3 Sebab Anda Mungkin Kekurangan Duit Selepas Musim Raya

3 Sebab Anda Kekurangan Duit Selepas Raya
Share Artikel ini!

Musim Raya mendatangkan kemeriahan, keseronokan, dan kebahagiaan bersama keluarga dan kawan. Walaubagaimanapun, ia juga mendatangkan pembelanjaan yang boleh berkali ganda pembelanjaan biasa sebulan. Akibatnya, terdapat ramai orang yang tiba-tiba sedar bahawa mereka kekurangan duit dalam tempoh selepas Hari Raya.

Jika anda pernah berada dalam situasi ini, anda pasti tahu kesukaran menangani masalah kewangan anda ini dan ingin elakkan mengulangi isu ini pada masa depan. Oleh itu, anda perlu mengenal pasti apa yang menyebabkan anda berada di dalam situasi itu, dan merancang dengan lebih baik tahun depan.

Artikel ini mengandungi 3 sebab anda mungkin kekurangan duit selepas musim Raya. Yang manakah benar untuk anda?

Sikap “Raya cuma setahun sekali”

Kajian yang pernah dijalankan pada tahun 2016 menunjukkan bahawa kebanyakan orang membelanjakan jumlah yang berkali ganda daripada bajet bulanan mereka pada musim Raya. Semangat perayaan menjadikan kami lebih bersedia untuk berbelanja mengikuti nafsu dan kurang mengikuti logik. Pada musim perayaan, kami ingin beli makanan, pakaian, hiasan rumah dan sebagainya yang kita kurang dapat menikmati pada masa lain. Namun, jenis pembelanjaan ini membawa kegembiraan dan penggunaan untuk beberapa hari sahaja. Masalah kewangan yang dihadapi selepas Raya pula ditanggung untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Anda terlupa menyediakan tabung kecemasan

Mungkin anda memang menjimatkan wang sepanjang tahun supaya anda mempunyai duit yang mencukupi untuk beraya. Anda menetapi bajet anda, dan mengira pembelanjaan dengan berhati-hati untuk memastikan anda mematuhi bajet dengan tepat. Walaubagaimanapun, pelbagai kecemasan atau kesulitan yang tidak disangka boleh berlaku. Contohnya, bateri kereta kena diganti, ataupun peti sejuk rosak, ataupun kasut kerja anda koyak. Jika anda tidak meninggalkan sedikit bajet tambahan untuk dijadikan tabung kecemasan, anda mungkin akhirnya kekurangan duit selepas musim perayaan.

Anda menganggap boleh bergantung kepada pinjaman bank

Mungkin anda memilih untuk “belanja dulu, berfikir nanti”. Anda berasa pasti bahawa anda boleh memohon pinjaman daripada bank untuk menanggung pembelanjaan selepas Raya sehingga gaji bulan seterusnya masuk. Namun, bukan senang sangat untuk dapatkan kelulusan pinjaman daripada bank. Mungkin bank menetapkan anda tidak layak untuk memohon pinjaman, ataupun mengenakan kadar bunga yang terlampau tinggi. Jika anda tidak berjaya memohon pinjaman daripada bank, macam mana pula nak membiayai pembelanjaan sampai bulan depan?

Jika anda berada dalam situasi ini, jangan risau. Anda boleh mencari pinjaman daripada syarikat pinjaman wang berlesen yang tersenarai dalam IPP untuk dapatkan tunai segera supaya anda dapat tahan sampai gaji bulan seterusnya. Walaubagaimanapun, rancanglah dengan bijak supaya anda dapat mengelakkan situasi kecemasan seperti ini pada tahun depan! Dengan ini, anda akan senang menikmati kemeriahan musim Raya tanpa merisaukan situasi kewangan untuk masa yang akan datang.

 


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>