Tips Mengenali Scammer MLM – Jangan DiT-I-P-U!

Tips Mengenali Scammer MLM
Share Artikel ini!

Dalam suasana ekonomi yang semakin merosot ini, ramai orang tengah gigih mencari sumber pendapatan alternatif untuk menampungi pembelanjaan hidup yang semakin meningkat, sambil menjimat duit untuk masa depan. Kebanyakan orang bekerja sepenuh masa, ataupun sibuk menjaga rumah dan anak – jadi kerja sampingan yang ideal perlulah mengambil masa yang singkat, boleh dilakukan di mana sahaja, dan menjana pendapatan yang mencukupi. Oleh sebab itu, ramai orang terperangkap oleh scammer MLM, yang menjanjikan tunai cepat dan senang – namun akhirnya menjadi sumber kehilangan duit pula. Dalam artikel ini, kami membincangkan tips mengenali scammer MLM – dan cara untuk elakkan diri daripada diT-I-P-U oleh scam begini!

T: “Tidak akan rugi”

Jika anda menemui mana-mana “pelaburan” ataupun kerja sampingan yang meminta anda mengeluarkan duit anda sendiri dengan perjanjian bahawa anda “tidak akan rugi”, kemungkinan tinggi ini adalah scam MLM. Kebanyakan MLM memerlukan anda untuk membayar yuran penyertaan, dan membeli produk/servis setiap bulan dengan menggunakan duit sendiri. Mereka berjanji bahawa anda akan mendapatkan duit anda balik dengan berganda, dan anda pasti tidak akan rugi – inilah perjanjian palsu, dan anda perlu berwaspada.

I: Indah khabar daripada rupa

Jika terdapat pekerjaan yang menawarkan masa pekerjaan yang rendah dan gaji yang tinggi – pasti semua orang pun nak, kan? Scammer MLM bijak mengetahui ciri-ciri pekerjaan yang dicari oleh mangsa mereka, dan amat yakin menjanjikan keadaan pekerjaan yang memang indah khabar daripada rupa. Yang kerap dilihat adalah scammer yang menjanjikan bahawa suri rumah boleh menjana pendapatan beribu-ribu ringgit sebulan dari rumah tanpa bekerja keras – dengan iklan palsu ini, mereka menarik mangsa untuk menyertai skima MLM mereka.

P: Peluang hanya sekali

Untuk mendesak anda untuk menyertai skima MLM mereka dengan cepat, scammer akan menggunakan taktik “masa terhad”, iaitu mengatakan bahawa peluang untuk menyertai skima ini adalah sekali sahaja, dan jika tidak diambil sekarang, akan hilang selama-lamanya. Taktik ini mempermainkan emosi orang yang jujur ingin mencari kerja dan khuatir melepaskan peluang untuk mendapatkan jawatan yang rupanya indah ini. Jika anda berjumpa dengan ejen yang memaksa anda menandatangani kontrak dengan cepat, berwaspada dan betul-betul mengambil masa untuk memahami apa yang dikandungi dalam perjanjian pekerjaan tersebut.

U: Untung yang besar

Ciri skim MLM yang pasti ada: menjanjikan untung yang besar. Scammer MLM menggunakan cerita “sukses” orang lain sebagai bukti bahawa skim MLM mereka mendatangkan keuntungan yang besar kepada setiap ahli. Mereka menggunakan imej hidup yang lumayan, kereta mahal, teknologi canggih, untuk memberi ilusi bahawa jika anda bertekad dalam skim MLM ini, anda pun boleh menikmati keuntungan yang berganda-ganda. Namun, realitinya adalah bahawa kebanyakan orang yang menyertai skima MLM membayar duit kepada orang di atas mereka dalam aliran MLM, dan “keuntungan” yang diterima biasanya sedikit dan datang daripada orang yang anda sendiri perlu rekrut. Dengan merekrut orang ke dalam aliran MLM anda, secara tidak langsung anda juga memainkan peranan sebagai scammer – dan inilah cara untuk mendapatkan keuntungan dalam skima MLM.

Jadi, jika anda menemui mana-mana tawaran pekerjaan yang mengandungi ciri T-I-P-U ini: janji tidak akan rugi, indahnya khabar daripada rupa, peluang hanya sekali dan keuntungan yang besar, ingatilah tips mengenali scammer MLM yang diterangkan dalam artikel ini dan menjauhi diri anda daripada menjadi mangsa.


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Salah satu cara nak tau MLM senang je.. diorang akan ajak untuk sertai peluang perniagaan yang cukup misteri. Diorang jugak akan tunjuk duit yang banyak ditambah ada asset macam kereta, rumah yang besar dan cantik supaya ‘perniagaan’ mereka dipercayai.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>