Tips Menjaga Keselamatan Diri Ketika Online Shopping

Tips Keselamatan Ketika Online Shopping
Share Artikel ini!

Minggu ini, kebanyakan negeri di Malaysia telah kembali kepada status PKP, dan dinasihatkan supaya tinggal di rumah sebanyak mungkin untuk dua minggu ini. Ramai kedai yang ditutup ataupun terdapat waktu operasi yang had, dan terdapat juga ramai sekatan jalan raya yang menjadikannya susah untuk memperolehi barang keperluan (ataupun kemahuan). Jadi, ramai kita yang akan memilih untuk membeli barang secara online sahaja dalam tempoh PKP ini. Namun, membeli belah di atas talian tu boleh berbahaya juga, jika kita tidak pandai menjaga keselamatan diri ketika online shopping. Terdapat ramai scammer yang mungkin mengambil kesempatan untuk menjalankan scam pada masa ini – jadi kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mengikuti tips di bawah untuk menjaga keselamatan diri ketika online shopping dalam tempoh ini.

1. Hanya beli daripada platform yang menawarkan perkhidmatan pelanggan

Apabila anda membeli belah online, gunakanlah platform yang selamat, terutamanya yang menawarkan perkhidmatan pelanggan. Dengan ini, jika terdapat apa-apa transaksi yang mencurigakan, anda bolehlah menghubungi platform tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut. Platform besar biasanya menubuhkan sistem perlindungan pembeli, berbanding dengan platform yang membiarkan penjual dan pembeli untuk berurusan sendiri sahaja. Jika platform tersebut mempunyai sistem perkhidmatan pelanggan, tempat membuat aduan, dan tempat meminta return/refund, anda boleh lebih yakin akan keselamatan transaksi anda.

2. Jangan sesekali mendedahkan TAC atau OTP kepada orang lain

Apabila anda menjalankan transaksi di laman web ataupun platform membeli belah, anda mungkin akan diminta memasukkan TAC ataupun OTP untuk mengesahkan identiti anda. Namun, terdapat scammer yang pandai cuba mendapatkan TAC atau OTP ini daripada anda, dan mungkin boleh menggunakannya untuk melaksanakan transaksi tanpa ketahuan anda. Jika anda sedang membeli belah online dan terdapat sesiapa yang meminta anda mengongsikan informasi TAC/OTP untuk sesuatu transaksi, berwaspadalah dan cuba membeli belah di tempat lain.

3. Pilih laman web yang ada simbol mangga kunci di tepi URL

Jika anda ingin juga membeli barang daripada laman web selain platform membeli belah yang besar, carilah laman web yang memaparkan simbol mangga kunci di belah kiri URL. Jika anda klik simbol ini, anda akan nampak mesej “Connection Secure”, iaitu jaminan bahawa laman web ini terdapat sistem sekuriti yang akan melindungi data anda, terutamanya jika anda perlu mengisi informasi kewangan seperti nombor kad kredit atau nombor akaun bank. Jika simbol ini tiada, terdapat kemungkinan bahawa setiap informasi yang anda mendedahkan dalam proses pembelian tersebut mungkin dapat dicuri ataupun dibocorkan pada masa depan.

4. Pilih kaedah pembayaran COD sebanyak boleh

Dalam zaman teknologi ini, memang ramai antara kita yang memilih kadar pembayaran “cashless”, iaitu kad kredit, transfer bank, ataupun e-wallet. Namun, semua kaedah pembayaran ini memerlukan anda mengeluarkan duit sebelum menerima barang yang dibeli tersebut. Terdapat juga kejadian di mana setelah anda membuat bayaran, penjual tersebut menghilangkan diri, ataupun menghantar barang yang rosak atau tidak dapat digunakan. Jika anda memilih pembayaran COD, anda hanya akan mengeluarkan duit apabila anda yakin barang tersebut memang padan dengan barang yang dibeli, dan bukan sesuatu scam.

5. Sentiasa membaca review sebelum membeli

Sebelum anda mengeluarkan duit untuk membeli sesuatu barang, buatlah kajian sendiri dulu, dengan membaca review pengguna, ataupun tanya antara kawan-kawan dan keluarga jika terdapat sesiapa yang pernah membeli daripada platform atau penjual tersebut. Jika terdapat ramai review buruk, janganlah teruskan dengan pembelian anda – carilah penjual atau platform lain yang boleh dipercayai.

Jagalah kesihatan dan keselamatan diri dalam suasana yang tidak tentu ini, dan ikutilah tips menjaga keselamatan diri ketika online shopping yang terkandung dalam artikel ini. Jika anda memerlukan duit pinjaman dalam tempoh PKP ini, carilah di laman web IPP – syarikat pinjaman berlesen yang tersenarai di IPP adalah sah, selamat, dan beroperasi sepanjang tempoh PKP.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>