3 Penipuan Pinjaman Peribadi Untuk Dihindari

3-penipuan-pinjaman-peribadi-untuk-dihindari
Share Artikel ini!

Apabila anda sedang mencari pinjaman peribadi, anda mungkin memberi tumpuan kepada kadar faedah, yuran, dan terma pembayaran balik. Tetapi adakah anda tahu perkara yang paling penting untuk mencari pinjaman peribadi yang selamat? Iaitu memastikan anda berurusan dengan syarikat yang sah. “Scammer” sering menyamar untuk menydiakan penipuan pinjaman peribadi untuk menipu mereka yang memerlukan pinjaman peribadi.

Mereka tidak selalunya mudah dikenali kerana ramai di antara mereka mempunyai karisma yang meyakinkan. Tetapi, dengan memahami jenis penipuan dan tanda-tanda amaran yang paling kerap dilihat, anda boleh mengelakkan menjadi mangsa terbaru mereka. Berikut adalah tiga penipuan pinjaman peribadi yang biasa akan anda jumpai.

1. Tiada Semakan Kredit Pinjaman Peribadi

Pinjaman tanpa semakan kredit nampaknya menarik kepada peminjam dengan kredit yang kurang memuaskan yang mungkin berharap untuk mendapatkan pinjaman dengan syarikat yang sah. Ada beberapa yang berasa lega mencari syarikat yang sanggup bekerjasama dengan mereka tanpa bertanya apa-apa tentang masa lalu mereka, dan cepat-cepat mendaftar dengan syarikat tersebut tanpa menjalankan kajian lebih tentang syarikat tersebut terlebih dahulu. Ia hanya selepas mereka menyerahkan maklumat peribadi mereka dan mungkin beberapa bayaran kepada “scammer” dan tidak menerima dana yang dijanjikan malah mereka menyedari kesalahan mereka.

Semua pemberi pinjaman yang sah akan menilai kredit anda apabila anda memohon pinjaman. Ia adalah perkara yang penting kerana ia memberikan maklumat kepada pemberi pinjaman tentang sikap tanggungjawab anda dengan wang dan penyelarasan hutang. Pemberi pinjaman mungkin akan mengenakan kadar yang lebih tinggi atau menolak permohonan peminjam dengan kredit yang lemah kerana terdapat risiko yang lebih besar hutang tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sempurna.

Sesetengah syarikat peminjam sah sanggup mempertimbangkan permohonan peminjam dengan kredit yang lemah. Tetapi, mereka masih menjalankan pemeriksaan kredit dan menggunakannya untuk menentukan kadar faedah anda. Jika anda mencari pemberi pinjaman yang menawarkan pinjaman peribadi tanpa pemeriksaan kredit, elakkannya. Mohon untuk mendapatkan kad kredit bercagar atau bekerja  meningkatkan kredit anda dengan membuat pembayaran secara tetap dan tepat pada masa. Kemudian, mohonlah pinjaman anda semula setelah kredit anda bertambah baik.

2. Pinjaman Peribadi Dengan Yuran Pendahuluan Atau Keperluan Cagaran

Pemberi pinjaman peribadi yang sah mungkin mengenakan yuran permulaan yang merupakan peratusan kecil dari baki pinjaman anda. Namun, anda tidak akan diminta membayar apa-apa sebelum menerima dana anda. Yuran permulaan ini akan ditolak terus daripada jumlah pinjaman. Jadi anda tidak benar-benar mendapatkan jumlah penuh yang anda meminjam.

Oleh kerana ramai orang tidak biasa dengan proses ini, sesetengah “scammer” mengambil kesempatan dengan meminta mangsa menghantar wang sebagai deposit, yuran permohonan, atau yuran pemprosesan sebelum “pemberi pinjaman” akan melepaskan dana kepada mereka. Apa yang sebenarnya berlaku ialah “scammer” mengambil wang yang anda berikan kepada mereka dan hilang sebelum anda sedar apa yang berlaku.

