Ingin Pohon Pinjaman Peribadi? Baca Artikel Ini Dulu!

Pohon Pinjaman Peribadi Bank Rakyat - Lelaki sedang berfikir
Share Artikel ini!

Ramai orang yang terdesak memerlukan duit cari pinjaman peribadi untuk dapatkan duit segera. Tanpa mempertimbangkan faktor-faktor yang mungkin lebih penting, mereka terus pohon sahaja kepada pinjaman yang menjamin duit cepat  Tapi, kelakuan tergesa-gesa ini mungkin boleh membawa penderitaan nanti. Sebelum anda klik “pohon”, fikirlah perkara ini dulu untuk mengelakkan masalah pada masa depan!

Adakah anda benar-benar memerlukan pinjaman peribadi?

Pinjaman peribadi memang boleh jadi sumber duit yang segera. Namun, dengan kadar bunga yang dikenakan di atas jumlah pinjaman yang dipohon, pada akhirnya jumlah yang anda perlu bayar boleh berkali ganda lebih daripada jumlah yang sebenarnya diperlukan.

Jadi, sebelum tergesa-gesa memohon pinjaman peribadi, mempertimbangkanlah keperluan anda. Bolehkah pembelanjaan ini tunggu beberapa bulan lagi sampai anda dapat jimatkan duit untuk membiayainya? Kalau pembelanjaan ini memang diperlukan sekarang, adakah anda boleh minta pinjam duit daripada keluarga atau kawan yang tidak akan mengenakan kadar bunga yang tinggi?

Adakah syarikat atau institusi peminjam wang itu boleh dipercayai?

Kalau anda memang memerlukan pinjaman peribadi, kajilah dulu ciri-ciri institusi atau syarikat peminjam sebelum tandatangan borang pemohon itu. Adakah mereka memegang lesen dan didaftarkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan? Adakah mereka mempunyai pejabat yang sah dengan papan tanda yang jelas dipaparkan di luar pejabat mereka?

Anda juga boleh kaji ke dalam pengalaman pemohon-pemohon lalu, membaca “review” dan komen untuk lebih dapat tahu cara syarikat itu mengendalikan proses meminjam dan perkhidmatan pelanggan. Kalau pengalaman yang dikongsi memang positif, anda boleh lebih yakin syarikat itu memang sah dan selamat untuk anda memohon pinjaman di sana.

Adakah syarat-syarat tawaran pinjaman ini yang terbaik sekali?

Sebelum terus memohon pinjaman yang menjamin masa kelulusan yang paling ringkas, pastikan anda banding dulu syarat-syarat lain. Mungkin tawaran yang boleh lulus dengan cepat juga dikenakan kadar bunga yang tinggi, ataupun ada terma yang kata bahawa pinjaman ini tidak dapat diselesaikan awal dan anda terpaksa bayar untuk sepanjang tempoh pinjaman itu walaupun mampu melangsaikan hutang itu lebih awal untuk jimatkan kos bunga. Jadi, selalu banding dulu sebelum pohon supaya anda yakin anda dapat tawaran yang terbaik untuk keperluan anda.

Dah sedia untuk memohon pinjaman peribadi anda? Carilah syarikat peminjam yang paling berdekatan sekarang!


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>