Tips Mencari Pinjaman Peribadi Terbaik Di 2020

Pinjaman Peribadi Terbaik di 2020
Share Artikel ini!

Dengan pandemik COVID-19, tempoh PKP, bil utiliti yang melambung tinggi, dan ramai yang kehilangan sumber pendapatan, 2020 merupakan tahun yang amat sukar bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Bilangan kes pejangkitan baru harian telah berkurangan, malah pakar-pakar menyangka bahawa ekonomi negara akan mengambil masa yang cukup lama untuk dipulihkan lagi. Keadaan ini mengakibatkan ramai orang menghadapi masalah untuk membiayai kos hidup basik, tak kira lagi matlamat kewangan lain seperti penyimpanan, pelaburan, dan sebagainya. Oleh itu, ramai yang kini mencari pinjaman peribadi untuk membantu mereka mengatasi tempoh yang sukar ini, sampai kestabilan kewangan boleh dicapai lagi. Berikut adalah tips mencari pinjaman peribadi terbaik di 2020.

Dapatkan sumber pendapatan secepat mungkin

Isu pertama memohon pinjaman peribadi dalam keadaan ekonomi ini adalah isu kelayakan. Anda mungkin memerlukan pinjaman peribadi kerana anda telah kehilangan sebahagian ataupun keseluruhan sumber pendapatan anda. Namun, tanpa bukti pendapatan yang stabil, anda pasti tak layak memohon pinjaman peribadi daripada bank. Syarikat pinjaman wang berlesen mungkin akan mempertimbangkan kelayakan anda, tetapi mungkin mengenakan caj faedah tambahan disebabkan risiko anda tidak mampu membayar balik hutang tersebut dikira tinggi tanpa sumber pendapatan yang stabil. Jadi, anda perlu cari cara menjana pendapatan secepat mungkin, tidak kira kalau dalam bidang pekerjaan lama ataupun tidak. Contohnya, jika sebelum ini anda bekerja sebagai seorang guru tadika, jangan takut mencubai pekerjaan lain seperti pemandu e-hailing, juruwang kedai, atau masak dari rumah sendiri untuk dijual. Jika anda dapat menjana gaji basik pun, anda boleh layak memohon pinjaman peribadi dalam jumlah yang berganda gaji anda. Jadi, pastikan anda ada sumber pendapatan apabila memohon pinjaman peribadi.

Pohon daripada syarikat pinjaman berlesen

Berbanding dengan bank yang menguatkuasakan syarat kelayakan ketat bagi pinjaman peribadi mereka, syarikat pinjaman berlesen biasanya lebih terbuka untuk menerima permohonan daripada orang yang profilnya mungkin kurang cantik, contohnya CCRIS/CTOS/Blacklist, memegang banyak hutang aktif, sejarah pembayaran yang kurang bersih, dan sebagainya. Dalam keadaan ekonomi kini, memang susah untuk memastikan profil kewangan yang 100% cantik untuk diterima oleh bank. Jadi, cuba carilah tawaran pinjaman daripada syarikat pinjaman berlesen yang lebih mungkin akan menerima anda sebagi calon pinjaman yang diperlukan itu. Namun, pastikan anda hanya pinjam daripada syarikat yang sah berlesen – kebelakangan ini, memang terdapat ramai scam yang dijalankan oleh orang yang menyamar sebagai seorang ejen syarikat pinjaman berlesen. Untuk menjaga keselamatan diri, pohonlah dari iPInjaman Peribadi. Apabila anda mengisikan borang permohonan di IPP, maklumat anda dihantar terus kepada syarikat yang dikehendaki – tak perlu melalui ejen atau iklan yang meningkatkan risiko scam.

Bersedia untuk bertolak ansur dengan butir-butir tawaran pinjaman

Apabila anda memohon pinjaman peribadi daripada syarikat pinjaman berlesen, sediakanlah diri untuk bersabar dan menawar butir-butir kontrak pinjaman yang dipohon itu. Syarikat pinjaman berlesen itu pun perlu menjaga risiko diri sebagai perniagaan, dan mungkin meminta anda menghantar dokumen bukti lebih, ataupun hadir ke pejabat untuk membincangkan tawaran pinjaman. Jika skor kredit anda buruk, anda mungkin akan dikenakan faedah yang tinggi sedikit untuk mengimbangkan risiko anda. Bersabarlah dengan keadaan begini dan pastikan anda fleksibel untuk memastikan anda boleh dapatkan tawaran pinjaman yang terbaik untuk profil anda. Namun, ingat ini – jangan sesekali bayar apa-apa bayaran pendahuluan kepada syarikat pinjaman. Jika anda diminta membayar “deposit”, atau “caj mebuka akaun”, atau “bayaran ansuran 5 bulan dahulu” dan sebagainya, kemungkinan besar ini adalah scam dan anda patut mencari syarikat lain untuk memohon pinjaman yang diperlukan itu.

