Apa Yang Boleh Anda Lakukan Jika Permohonan Pinjaman Anda Ditolak?

apa-yang-boleh-anda-lakukan-jika-permohonan-anda-telah-ditolak
Share Artikel ini!

Jika permohonan pinjaman anda ditolak, anda pasti berasa kecewa dan tersangkut. Namun, jangan berputus asa lagi. Sesetengah rakyat Malaysia merasakan bahawa mereka tiada pilihan lain selepas bank telah menolak permohonan pinjaman peribadi mereka. Mereka juga mungkin berasa terdorong untuk mengambil risiko terhadap jenis pinjaman yang tidak sah pada sisi undang-undang. Dalam artikel ini, kami akan cadangkan langkah yang boleh anda ambil jika permohonan pinjaman anda ditolak. Harap-harap anda dapat mencari jalan lain yang selamat untuk dapatkan duit yang diperlukan.

Sebelum anda bermula, pastikan anda mengambil masa untuk menyiasat apakah sebab permohonan pinjaman anda ditolak. Ia sentiasa berguna untuk mengetahui masalah yang dijumpai oleh pihak bank supaya anda dapat tahu bagaimana untuk menyelesaikannya. Cara paling senang untuk dapatkan maklumat ini adalah untuk bercakap terus dengan wakil bank. Walau bagaimanapun, bukan semua pegawai bank yang sedia membantu anda – kebanyakan kali, pemohon yang gagal dapat pinjaman tidak diberikan apa-apa penjelasan tentang butiran permohonan mereka.

Bawa Permohonan Anda Ke Bank Lain

Setiap bank mempunyai cara yang berbeza untuk menentukan kekukuhan kredit dan tahap risiko anda. Jadi, jika anda telah dinafikan pinjaman peribadi daripada satu bank, tidak semestinya bahawa bank lain juga akan menolak permohonan anda.

Oleh itu, anda boleh pertimbangkan untuk memohon sekali lagi daripada bank lain. Bank seterusnya mungkin lebih bersedia untuk menerima keadaan kewangan anda, dan mungkin ada menawarkan pinjaman yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

Sabar Dan Tingkatkan Skor Kredit Anda Dahulu

Cuba dapatkan laporan kredit peribadi anda dari CCRIS dan CTOS dan menelitikannya untuk mengenal pasti faktor yang mungkin merosakkan skor kredit anda. Setelah mengetahuinya, cubalah menyiasat bagaimana untuk membetulkan masalah tersebut. Anda juga boleh meningkatkan skor kredit anda kepada tahap yang boleh diterima oleh pihak bank.

Jika boleh, hapuskan hutang yang belum diselesaikan, termasuk hutang dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional dan Syabas. Anda boleh juga cari cara untuk menggabungkan beberapa hutang lama di bawah satu hutang baru supaya “nombor hutang” anda boleh direndahkan. Kekalkan nisbah hutang kad kredit yang rendah dan pastikan anda membayar bil anda tepat pada masanya.

Setelah anda membuat perubahan ini, sabar dan beri sedikit masa untuk melihat kesannya di laporan CTOS dan CCRIS. Mengapa? Pangkalan data CCRIS akan menunjukkan semua tunggakan akaun untuk tempoh 12 bulan. Ini bermakna bahawa setelah rekod tersebut telah dibersihkan, rekod itu masih akan mencerminkan pembayaran lewat selama sekurang-kurangnya satu tahun.

Dapatkan Pinjaman Peribadi Daripada Pemberi Pinjaman Wang Berlesen

Jika beberapa bank telah menolak permohonan pinjaman anda, dan anda tiada masa untuk menunggukan perbaikan skor kredit anda, anda boleh cuba memohon pinjaman dengan pemberi pinjaman wang berlesen. Peminjam wang berlesen secara sah meminjamkan wang tunai dengan faedah, tetapi mereka tidak dianggap bank kerana mereka tidak menawarkan perkhidmatan lain seperti bank.

Semua pemberi pinjaman wang yang berlesen menawarkan pinjaman sebagai kaedah perniagaan mereka, jadi mereka jauh lebih bersedia untuk menerima risiko yang lebih tinggi daripada pemohon pinjaman. Jadi, mereka boleh menjadi pilihan yang baik jika anda betul-betul tidak berjaya mendapatkan pinjaman daripada bank.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda pertimbangkan untuk memohon pinjaman daripada pemberi pinjaman wang berlesen, ada satu perkara penting yang perlu anda ketahui: kadar faedah mereka akan lebih tinggi daripada pinjaman peribadi dari bank. Pemberi pinjaman wang yang berlesen biasanya mengenakan kadar faedah sekitar 12-18% setahun. Ini mematuhi undang-undang yang mengehadkan kadar faedah yang boleh dikenakan oleh pemberi pinjaman wang berlesen.

Semoga anda boleh menggunakan cadangan langkah-langkah dalam artikel ini untuk carian seterusnya untuk pinjaman peribadi anda. Ingat juga bahawa anda tidak perlu melawat setiap bank dan pemberi pinjaman wang berlesen untuk melakukan penyelidikan anda – halaman pinjaman peribadi iPinjaman Peribadi mempunyai semua maklumat yang anda perlukan, dan kami hanya menyenaraikan syarikat yang sah berlesen di bawah KPKT dan Akta Pinjaman 1950.

Berminat untuk mendapatkan pinjaman peribadi anda? Dapatkan di lokasi anda sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>