersebut!

Jika anda bersedia jadi penjamin pinjaman peribadi orang lain, pastikanlah anda berdua dapat cari pinjaman peribadi yang terbaik! Cari dan banding pinjaman peribadi berdekatan sekarang!


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Orang yang dijamin mesti ada rekod bayar balik yang baik baru kita boleh jadi penjamin. Jika tidak, nanti susah kena bayar apa yang dia hutang pulak.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>