Pinjaman Perumahan Tak Lulus? Mungkin Inilah Sebabnya.

Pinjaman Perumahan Tak Lulus
Share Artikel ini!

Pernahkah anda memohon pinjaman perumahan daripada bank yang tak jadi lulus? Atau mungkin anda sedang berniat nak memohon pinjaman perumahan, dan ingin memaksimakan peluang untuk berjaya mendapatkan pinjaman yang lulus. Berikut adalah 3 sebab utama pinjaman perumahan tak lulus, dan apa yang anda boleh buat untuk memperbaikinya.

1. Nisbah hutang kepada pendapatan yang terlalu tinggi

Dalam mempertimbangkan jika anda layak untuk menerima pinjaman perumahan yang dipohon, semua bank akan menjalankan pengiraan ini, iaitu Jumlah Pembayaran Hutang Bulanan bahagi dengan Pendapatan Bersih Bulanan kali dengan 100.

Contohnya, jika pinjaman perumahan yang dipohon akan memerlukan pembayaran balik bulanan sebanyak RM2500, dan pendapatan bulanan anda selepas cukai, EPF, dan SOCSO adalah RM3000, malah nisbah hutang kepada pendapatan anda adalah 83% (RM2500/RM3000 x 100), dan permohonan pinjaman anda akan ditolak.

Bank hanya akan meluluskan pinjaman perumahan anda jika nisbah hutang kepada pendapatan anda adalah kurang daripada 70%. Ingatlah bahawa Jumlah Pembayaran Hutang Bulanan adalah termasuk semua hutang yang aktif (bukan sahaja pinjaman perumahan baru yang tengah dipohon) – termasuk pembayaran pinjaman peribadi, kereta, hutang kad kredit, dan sebagainya.

Jika nisbah hutang kepada pendapatan anda melebihi 70%, anda ada pilihan untul:

  1. Mengurangkan jumlah hutang (dengan berusaha membayar balik hutang yang sedia sebelum memohon pinjaman peruhaman sekali lagi)
  2. Meningkatkan pendapatan anda (dengan berusaha mendapatkan kenaikan gaji/promosi ataupun dengan mencari kerja sampingan yang stabil)
  3. Mencari rumah yang lebih murah, supaya jumlah pembayaran balik bulanan boleh dikurangkan
2. Dokumen yang tidak lengkap / salah

Setiap permohonan pinjaman perumahan perlu dilengkapkan dengan dokumen sebagai bukti identiti dan status kewangan anda:

  1. Borang permohonan yang lengkap dan ditandatangan dengan sempurna
  2. Salinan jelas kad pengenalan anda
  3. Perjanjian jual beli (sale & purchase agreement) daripada penjual / developer bangunan
  4. Salinan Hakmilik Individu
  5. Dokumen bukti pendapatan (6 bulan slip gaji, borang EA, borang cukai pendapatan)

Jika mana-mana dokumen ini tidak lengkap ataupun didapati palsu ataupun salah, permohonan anda akan ditolak. Untuk mengelakkan permohonan pinjaman perumahan tak lulus, pastikan semua dokumen ini dimasukkan sekali dalam satu fail, dan sertailah dokumen tambahan di mana boleh untuk mengukuhkan bukti kestabilan status kewangan anda.

3. Skor kredit yang kurang memuaskan

Sebelum meluluskan mana-mana permohonan pinjaman, bank akan menjalankan pemeriksaan latar belakang termasuk menyiasat skor kredit anda melalui CTOS/CCRIS. Laporan ini mengandungi rekod semua hutang yang anda miliki dengan pihak bank di Malaysia. Skor yang tinggi bermakna terdapat bukti yang anda berupaya menguruskan hutang dengan baik – meminjam berdasarkan kemampuan, membayar balik hutang tepat pada masanya, dan sebagainya.

Jika anda mempunyai ramai hutang yang aktif dan rekod pembayaran yang tidak tentu, iaitu banyak pembayaran lewat ataupun tertunggak, skor kredit anda pun akan jatuh. Skor kredit yang lemah bukannya bermakna bank akan terus menolak permohonan pinjaman anda – mereka mungkin akan menawarkan pinjaman tersebut kepada anda dengan kadar faedah yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, jika skor kredit anda terlampau rendah, kemungkinan besar permohonan pinjaman anda akan ditolak.

Anda boleh menyemak skor anda dan membaca cara untuk meningkatkan balik skor anda jika perlu dari laman web rasmi CTOS. Dengan skor kredit yang lebih memuaskan, kemungkinan untuk berjaya mendapatkan loan pun akan meningkat.

Jadi, jika anda pernah memohon pinjaman perumahan tak lulus, janganlah kecewa. Kajilah sebab penolakan pinjaman tersebut, dan ambillah langkah untuk memperbaikinya, supaya lain kali apabila anda ingin memohon pinjaman perumahan seterusnya, anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk berjaya.


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Jika permohonan pinjaman perumahan tidak lulus, mungkin kita perlu fahamkan punca penolakan dan ambil langkah penyelesaian supaya pinjaman kita dapat diluluskan.

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>