Cara Mengelakkan Duit Anda Menjadi Sumber Jangkitan COVID-19!

Cara Mengelakkan Duit Menjadi Sumber Jangkitan COVID-19
Share Artikel ini!

Tahukah anda bahawa virus COVID-19 boleh hidup di atas permukaan barang untuk tempoh beberapa hari sehingga sebulan? Jika disentuh lalu terkena mata, hidung, ataupun mulut, ia boleh menjadi sumber jangkitan virus tersebut! Seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, kita mungkin kerap membersihkan barang yang kerap digunakan, seperti telefon bimbit, roda stereng kereta, beg tangan, dan sebagainya. Namun, bagaimanakah dengan duit yang kita menangani setiap hari? Kajian terbaru telah menunjukkan bahawa virus COVID-19 boleh hidup di atas duit kertas dan syiling untuk tempoh sepanjang 28 hari! Jika anda fikirkan betapa kerap duit tunai bertukar tangan dalam tempoh sebulan, memang kita perlu mengakui bahawa duit tunai itu merupakan salah satu sumber potensi jangkitan COVID-19 dalam aktiviti harian kita. Namun, anda boleh mengurangkan risiko diri dengan mengambil beberapa langkah cermat untuk melindungi diri anda. Berikut adalah beberapa cara mengelakkan duit anda menjadi sumber jangkitan COVID-19.

Gunakan kaedah “cashless” di mana boleh

Permukaan keras seperti kad debit atau kredit lebih senang dibersihkan dengan sanitizer ataupun sabun. Jadi, di mana boleh, pilihlah untuk membayar menggunakan kad ataupun E-Wallet anda untuk mengelakkan menangani apa-apa duit tunai. Namun, pastikan anda menggunakan kad kredit anda dengan selamat dan bertanggungjawab!

Asingkan duit tunai di dompet khas

Jika terpaksa menggunakan duit tunai, simpanlah duit tersebut di dalam dompet khas yang diasingkan daripada barang lain seperti kad pengenalan, kad kredit, kunci, tisu muka, dan sebagainya. Kalau boleh, simpanlah dompet tersebut dalam saku khas yang senang diakses supaya anda tidak perlu menyentuhi ramai barang lain untuk mendapatkan duit yang diperlukan.

Gunakan sarung tangan apabila menangani duit tunai

Jika anda sudah tahu anda akan menangani duit tunai (seperti situasi membeli bahan-bahan di pasar pagi di mana kaedah “cashless” tidak diterima), pakailah sarung tangan sepanjang sesi membeli-belah tersebut, dan tanggalkan sebelum anda masuk kereta ataupun rumah. Walaupun pakai sarung tangan, anda perlu prihatin juga tentang membasuh tangan dengan sabun ataupun sanitizer dan elakkan menyentuh muka semasa memakai sarung tangan.

Bersihkan wang tunai jika perlu

Ia tidak digalakkan untuk “membasuh” duit tunai dalam air ataupun bahan kimia kuat seperti peluntur (bleach) kerana ini boleh merosakkan duit kertas (duit syiling boleh dicuci tanpa masalah). Namun, jika anda betul-betul perlu membersihkan duit tersebut, gunakan sabun lembut dan sedikit air untuk mengelapkan permukaan duit tersebut. Selepas itu, biarkan duit kertas tersebut kering sendiri (jangan gunakan kaedah haba seperti pengering rambut ataupun pengering baju). Anda boleh juga mengeringkan duit tunai di luar supaya terkena sinar matahari untuk menambahkan keberkesanan menghilangkan virus COVID-19 daripada wang tersebut.

Seperti disarankan oleh kerajaan kita, patuhilah SOP yang telah ditetapkan untuk membantu seluruh negara Malaysia memutuskan rantaian jangkitan COVID-19! Selain mengelakkan duit anda menjadi sumber jangkitan COVID-19, anda perlu juga mematuhi SOP memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal, selalu menggunakan aplikasi MySejahtera, dan kerap membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri.

Perlukan duit untuk membiayai perbelanjaan anda sepanjang tempoh PKPB ini? Carilah pinjaman yang cepat, sah, dan selamat daripada syarikat pinjaman berlesen yang tersenarai di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>