4 Cara Mengesan Iklan Pinjaman Palsu

Mengesan Iklan Pinjaman Palsu
Share Artikel ini!

Dalam zaman teknologi ini, iklan merupakan sebahagian kehidupan harian – melalui media sosial, laman web yang diziarahi, emel, Whatsapp/SMS, dan sebagainya. Dengan algoritma yang telah ditubuhkan oleh platform iklan, setelah anda klik sesuatu iklan, anda pasti akan diikuti oleh iklan yang serupa untuk beberapa hari seterusnya. Jadi, jika anda telah menunjukkan minat terhadap pinjaman peribadi, anda pasti telah dihujani iklan pinjaman peribadi melalui pelbagai saluran, dan ia tanggungjawab anda untuk mencari tahu iklan mana yang sah dan mana yang menuju kepada scam. Artikel ini akan menelitikan 4 cara mengesan iklan pinjaman palsu, supaya anda boleh menjaga keselamatan diri dalam proses mencari pinjaman peribadi yang diperlukan.

1. Tawaran terlalu hebat untuk dipercayai

Berwaspadalah dengan iklan yang menjanjikan tawaran yang terlalu hebat, seperti 0% Faedah, Pinjam RM5000, dapat RM6000, Hadiah Percuma yang lumayan, dan sebagainya. Biasanya, tawaran begini mengandungi terma & syarat yang tersembunyi, ataupun berniat untuk memikat hati anda untuk menghantar informasi peribadi anda supaya aktiviti scam boleh dijalankan. Syarikat kredit komuniti yang bereputasi pasti akan terus terang berkenaan terma pinjaman yang ditawarkan, termasuk kadar faedah, yuran, dan informasi lain yang anda perlu tahu. Syarikat-syarikat ini adalah perniagaan, bukan pertubuhan amal. Mereka perlu memastikan akan dapat keuntungan melalui perniagaan mereka – jadi tawaran yang terlalu hebat perlu disyaki sebelum anda menjadi mangsa scam.

2. Iklan yang terus menghubungkan anda kepada tapak mesej, bukan laman web rasmi

Scammer biasanya menjalankan aktiviti scam melalui telefon sahaja tanpa laman web rasmi atau pertemuan bersemukaan. Alasan yang diberi adalah kononnya untuk kemudahan pelanggan, namun sebenarnya, mereka ingin melindungi identiti diri sebagai scammer. Jadi, jika sesuatu iklan merujuk anda kepada tapak mesej sahaja dan mempelawa anda memohon pinjaman tanpa memberi apa-apa informasi tentang syarikat peminjam itu, anda perlu berhati-hati tentang scam. Tambah lagi jika ejen yang mengendalikan permohonan anda hanya mahu berurusan melalui telefon sahaja – lebih selamat jika anda mencari pinjaman lain yang lebih bereputasi

3. Proses permohonan yang terlalu senang

Satu lagi cara untuk mengesan iklan pinjaman palsu adalah melalui keterangan proses permohonan yang diberikan. Proses permohonan pinjaman yang sah memang akan mengambil masa dan melibatkan verifikasi identiti, penyiasatan latar belakang dan status kewangan, dokumen bukti, dan sebagainya. Iklan yang menjanjikan duit pinjaman dalam beberapa minit sahaja, ataupun tidak memerlukan apa-apa dokumen dihantar dalam proses permohonan, ataupun menjaminkan kelulusan tanpa apa-apa informasi tentang anda sebagai pemohon, hampir pasti adalah scam dan patut dielakkan.

4. Iklan di mana lokasi syarikat berkenaan tidak dapat dicari melalui Google

Setiap syarikat kredit komuniti yang sah di Malaysia diwajibkan mempunyai lokasi tetap dan papan tanda syarikat yang tertera dengan jelas. Kebanyakan syarikat ini akan mendaftarkan syarikat mereka kepada Google dan boleh dijumpai dalam peta Google. Jika anda lihat sesuatu iklan dan berasa tidak berapa pasti jika iklan tersebut boleh dipercayai, cuba jalankan carian Google ke atas nama syarikat tersebut – jika syarikat tersebut dapat dicari melalui peta Google dan mempunyai lokasi fizikal yang sah, anda boleh lebih yakin bahawa syarikat tersebut adalah syarikat sah. Namun, sentiasa pastikan anda menjalankan penyiasatan yang lebih lanjut tentang status lesen syarikat tersebut dan juga mengesahkan bahawa ejen yang mengendalikan permohonan anda benar-benar bekerja dengan syarikat yang didakwa itu (panggil nombor syarikat yang tertera di Google untuk mengesahkannya) sebelum menghantar apa-apa permohonan.

Kita memang tidak boleh melarikan diri daripada iklan, namun kita boleh menjadi pengguna yang bijak dan menilaikan iklan pinjaman dengan teliti supaya dapat mengesan iklan pinjaman palsu sebelum menjadi mangsa scam. Jika anda ingin yakin memohon pinjaman yang sah dan selamat, carilah di laman web iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>