3. Pinjaman Peribadi Yang Tidak Diminta

Anda mungkin pernah menerima tawaran pinjaman peribadi yang sah melalui mel, terutamanya jika anda telah memohon pinjaman peribadi pada masa lalu. Namun, “scammer” juga menghantar surat tawaran pinjaman kepada dan, mengharapkan bahawa anda akan silap menganggap mereka adalah syarikat yang sah. Mereka juga kerap menghubungi mangsa melalui telefon atau e-mel, dan akan muncul di hadapan pintu anda untuk menjual dusta mereka.

Syarikat pinjaman peribadi sah tidak akan cuba menghubungi anda dengan cara ini dengan tawaran yang tidak diminta. Perkara lain yang perlu diperhatikan adalah pautan ke laman web palsu, permintaan untuk maklumat peribadi, taktik jualan tekanan tinggi, dan lain-lain.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Khuatir Telah Menemui Penipuan Pinjaman Peribadi

Jangan serahkan apa-apa wang atau maklumat peribadi kepada syarikat tersebut sebelum anda siap mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan reputasi syarikat.

Pertama sekali, periksa sama ada syarikat tersebut sah berdaftar untuk menjalankan perniagaan dengan menyemak lesen perniagaannya. Anda juga harus menyemak laman web syarikat tersebut. Semua URL laman web yang meminta maklumat kewangan harus bermula dengan “https”. Ini bermakna laman web tersebut telah mengambil langkah keselamatan untuk mecegah penggodam (hacker).

Jalankan penyelidikan tentang syarikat tersebut dalam talian juga untuk melihat jika terdapat maklumat atau komen negatif muncul dan cuba menjejaki alamat syarikat itu. Jika syarikat tersebut tidak menyediakan alamatnya, ini juga merupakan salah satu tanda amaran. Sesetengah “scammer” boleh berpura-pura bekerja dengan syarikat yang sah. Jadi, anda harus bandingkan e-mel, laman web, dan nombor telefon “scammer” yang mereka memberi anda dengan hasil carian internet anda.

Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Anda Menjadi Mangsa Penipuan Pinjaman Peribadi

Sekiranya anda telah menjadi mangsa penipuan pinjaman peribadi, anda harus membuat laporan kepada agensi-agensi yang tertentu. Sesetengah orang enggan mengakui bahawa mereka telah jadi mangsa kepada peniupuan atau “scam”. Tetapi, keengganan melaporkannya bermakna bahawa ribuan orang yang lain juga berisiko untuk jatuh dalam perangkap yang sama.

Anda juga perlu melindungi maklumat kewangan anda yang lain jika anda ada memberikannya kepada penipu. Dapatkan laporan kredit anda dan periksa sebarang akaun atau aktiviti yang tidak dilaksanakan oleh anda sendiri. Jika ada, laporkan kepada institusi kewangan dan biro kredit dan letakkan amaran penipuan pada akaun anda supaya pemberi pinjaman tahu bagaimana untuk mengambil langkah tambahan untuk mengesahkan identiti anda sebelum membuka akaun kredit bawah nama anda.

Anda mungkin tidak boleh mendapatkan wang anda kembali, tetapi anda boleh mengelakkan kehilangan lebih banyak wang dengan mengambil langkah di atas. “Scammer” pinjaman peribadi tidak akan rehat, tetapi jika anda bijak dengan helah mereka, anda boleh menjaga diri sendiri dan bahkan keluarga dan rakan anda daripada mengalami kerugian kewangan di tangan mereka.

Berminat untuk mendapatkan pinjaman peribadi anda? Dapatkan di lokasi anda sekarang!


Share Artikel ini!

3 Komen

  1. Salam sejahtera Saya nak tanya Sabah dan Sarawak boleh tak memohon

    Reply
    • Mohon maaf, untuk masa sekarang kami hanya menyenaraikan syarikat-syarikat di kawasan Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan sahaja. Harap-harap pada masa depan IPP boleh membuka kawasan baru termasuk Sabah dan Sarawak!

      Reply
    • salam sejahtera..permohonan utk yg bkerja/menetap di negeri terengganu,adakah layak utk memohon??

      Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>