Mengenalpasti Scammer Dengan Satu Langkah Senang Ini!

Mengenalpasti Scammer
Share Artikel ini!

Anda tengah dalam proses memohon pinjaman peribadi, dan pinjaman anda telah diluluskan. Walaubagaimanapun, ejen syarikat meminta anda membayari caj pinjaman sebelum duit pinjaman boleh dilepaskan. Ini adalah tanda amaran yang merisaukan; namun, anda telah menyemak nombor lesen syarikat di KPKT dan mendapati bahawa syarikat tersebut memang sah berlesen. Ejen tersebut memberi anda nombor akaun bank untuk anda bayarkan jumlah caj tersebut melalui pindahan bank online. Aha, sekarang anda ada cara untuk mengenalpasti jika ejen tersebut adalah scammer atau tidak!

Untuk melaksanakan semakan bagi mengenalpasti scammer, anda hanya perlu melayari portal Jabatan Siasatan Jenaya Komersil yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia. Di sini, anda hanya perlu mengisikan nombor akaun bank ataupun nombor telefon syarikat bagi menyemak jika terdapat apa-apa laporan atau aduan tentang aktiviti jenayah yang berkaitan dengan nombor yang disemak.

Jika terdapat laporan polis yang pernah dihantar yang mengandungi butiran nombor akaun ataupun telefon tersebut, keputusan semakan anda akan menunjukkannya. Keputusan ini bermakna bahawa ejen tersebut telah disyaki terlibat dalam jenayah komersil dan mungkin tengah disiasat sebagai scammer. Anda perlu berhati-hati dengan menjalankan apa-apa transaksi dengan syarikat tersebut.

Jika tiada laporan yang dijumpai, ia tidak 100% bermaksud bahawa ejen tersebut bukan scammer – mereka mungkin menggunakan nombor telefon ataupun akaun baru supaya mengelakkan identifikasi diri. Anda patut juga menjalankan carian Google sendiri untuk melihat jika terdapat apa-apa semakan negatif tentang syarikat/ejen tersebut. Anda juga boleh menyertai komuniti IPP di Facebook iaitu Awas Scam Malaysia, di mana ahli komuniti boleh mengongsikan pengalaman scam masing-masing dan mendapatkan nasihat tentang keselamatan syarikat pinjaman yang dipertimbangkan.

Akhirnya, gunakan akal sendiri dan ketahui hak anda sebagai peminjam. Caj seperti duti setem memang terjangka dan tidak akan berjumlah banyak. Namun, caj membuka akaun, deposit, insurans, dan sebagainya yang boleh berjumlah beratus ataupun beribu ringgit biasanya adalah tanda scam, dan tidak patut dilayan.

Ingin mencari pinjaman peribadi yang sah dan selamat? Carilah di iPinjaman Peribadi, di mana semua syarikat sah berlesen di bawah KPKT dan anda tidak perlu merisaukan scammer!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>