Perbezaan Pinjaman Peribadi Dengan Pajak Gadai

Perbezaan Pinjaman Peribadi Dengan Pajak Gadai
Share Artikel ini!

Jika anda memerlukan duit dengan segera, anda mungkin mempertimbangkan cara terbaik untuk mendapatkan duit yang diperlukan itu. Di Malaysia, dua cara yang paling kerap digunakan untuk mendapatkan bantuan kewangan adalah pinjaman peribadi dan pajak gadai. Kedua-dua pilihan ini ada kebaikan dan keburukan masing-masing, dan anda boleh pilih yang paling sesuai berdasarkan keperluan diri. Berikut adalah beberapa faktor yang anda boleh pertimbangkan ketitka mengkaji perbezaan pinjaman peribadi dengan pajak gadai.

1. Pajak gadai memerlukan barang cagaran

Perbezaan utama pinjaman peribadi dengan pajak gadai adalah kaedah pajak gadai memerlukan anda menyediakan barang yang bernilai tinggi seperti barang kemas, permata, jam tangan, barang perbuatan emas, dan sebagainya. Barang bernilai ini akan berfungsi sebagai cagaran untuk pinjaman anda – asalkan anda mempunyai barang bernilai tinggi seperti ini untuk digantikan untuk duit pinjaman, anda tidak perlu risau tentang keperluan menghantar dokumen lain seperti penyata bank, EPF, slip gaji, dan sebagainya. Dengan ini, proses permohonan pajak gadai juga adalah lebih ringkas dan singkat berbanding dengan proses permohonan pinjaman peribadi.

2. Jumlah pinjaman pajak gadai adalah terhad

Oleh sebab pinjaman pajak gadai adalah berdasarkan barang bernilai anda, jumlah pinjaman pun adalah terhad berdasarkan nilai barang tersebut. Jika anda mempunyai barang yang bernilai lebih tinggi, jumlah pinjaman yang lebih tinggi pun boleh diluluskan. Dengan pinjaman peribadi pula, jumlah pinjaman anda biasanya dikira berdasarkan status kewangan dan kemampuan anda untuk membayar balik hutang tersebut. Oleh itu, pinjaman peribadi biasanya boleh menawarkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi daripada pajak gadai.

3. Pajak gadai mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi

Kadar faedah biasa untuk pajak gadai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman peribadi, iaitu 2% sebulan berbanding dengan kadar 0.3-1.5% sebulan maxima pinjaman peribadi. Kadar-kadar ini ditetapkan oleh undang-undang di Malaysia, dan mungkin boleh naik atau turun berdasarkan faktor lain seperti jumlah dan tempoh pinjaman anda.

4. Duit pajak gadai dikeluarkan serta-merta

Salah satu perbezaan pinjaman peribadi dengan pajak gadai adalah duit pinjaman pajak gadai dikeluarkan dengan serta-merta apabila barang bernilai tersebut diserahkan, manakala duit pinjaman peribadi biasanya mengambil masa yang lebih lama (beberapa jam sehingga beberapa hari) bagi permohonan dihantar, dokumen diverifikasi, latar belakang dikaji, dan sebagainya.

5. Dengan pajak gadai, anda berisiko kehilangan barangan tersayang

Jika anda gagal melangsaikan bayaran pajak gadai dengan tepat, kedai pajak gadai tersebut berhak menjual barangan bernilai anda tersebut dan menggunakan duit itu untuk melangsaikan hutang anda. Jika ini berlaku, anda tidak akan berhutang lagi – namun, barang anda yang dicagar tersebut akan hilang selama-lamanya. Berbanding dengan pinjaman peribadi, di mana jika anda gagal membuat bayaran dengan tepat, anda mungkin dikenakan caj lewat – yang anda hilang hanyalah duit, bukannya barang yang bermakna kepada anda.

Antara pajak gadai dengan pinjaman peribadi tiadalah yang lebih baik daripada yang lain – anda perlulah memilih berdasarkan keperluan sendiri. Jika anda mempunyai barang bernilai, memerlukan duit secara amat terdesak, dan yakin akan kebolehan anda untuk membayar balik hutang tersebut dengan tepat, anda bolehlah memilih pajak gadai sebagai pilihan terbaik anda. Namun, jika ada sedikit masa dan ingin menikmati kadar faedah yang lebih rendah serta mengelakkan risiko kehilangan barangan peribadi anda, pilihlah pinjaman peribadi. Anda boleh mencari pinjaman peribadi yang cepat, selamat, dan sah berlesen di iPinjaman Peribadi – carilah pinjaman berdekatan anda sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>