AWAS: Kecurian Identiti (Cerita Benar Mangsa)

Kecurian Identiti
Share Artikel ini!

Pernahkah anda mengambil gambar IC atau passport anda dan menyimpannya dalam telefon bimbit anda? Ataupun mencetak salinan slip gaji ataupun penyata EPF anda dan buang sahaja ke dalam tong sampah tanpa mencarik-carik kepada cebisan kecil? Anda boleh membuka diri kepada risiko kejadian kecurian identiti, di mana informasi anda disalahgunakan oleh orang lain tanpa keizinan anda. Marilah kita tonton cerita benar seseorang mangsa kecurian identiti yang telah mengongsikan ceritanya dengan kami di iPinjaman Peribadi.

*Video ini dilakonkan semula berdasarkan kisah benar individu.

Berikut adalah ceritanya:

“Dua tahun lalu, aku asyik dapat panggilan daripada sesuatu company loan, kata aku kena bayar payment, dah lewat, nanti datang cari aku… Aku pun hairan – tak pernah aku mohon loan dengan apa-apa company pun. Akhirnya dapat tau nama aku telah digunakan oleh org yang aku kenal untuk buat pinjaman, n now company ni suruh aku bayar sebab nama saya. Diorang nak pegang kad bank aku, dan selalu telefon di tempat kerja aku.

Aku cuba terangkan memang nama aku dah digunakan oleh orang lain tapi diorang tak nak accept. Orang yang gunakan nama aku pun hilang tak tau mana, aku tak dapat cari. Sebab setiap hari pun kena kacau, aku offer je nak buat pembayaran melalui cara bank in tapi diorang tak nak, nak aku bagi kad bank bagi diorang pegang.

Aku dah tak reti tahan benda ni, dah berlarutan dalam dua tahun. Aku ada buat report polis tapi belum ada result lagi. So aku kena tabahkan hati je untuk sekarang, memang kesal berkenalan dengan orang tu dulu. Tapi apa boleh buat kan, kena jaga lah informasi peribadi baik-baik supaya tidak disalahgunakan lagi.”

Apakah yang boleh kita mempelajari daripada pengalaman yang dikongsikan ini? Kita patut jagalah maklumat peribadi dengan betul-betul, walaupun daripada keluarga dan kawan yang dipercayai. Kes kecurian identiti memang sukar diselesaikan, kerana ia amat susah untuk membuktikan bahawa anda sendiri tidak memohon pinjaman tersebut malah informasi dan dokumen sebenar anda telah digunakan dalam permohonan.

Jika anda tidak melindungi data anda dengan betul, anda boleh menjadi mangsa scam kecurian identiti. Teruk lagi kalau sama seperti wanita dalam video kita ini, yang menjadi mangsa Ah Long. Ah Long menggunakan pelbagai taktik zalim dan ganas untuk memaksa mangsanya membayar jumlah wang yang dituntut. Bunga yang tidak masuk akal dan ugutan dah agak biasa.

Adakah anda mengalami situasi yang sama?

Anda perlu lapor kepada pihak polis dan buat aduan dengan KPKT. Selepas itu, hubungi Bank Negara untuk melindungi diri anda daripada urusniaga yang dijalankan oleh orang lain atas nama anda.

Sedang mencari pinjaman peribadi? Layari www.ipinjamanperbadi.com.my untuk mencari Syarikat Pinjaman Wang yang berlesen dan selamat.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>