4 Tips Menjimatkan Duit Semasa Melancong

Tips Menjimatkan Duit Semasa Melancong

Ramai orang menganggap bahawa melancong itu memakan pembelanjaan yang besar. Oleh itu, mereka hanya mahu makan angin dalam lokasi berdekatan sahaja, dan tidak berani cuba untuk merancangkan pelancongan kepada destinasi idaman yang lebih jauh. Namun, dengan perancangan yang baik dengan menggunakan tips yang terkandung dalam artikel ini, anda mungkin boleh menikmati pelancongan yang diingini tanpa menggunakan bajet yang terlampau banyak. Berikut adalah 4 tips untuk menjimatkan duit semasa melancong:

Gunakan beberapa laman web untuk membandingkan harga tiket penerbangan

Gunakan laman web seperti Skyscanner, Expedia, Tripwire, dan sebagainya untuk membandingkan harga tiket sebelum beli. Anda juga boleh melaraskan tarikh dan masa anda mahu melancong supaya pasti dapat harga yang paling rendah bagi tempoh masa tersebut. Pastikan anda membandingkan harga terakhir selepas semua yuran, cukai, dan sebagainya telah dimasukkan. Kadang kala, harga mula yang dipaparkan nampaknya rendah, tetapi pada akhirnya ditambah-tambah untuk menjadi harga yang melampaui bajet anda.

Tempah tiket anda pada masa yang terbaik

Secara umum, anda boleh mendapatkan harga yang lebih murah apabila anda menempah tiket, hotel, dan sebagainya daripada awal lagi. Sebuah kajian oleh Skyscanner menunjukkan bahawa tempoh masa yang paling baik untuk membeli tiket penerbangan anda adalah agak-agak 5 bulan sebelum tarikh anda ingin melancong. Cuba elakkan daripada membeli tiket atau hotel anda pada saat terakhir, kerana harga yang dikenakan biasanya naik melambung semakin dekat kepada tarikh melancong yang dipilih.

Ingatkan kos tersembunyi apabila menggunakan syarikat tambang rendah

Syarikat tambang rendah seperti AirAsia, JetStar, Malindo, dan sebagainya mungkin menjual tiket penerbangan dengan harga yang murah, namun akan caj lebih untuk servis extra seperti bagasi, makanan semasa penerbangan, memilih tempat duduk, dan sebagainya. Jika anda memerlukan servis tersebut, mungkin lebih baik untuk membayar lebih sedikit untuk terbang dengan syarikat yang menawarkan servis penuh sekaligus dengan harga tiket.

Peka terhadap jualan murah dan tawaran istimewa

Pastikan anda kerap mengikuti harga-harga penerbangan dan hotel bagi destinasi idaman anda dengan melanggan kepada emel, media social, dan notifikasi harga bagi pelbagai syarikat penerbangan dan tempahan hotel. Kadang-kala, syarikat-syarikat akan memberi tawaran istimewa, dan jika anda cepat tahu kerana anda mengikuti syarikat tersebut dengan teliti, anda juga boleh menikmati cuti idaman dengan harga yang murah!

Nak cari pinjaman peribadi bagi pelancongan idaman anda? Carilah pinjaman peribadi berdekatan anda sekarang!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Pinjaman SegeraIsikan butiran anda di bawah dan syarikat berdekatan akan hubungi anda dengan tawaran pinjaman!