Dapatkan Bantuan Kewangan Untuk Perusahaan Mikro

Bantuan Kewangan Untuk Perusahaan Mikro
Share Artikel ini!

Dengan pengumuman PKP bagi semua negeri di Malaysia, dan ketidaktentuan situasi negara kita dalam perjuangan mengatasi pandemik ini, ramai orang sedang menghadapi realiti masalah kewangan yang amat membimbangkan. Terutamanya pemilik perusahaan mikro, di mana aktiviti perniagaan dan aliran tunai mungkin amat terjejas oleh sekatan SOP PKP, malah perbelanjaan seperti sewa, gaji pekerja, dan sebagainya perlu ditunaikan setiap bulan tanpa pendapatan perniagaan yang tentu. Perusahaan mikro biasanya tidaklah mempunyai simpanan tunai yang banyak, malah bergantung kepada kesinambungan aktiviti perniagaan yang lancar untuk memastikan status kewangan yang stabil setiap bulan. Jika PKP yang lebih ketat lagi diumumkan akibat nombor kes COVID-19 yang asyik meningkat, perusahaan mikro ini pasti akan memerlukan pembantuan daripada kerajaan untuk tetap bertahan dalam keadaan ekonomi yang tidak tentu ini. Nasib baik, AKPK telah menyediakan saluran bantuan kewangan percuma untuk perusahaan mikro yang boleh diakses melalui laman web utama AKPK

Apakah bantuan kewangan percuma untuk perusahaan mikro yang ditawarkan oleh AKPK?

Selain menghubungi bank untuk bantuan pembayaran balik pinjaman perniagaan, perusahaan mikro boleh menyalurkan permintaan tersebut melalui Meja Bantuan Perusahaan Mikro AKPK, yang menawarkan nasihat dan pendidikan kewangan yang PERCUMA. Janjitemu dikendalikan melalui telefon dengan penasihat kewangan AKPK. Jam beroperasi adalah dari hari Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 9 malam.

Siapakah yang layak untuk mendapatkan perkhidmatan Meja Bantuan ini?

Perusahaan mikro dengan perolehan jualan tahunan kurang daripada RM300,000 ATAU pekerja separuh masa kurang daripada 5 orang.

Bank mana yang terlibat dalam usaha bantuan ini?

Bank-bank Perdagangan, Bank-bank Islam, dan Institusi Kewangan Pembangunan akan menghulurkan bantuan melalui usaha AKPK ini.

Adakah pemilik perusahaan mikro perlu membayar apa-apa untuk mendapati perkhidmatan bantuan AKPK ini?

Tidak, semua perkhidmatan Meja Bantuan ini disediakan secara percuma. AKPK tidak melantik mana-mana ejen atau pihak ketiga untuk memberikan perkhidmatannya kepada orang ramai. Jadi, berwaspadalah terhadap orang mungkin scammer yang menawarkan perkhidmatan sebegini di atas nama AKPK malah mengenakan caj terhadap perusahaan mikro anda untuk mendapati perkhidmatan yang diperlukan.

Adakah anda seorang pemilik perusahaan mikro yang memerlukan bantuan kewangan pada masa PKP ini? Tetapkanlah janjitemu anda melalui laman web AKPK sekarang!

Kalau anda memerlukan pinjaman peribadi untuk mengatasi tempoh bermasalah ini, carilah antara syarikat kredit komuniti yang sah berlesen dan selamat di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Hanya seminggu lagi bagi tempoh PKP ini. Jom kita sama-sama bertabah untuk mengatasi cabaran masing2.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>