5 Tips Menjimatkan Duit Sepanjang Tempoh PKPB

Tips menjimatkan duit sepanjang tempoh PKPB!
Share Artikel ini!

Sejak 14 Oktober 2020, negeri Sabah, KL, Selangor, dan Putrajaya telahpun diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disebabkan oleh bilangan kes COVID-19 yang meningkat secara melambung dalam beberapa minggu yang lepas. Perlaksanaan PKPB memang ada impak yang amat besar kepada status kewangan kita semua – ada yang kehilangan separuh ataupun seluruh sumber pendapatan, ada yang terpaksa menampung perbelanjaan yang lebih tinggi, dan sekurang-kurangnya pun corak perbelanjaan bagi semua orang akan berubah sepanjang tempoh PKPB ini. Kita memang tak dapat menjangkakan berapa lama tempoh PKPB ini akan dilaksanakan – jika merujuk kepada tempoh PKP yang diadakan pada bulan Mac 2020, mula-mulanya ia diisytiharkan untuk 2 minggu sahaja, namun akhirnya hanya tamat 1.5 bulan selepas permulaannya. Jadi, kita perlu bersedia dan mengaturkan hal kewangan diri supaya boleh bertahan kukuh sepanjang tempoh yang kurang stabil ini. Berikut adalah 5 tips menjimatkan duit sepanjang tempoh PKPB!

1. Cuba mengehadkan penggunaan elektrik

Kebanyakan orang di kawasan PKPB telah disarankan untuk duduk di rumah – ramai juga yang dibenarkan bekerja dari rumah. Akibatnya, penggunaan elektrik bulanan pasti akan naik, yang juga mengakibatkan bil elektrik bulanan yang lebih tinggi. Kerajaan telah mengumumkan Bantuan Diskaun Prihatin untuk meringankan beban masyarakat Malaysia; namun, jumlah diskaun yang diberikan adalah bergantung kepada penggunaan bulanan. Lebih rendah penggunaan elektrik, lebih tinggi diskaun yang diterima. Contohnya, jika penggunaaan elektrik anda amat rendah iaitu kurang daripada 200 kwj sebulan, anda akan menerima diskaun 50% jumlah bil anda. Namun, jika anda menggunakan 1 kwj melebihi tarif itu, iaitu 201 kwj, anda hanya akan menerima diskaun 25% atas jumlah bil anda. Jadi, ia memang penting untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah – tapi, bagi tempoh PKPB ini, anda boleh menggandakan penjimatan wang anda dengan penggunaan elektrik yang cermat.

Kurangkan penggunaan hawa dingin, ataupun cuba mendinginkan satu bilik kecil sahaja bagi semua ahli keluarga menikmatinya, berbanding dengan memasang hawa dingin di seluruh rumah, sepanjang hari. Tutup semua suis bagi peralatan yang tidak digunakan. Hanya pasangkan mesin cuci bila terdapat baju secukupnya untuk satu pencucian penuh. Jimat penggunaan di mana anda boleh, supaya anda juga dapat menjimatkan duit apabila bil elektrik datang kelak.

2. Rancangkan menu makanan dengan baik

Bagi yang memasak di rumah, rancangkanlah menu makanan dengan baik supaya anda boleh membeli bahan makanan mengikut keperluan tanpa membazir ataupun terpaksa keluar membeli barang lagi dalam masa yang singkat. Kajian di atas kelakuan manusia tunjuk bahawa setiap kali kita keluar ke pasaraya, kita pasti akan membeli lebih daripada yang dirancang kerana kita terpikat melihat barang yang dipamerkan di kedai tersebut. Jadi, rancanglah masakan anda, bina senarai barang yang diperlukan, dan membeli-belah menggunakan senarai itu sahaja tanpa mengikut nafsu apabila berada di kedai. Dengan ini, anda boleh kawal membeli hanya apa yang diperlukan, tanpa membazirkan duit dengan barang tambahan yang sebenarnya tidak diperlukan.

3. Kongsikan caj hantaran dengan orang lain

Untuk mengurangkan aktiviti keluar daripada rumah, kebanyakan orang mula membeli makanan dan barang keperluan secara online. Namun, caj penghantaran boleh juga tambah menjadi sumber pembelanjaan yang tinggi. Ataupun, anda terpaksa membeli jumlah yang banyak untuk memenuhi kriteria hantaran percuma. Namun, jika anda berkongsi setiap pesanan dengan orang lain, contohnya jiran ataupun ahli keluarga, anda boleh meringankan beban caj hantaran dan menjimatkan duit. Anda juga digalakkan merancang pembelian anda dengan baik supaya tidak perlu memesan dengan terlalu kerap dan membazirkan duit bagi caj hantaran yang tidak diperlukan.

4. Larangkan laman web “online shopping” bagi barang bukan keperluan

Ketika tersekat di rumah, pastilah kita akan berasa bosan. Namun, janganlah lawati laman web “online shopping” jika anda tidak benar-benar memerlukan apa-apa barang. Membeli barang itu memang mendatangkan perasaan gembira, namun hanya untuk seketika sahaja. Kegembiraan yang tahan lasak datang daripada keyakinan bahawa anda dapat menjimatkan wang yang mencukupi untuk menjaga diri dan keluarga dengan baik. Jadi, cuba tambahkan laman web “online shopping” kegemaran anda kepada senarai laman web blacklisted dalam telefon bimbit ataupun komputer anda. Jika anda tak lihat, anda tak akan terpikat nak beli.

5. Ambil kesempatan untuk menyusun barangan rumah dan menjual apa yang tidak diperlukan lagi

Dengan masa lapang ada semasa tersekat di rumah, ambillah kesempatan untuk membersihkan dan menyusun barangan kepunyaan anda dan mengasingkan barang yang tidak lagi digunakan. Dalam aktiviti pembersihan ini, mungkin anda boleh menjumpai barang lama yang anda telah terlupa bahawa anda mempunyai – ini akan menjimatkan duit kerana anda tidak perlu beli yang baru, boleh guna yang lama sahaja. Ataupun, jika terdapat barang yang tidak lagi digunakan namun masih dalam keadaan baik, anda boleh juga menjualnya pada platform jualan barangan terpakai seperti Carousell, Mudah, dan platform sosial seperti Facebook dan Instagram. Anda dapat menikmati duit ekstra, dan juga rumah yang bersih dan tersusun!

Tempoh PKPB memang boleh berasa seperti masa yang merisaukan dan tidak tentu. Namun, kita perlu mengamalkan sikap positif dan membuat apa yang kita boleh untuk mengatasinya bersama orang yang tersayang. Ekonomi negara kita akan mengambil masa untuk pulih, jadi jagalah hal kewangan anda dengan baik supaya tidak tersangkut nanti dengan tips menjimatkan duit sepanjang tempoh PKPB di sini!

Sedang mencari pinjaman peribadi online yang sah dan selamat? Carilah di iPinjaman Peribadi sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>