AMARAN: Cerita Benar Scam..Jangan Jadi Mangsa!

Cerita Benar Scam

Beberapa hari lalu, kami di IPP menerima khabar bahawa terdapat sesuatu syarikat yang menjalankan scam dekat pengguna platform kami. Kami ingin berkongsi cerita tersebut di sini supaya anda semua dapat belajar macam mana nak mengenal pasti scam dan mengelakkan ia terjadi kepada anda. Beginilah ceritanya:

Saya mohon pinjaman dengan syarikat ini sebanyak rm10k. Setelah permohonan berjaya dan lulus, saya terpaksa menyediakan rm780 sebagai duit bagi mengelakkan pelanggan lari jika permohonan yang lulus tidak diambil pelanggan. Sebabnya boleh merugikan kos kepada syarikat ni. Tetapi duit ini akan dipulangkan kembali bersama duit pinjaman.

Kemudian selesai bayaran rm780, saya terpaksa menyediakan pula rm2k untuk menunjukkn ada duit simpanan dalam akaun bank saya. Diminta skrinshot dahulu dan tunjukkan kepada syarikat ni. Tapi duit itu dipindahkan pula kepada akaun syarikat ni. Katanya duit ini akan dibayar semula bersama pinjaman tadi.

Masalah lain pula timbul kononnya ketiadaan akaun semasa bank.

Akaun semasa bank perlu dibuka terlebih dahulu dengan deposit sebanyak rm3k. Syarikat ini katanya boleh membantu membuka akaun tersebut, maka rm3k ni dipindahkan ke akaun syarikat ini.

Katanya duit rm3k ini akan dikembalikan juga bersama pinjaman nanti.

Selesai dengan pembukaan akaun semasa bank, cek berpalang dikeluarkan dengan tertera jumlah pinjaman rm10k dan 5780.

Malangnya, cek ini tak dapat dibank inkan lagi dengan syarat saya perlu sediakan rm3126 iaitu 20% daripada jumlah pinjaman tu. Bila ditanya untuk apa, katanya bayaran ni tidak ada apa2.

Jika selesai buat bayaran rm3126 itu, baru cek akan dibank inkan.

Tetapi duit tersebut katanya akan dibayar kembali selepas selesai tandatangan borang perjanjian yang akan dipos ke alamat rumah dalam tempoh 10 hari menerima borang tersebut.

Oleh sebab saya terpaksa perlu sediakan rm3126 itu, maka saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu dan minta nasihat dan pandangan rakan- rakan sahabat handai.

Jadi, bagaimanakah kita boleh mengenal pasti syarikat ini memang scammer?

  1. Syarikat pinjaman berlesen yang sah tidak akan meminta bayaran apa-apa sebelum masukkan duit ke dalam akaun anda.
  2. Syarikat pinjaman berlesen akan menjalankan background check dengan sempurna sebelum meluluskan loan anda, bukan minta bukti duit simpanan setelah loan diluluskan. 
  3. Anda tidak akan diminta membuka akaun baru dengan baki minima sebelum diberi duit pinjaman
  4. Setiap caj yang dikenakan mesti ada tujuannya, tiada caj yang dikenakan dengan “tidak ada apa2”.

Jika ini telah berlaku kepada anda, sila serta-merta buat aduan dengan KPKT pada link ini: https://aduan.kpkt.gov.my/aduan-online/entry/aduanperumahan.cfm

Untuk mengelakkan situasi ini pada masa depan, lebih selamat jika anda memohon loan daripada syarikat yang dianugerahkan lencana “Disahkan Oleh IPP”, dan jangan teruskan lagi proses loan tersebut jika ada apa-apa yang mencurigakan. Pastikan anda sendiri lawat pejabat syarikat tersebut – mereka mesti ada signboard yang tertera dengan nombor lesen. Akhirnya, confirm balik dengan pejabat syarikat tersebut bahawa orang yang tengah handle aplikasi anda memang sah seorang staf kat syarikat tersebut (terdapat banyak kes di mana ejen berpura-pura sebagai staf syarikat yang sah, dan menggunakan nama syarikat & nombor lesen untuk menjalankan scam.

Pernahkah anda menjadi mangsa scam begini? Dipersilakan kongsi cerita anda dalam komen di bawah supaya kita semua boleh belajar bersama-sama. 

 

16 Komen

  1. Salam, saya ada menerima panggilan dari seseorang berkenaan pinjaman berlesen. Syarikat pinjaman telah menerangakan dokument yang perlu di submit. Maka dengan saya telah menghantar dokumen tersebut. Setelah beberapa jam berlalu, saya dah beritahu pinjaman telah lulus sebanyak RM5k, tetapi pihak syarikat tersebut meminta agar saya memberi wang (transfer wang sebanyak RM600). Saya agak curiga, tujuan RM600 supaya mereka tidak rugi sekira saya membantalkan pinjaman tersebut. Syarikat tersebut adalah UCASH ENTEPRISE. Saya telah abaikan pinjaman tersebut dan blok no syarikat itu. Sekian.

    Reply
    • Bijak😄

      Reply
    • hi i was the owner from ucash enterprise, i just get the update from my company, is something happened our company name used by someone who not under working with me try to scam you, can you try to contact me for more details, because i trying to do the covering report and i need your help for more information details, thanks

      Reply
      • saya juga telah ditipu oleh beberapa org yg menggunakan nama company ucash enterprise. sy telah mengeluarkan sebanyak 6300 utk memenuhi syarat2. tapi sampai saat ini loan masih belum dapat😢 and now im so stressful.

        Reply
        • hi can i know when you apply , what number you contact

          Reply
          • Hi mr ooi.. few days ago one contact from ucash text me in WhatsApp.. her nams is miss voo and her contact number is +60 11-3773 6225.. can u tell she is u staff or what?

        • Knp sy rasa mcm terkena jgak ni…cumanya sy blm bank in duit seperti yg diminta…no yg diorg attached tu pun penipu jgak sbnrnya.. diorg dh berpakat pun..

          Reply
      • sir please contact me if u see this comment😭

        Reply
        • please WhatsApp my staff 01151965833

          Reply
          • this no also a scammer…beware…

          • This no also a scammer…

      • hye sir..can u contact me?i got a call from someone that said,they are from your company..i just want to know..

        Reply
      • please call me 0127730143

        Reply
  2. Assalamulaikum w.b.t saya pernah memohon pinjaman dengan Network Soulition sebanayk 5 dan betul2 memerlukan wang pada ketika itu, saya cari pinjam online dan potongan secara auto debit , saya cari di internet untuk pinjaman online dan potongan auto debit akhirnya saya jumpa dlm internet utk ,e,nuat pinjaman namanya Network Solution ,saya mohon pinjaman 5k tapi di suruhnya saya bayar dahulu 600 dan wang 600 itu akan di kembalikan bila loan dah lulus,akhirnya saya transfer 600 ke acc mereka x habis di sana bila saya mengatakan sdh transfer terus dia menelefon saya dan mengatakan dia sdh bincang dengan manager loan boleh tapi kena bayar advance payment 5 bulan, sebulan utk bayaran 5k 183×5 selepas saya bayar 900 lbh mereka suruh saya bayar insuran 1k dan baru saya sedar yang saya telah di tipu oleh Network Solution,gara memerlukan duit habis duit yang ada dalam tangan beri kepada org.

    Reply
  3. please WhatsApp my staff 01151965833

    Reply
  4. Hi mr ooi.. few days ago one contact from ucash text me in WhatsApp.. her nams is miss voo and her contact number is +60 11-3773 6225.. can u tell she is u staff or what?

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>