AWAS: Penipuan Kad Kredit (Cerita Benar Mangsa)

Penipuan Kad Kredit
Share Artikel ini!

Adakah kad kredit anda menjejaskan keselamatan kewangan anda? Ya, mungkin benar, jika anda tidak betul-betul menjaga keselamatan butiran peribadi anda di atas talian. Antara scam yang diminati oleh penjenayah yang ingin mencuri duit anda, scam amat popular dan senang dijalankan adalah penipuan kad kredit. Kini, scammer tidak perlu mencuri kad kredit fizikal anda pun – mereka hanya perlu memperolehi butiran kad kredit anda. Untuk mencapai matlamat ini, scammer biasanya menarik perhatian anda dengan tawaran istimewa, yang biasanya memasukkan caj kecil yang perlu dibayar dengan kad kredit. Contohnya, “Tawaran Istimewa Huawei P40 Untuk Hanya RM1 Terhad Untuk 10 Orang Pertama!”, ataupun notis anda telah memenangi sesuatu ganjaran hebat tetapi perlu membayar caj delivery RM5. Setelah anda membayar caj rendah ini, scammer pun boleh mencuri butiran anda dan akses akaun kewangan anda dan menggunakan duit anda untuk pembelanjaan sendiri secara online.

Bagi pembelanjaan biasa, pihak bank memang telah menetapkan langkah sekuriti untuk melindungi anda daripada pencuri, seperti OTP, PIN, dan sebagainya. Namun, terdapat juga beberapa cara yang boleh digunakan oleh scammer tersebut untuk memintas langkah sekuriti. Contohnya, jika mereka berjaya memperolehi segala informasi kad kredit anda, termasuk nama penuh, alamat kediaman, nombor kad kredit, tarikh luput kad kredit, dan nombor CVV anda, terdapat kemungkinan yang butiran ini boleh digunakan untuk membuat ramai pembayaran kecil, di mana OTP tidak diperlukan dan anda mungkin tak perasan sampai ia terlalu lambat. Terdapat juga kes di mana butiran kad kredit digunakan untuk berbelanja di luar negara tanpa memerlukan OTP. Inilah yang berlaku kepada mangsa kita dalam Episod 4 series IPP tentang scam kewangan.

*Video ini dilakonkan semula berdasarkan kisah benar individu.

Berikut adalah ceritanya:

Dulu-dulu bila I baru mula kerja, baru dapat kad kredit, belum pandai lagi dalam semua hal kewangan ni. Ahli keluarga I ada kecemasan, nak pinjam duit, jadi I tergesa-gesa cari pinjaman yang cepat lulus. Dapat satu tawaran, katanya boleh proses dalam satu hari kalau I bayar yuran express. RM10 je, kiranya berbaloi. Dia hantar link kat saya untuk bayar yuran express tu, katanya boleh guna kad untuk bayar. Link tu ada borang kena diisi, siap minta semua butiran termasuk nombor kad kredit dan CVV. Saya pun percaya je, isinya borang tu, nak dapatkan pinjaman cepat.

Dah diisi, dia kata akan proses pinjaman saya, tapi beberapa hari dah lalu masih tak terima lagi duit pinjaman tu. Tetap bagi alasan sistem slow, boss belum masuk ofis, bank ada problem, banyak lagi. Akhirnya I batalkan je permohonan tu, cari pinjaman tempat lain. Terlupa pula I dah bagi semua details kad I dekat diorang. Datang akhir bulan tu, terkejut I nampak bil kad kredit I. Orang tu ada gunakan kad I kat website luar negara, sampai caj RM3000 lebih. I terus call bank aku untuk batalkan kad tu dan buat aduan tentang penipuan, siap buat report polis juga. Tapi akhirnya keputusan penyiasatan tu kata tiada bukti bukan aku yang buat transaksi tersebut, kena bayar juga baki bil tu. Sampai sekarang I dah khuatir mana-mana orang yang minta butiran kad saya. Memang kena jaga betul-betul, senang sangat kena tipu dalam era digital ni.”

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita pelajari daripada cerita yang dikongsikan di atas:

  1. Jangan sesekali masukkan butiran kad kredit anda (terutamanya nombor CVV) kepada laman web yang tidak dikenali, terutamanya jika ia bukan laman web selamat daripada bank ataupun payment gateway yang terkenal.

 

2. Jika anda telah mendedahkan butiran kad kredit anda kepada sesiapa yang tidak boleh dipercayai, lebih selamat untuk membatalkan kad tersebut dan memohon kad baru daripada bank anda.

 

3. Pastikan anda menyemak penyata kad kredit anda beberapa kali sebulan secara online, supaya anda boleh cepat mengesan apa-apa aktiviti yang mencurigakan dan bertindak cepat sebelum scammer sempat membelanjakan duit lebih lagi.

 

4. Jangan sesekali mendedahkan OTP yang anda terima kepada sesiapa yang tanya. Terdapat ramai scammer yang menyamar sebagai pihak bank, meminta OTP anda untuk mengesahkan identiti anda. Malah, sebenarnya, mereka ingin mendapatkan OTP itu untuk melengkapkan transaksi mereka menggunakan kad/akaun anda.

Adakah anda mengalami situasi yang sama?

Jika anda telah menjadi mangsa penipuan kad kredit, bertindak cepat dan menghubungi bank anda untuk membatalkan kad dan melaporkan kejadian tersebut. Anda juga perlu mengisikan laporan polis. Jika terdapat bukti yang mencukupi, harap-harap caj palsu tersebut boleh dibatalkan. Namun, jika anda terlalu lambat bertindak ataupun tiada bukti yang kukuh, anda mungkin akan dikira bertanggungjawab untuk membayarkan jumlah hutang tersebut, seperti mangsa dalam episod minggu ini. Yang paling penting adalah anda bertekad untuk menjaga sekuriti butiran kad kredit anda pada masa depan.

Sedang mencari pinjaman peribadi yang sah dan selamat? Layari www.ipinjamanperbadi.com.my sekarang!.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>