Perbezaan Pinjaman Perniagaan vs Pinjaman Peribadi

Pinjaman Perniagaan vs Pinjaman Peribadi
Share Artikel ini!

Sebagai pemilik perniagaan sendiri, anda mungkin layak mengambil pinjaman perniagaan untuk memajukan perniagaan anda. Anda juga mungkin layak mengambil pinjaman peribadi, dan gunakan duit pinjaman tersebut dalam aktiviti perniagaan anda. Mungkin anda tertanya – apakah perbezaan pinjaman perniagaan vs pinjaman peribadi? Walaupun terdapat ciri-ciri yang sama, pinjaman perniagaan adalah amat berbeza daripada pinjaman peribadi, dan perbezaan-perbezaan tersebut dibincang dalam artikel di bawah.

1. Pinjaman Perniagaan mempunyai syarat kelayakan yang amat ketat berbanding Pinjaman Peribadi

Bukan setiap pemilik perniagaan yang layak memohon pinjaman perniagaan – terdapat banyak syarat tambahan yang berbeza bagi setiap syarikat pinjaman / bank. Biasanya, syarat dikenakan ke atas:

a) Lokasi syarikat – Perniagaan anda mesti berdaftar di Malaysia dan anda perlu menetap di kawasan operasi syarikat tersebut

b) Tempoh beroperasi – Syarikat anda mesti beroperasi untuk tempoh masa yang ditetapkan (6 bulan – 3 tahun minima) dan menunjukkan rancangan perniagaan yang berpotensi untuk berjaya

c) Aliran tunai yang mencukupi – Terdapat syarikat pinjaman / bank yang menetapkan jumlah minima hasil / jualan dalam setahun (contohnya, hasil minima RM500,000 setahun)

d) Rekod kewangan yang bersih – Kebanyakan pinjaman perniagaan tidak terbuka kepada orang yang blacklist / CCRIS / CTOS

2. Pinjaman Perniagaan menawarkan jumlah yang lebih tinggi, dengan tempoh yang lebih panjang

Pinjaman perniagaan biasanya menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi (contohnya sebanyak RM500,000 ke atas) dengan tempoh maxima yang lebih panjang, contohnya 5 tahun. Pinjaman peribadi biasanya diambil jika jumlah pinjaman anda adalah kecil (contohnya RM5000) dengan tempoh yang lebih singkat, contohnya 6 bulan. Namun, jumlah pinjaman anda yang diluluskan bagi dua-dua pinjaman perniagaan dan pinjaman peribadi akan ditetapkan oleh syarikat pinjaman ataupun bank berdasarkan status kewangan anda.

3. Penggunaan tunai Pinjaman Perniagaan terhad kepada transaksi perniagaan sahaja

Apabila anda mengambil pinjaman perniagaan, tunai pinjaman yang diterima itu tersekat untuk digunakan bagi beberapa aktiviti perniagaan sahaja, contohnya pembelian stok, bayaran gaji, ataupun sewa kedai dan sebagainya. Anda tidak bebas untuk menggunakan duit tersebut untuk apa-apa transaksi lain, walaupun dikira kecemasan. Tunai pinjaman peribadi pula boleh digunakan untuk apa-apa pembelanjaan sahaja, tidak kira ia pembelanjaan peribadi ataupun bisnes.

4. Proses permohonan Pinjaman Perniagaan vs Pinjaman Peribadi

Oleh sebab syarat kelayakan yang lebih ketat, proses memohon pinjaman perniagaan juga adalah lebih rumit berbanding pinjaman peribadi. Anda diperlukan menghantar dua-dua dokumen peribadi dan perniagaan untuk penilaian kelayakan pinjaman, dan juga dokumen tambahan lain yang mungkin diminta oleh syarikat pinjaman / bank, contohnya surat sokongan SME Corp. atau Credit Guarantee Corporation, bukti sektor / aktiviti perniagaan, lesen-lesen berkenaan dalam sektor perniagaan anda, dan sebagainya.

Untuk masa sekarang, kebanyakan syarikat yang tersenarai di iPinjaman Peribadi tidak menawarkan pinjaman perniagaan. Namun, jika anda mengalami kesusahan untuk mencari pinjaman perniagaan, anda boleh juga mempertimbangkan untuk memohon pinjaman peribadi dan gunakan duit tersebut dalam perniagaan anda! Pohon pinjaman peribadi anda dengan selamat dari mana-mana syarikat pinjaman berlesen di iPinjaman Peribadi, dan semoga perniagaan anda berjaya!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>