Keadaan ekonomi di 2020 memanglah sukar bagi rakyat Malaysia (dan juga sedunia). Malah, kita perlu tabahkan diri dan mengatasinya bersama. Carilah pinjaman peribadi yang terbaik di 2020 di iPinjaman Peribadi sekarang!

 


Share Artikel ini!

3 Komen

  1. Saya dah terkena dgn amalan credit habis dkt 8000 to loan masih x dpt nak kena deposit 1900 lg be loan mask account.depa ckp x boleh msuk account ann bank negara Mahan.kalau nak jg loan Kena byr 1900 utk gov service 5%

    Reply
    • Saya ada mencuba membuat permohonan pinjaman peribadi drp syarikat2 kewangan secara online yg mengakui sebagai syarikat Peminjam Wang Berlesen yang sah, berdaftar dgn Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Daripada tujuh buah syarikat terlibat lima syarikat meminta saya membayar ‘upfront fee’ sebagai bayaran untuk ‘stamping duty’ pada kadar bayaran diantara RM250, RM600 dan RM680, jumlah tidak sama bergantung kpd syarikat terlibat. Ada juga yg meminta saya membuat bayaran deposit ‘financing account’ berjumlah RM450, dan meminta saya membeli insurans takaful dgn kadar premium RM680 yg kononnya dibayar hanya sekali sahaja disepanjang tempoh perjanjian bayaran balik selama 5 tahun.

      Namun, saya telah membuat semakan secara online melalui Ikredikom (portal KPKT), empat drp nama syarikat tersebut wujud sementara yg selebihnya info pada nama syarikat itu gagal dikesan bermakna ianya tidak berdaftar dgn KPKT. Syarikat2 mcm ini memang tidak perlu dilayan.
      APA yg menghairankan terdapat nama2 syarikat yg terlibat menggunakan nama2 syarikat yg berdaftar dgn KPKT tetapi alamat lokasi pejabat operasi yg berbeza dgn alamat yg sepatutnya tertera pada info SSM dan KPKT seperti pada rekod pendaftaran sebenar. Begitu juga nombor telefon pejabat(hotline), dan talipon pintar serta apps WhatsApp agen yg mengakui sebagai agen syarikat tersebut kebanyakan melibatkan dua hingga tiga orang yg berlainan dgn nombor talian yg berbeza.

      Saya merasa curiga dengan maklumat yg diberikan melalui surat2 kelulusan permohonan pinjaman peribadi yg dikeluarkan oleh syarikat2 terlibat.

      Butiran Surat seperti alamat lokasi pejabat operasi tidak sama dgn info syarikat yg saya dapati drp SSM dan KPKT, nombor2 telefon pejabat pun berbeza-beza. Selain, saya juga mendapati terdapat nombor rujukan / lesen KPKT yg tertera pada Surat kelulusan tawaran yg syarikat2 tersebut beri tidak sama dgn rekod KPKT. Surat kelulusan tawaran pinjaman juga tidak mempunyai butiran lain seperti tarikh surat dikeluarkan. Ada juga Surat kelulusan tawaran pinjaman yg ditandatangani lengkap dgn nama penuh tetapi tanpa nombor Mykad.

      Saya telah berjaya memperolehi info / telefon sahih tentang sebuah syarikat yg mana nama dan maklumat syarikat tersebut telah digunakan oleh pihak tertentu yg tidak bertanggungjawab melalui ‘online’. Saya menghubung, dan pihak pengurusan syarikat tersebut telah membuat laporan Polis kerana orang2 yg mengaku sebagai agen atau pegawai syarikat yg konon bertindak bagi pihak syarikat itu sebenanya ‘bukan agen,kakitangan atau pegawai daripada syarikatnya’
      Secara dasarnya, berurusan secara online bagi maksud permohononan pinjaman perlu berhati-hati kerana syarikat2 Peminjam Wang Berlesen yg sah tidak pernah meminta sebarang bayaran drp klien samada bagi maksud fi duti setem, pembukaan akaun dan sebagainya.

      Saya telah memohon pinjaman peribadi drp tujuh buah syarikat kewangan secara online lima buah drp syarikat tersebut telah menghantarkan Surat tawaran kelulusan pinjaman kpd saya melalui apps WhatsApp tetapi saya merasa was-was dgn syarat2 dan butiran2 syarikat2 berkaitan. Saya mengambil keputusan utk mengabaikan tawaran2 itu. Malah saya tidak melayan lagi sebarang panggilan dan WhatsApp drp pihak2 tersebut yg saya fikir mungkin ‘schemer’.

      Reply
      • Saya pun kena tuan

        Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>