AWAS: Bayaran Pendahuluan Pinjaman (Cerita Benar Mangsa)

Bayaran Pendahuluan Pinjaman
Share Artikel ini!

Patutkah syarikat pinjaman meminta anda membayar apa-apa caj sebelum anda menerima duit pinjaman? Ini adalah soalan yang amat kerap ditanya oleh pemohon pinjaman peribadi di Malaysia. Menurut Akta Pinjaman Wang 1951, syarikat pinjaman memang boleh mengenakan caj atau bayaran pendahuluan pinjaman kepada anda sebelum melepaskan duit pinjaman kepada anda, dengan syarat ia dipulangkan selepas hutang anda telah dilangsaikan. Namun, terdapat ramai scammer yang mengambil kesempatan dengan syarat ini, dan pura-pura memberi tawaran pinjaman, meminta bayaran pendahuluan, lalu menghilangkan diri selepas bayaran tersebut telah dibuat.

Dalam Episod 3 series IPP tentang scam kewangan, mangsa kita berkongsi bahawa dia telah ditipu oleh scammer dengan cara ini. Tambah lagi, scammer tersebut juga menggunakan IC dia sendiri sebagai “jaminan” bahawa duit tersebut akan dipulangkan kepada pemohon selepas hutang diselesaikan. Malah, yang kita tahu, ramai ejen yang menggunakan helah begini biasanya menggunakan gambar dan IC orang lain untuk mendapatkan kepercayaan mangsa tanpa risiko kepada diri sendiri. Nasib baik mangsa minggu ini sedar diri sebelum kehilangan duit lebih banyak lagi.

*Video ini dilakonkan semula berdasarkan kisah benar individu.

Berikut adalah ceritanya:

Masa tu saya memang perlukan duit, so saya Google je la cari company mana yang boleh cuba apply. Dapat satu company ok nak approve loan saya, tapi lepas saya submit dokumen semua, diorang pun tiba-tiba minta duit dulu RM600. Kata boleh bagi balik selepas loan confirm approve. Saya tanya apa jaminan dia boleh bagi balik duit kalau loan dah approve, then dia snap IC dia bagi dekat whatsap. Dia ada bagitau kalau tipu boleh guna ic dia buat report polis. Tengok gambar IC dengan pic whatsap sama, so I transfer duit yang diminta tu.
Tunggu beberapa hari, terkejut pula diorang kata scoring saya tak cantik, nak buat balancing kena masukkan duit lagi RM3000. Saya takut juga la scammer sebab minta lagi duit duluan. Semua proses pun melalui whatsap je, tak pernah jumpa dia kat ofis ke apa.
Saya ada baca dekat website KPKT, yang syarikat peminjam ni boleh caj duti setem & fees guaman. Tapi caj lain tu tak berkenaan. So saya putus je la aplikasi tu, rugi RM600 tapi nasib baik tak rugi lebih lagi.

Lepas kejadian tu saya dah berhati-hati sikit memilih syarikat yang nak apply loan. Kena pastikan diorang memang sah berlesen dan nanti saya akan lawat ofis dia, jangan lalu whatsap je, senang sangat boleh kena scam.”

Apakah yang boleh kita pelajari daripada cerita mangsa scam bayaran pendahuluan pinjaman ini? Memang tidak salah untuk syarikat pinjaman mengenakan caj sendiri. Malah, ia amat sukar untuk pemohon mengesan jika ejen tersebut mewakili syarikat pinjaman berlesen benar, ataupun merupakan seseorang scammer. Jadi, nasihat kami adalah untuk mencari syarikat pinjaman berlesen yang tidak meminta apa-apa bayaran pendahuluan pinjaman. Terdapat ramai syarikat berlesen yang tidak memerlukan apa-apa bayaran upfront – mana-mana caj yang dikenakan akan dikeluarkan terus daripada duit pinjaman yang diberi kepada anda. Dengan ini, anda boleh yakin bahawa syarikat tersebut memang akan memberi anda pinjaman yang dipohon itu. Jika tidak, anda tidak boleh 100% pasti bahawa setelah anda membuat bayaran yang diminta, ejen tersebut tidak akan minta duit tambahan lagi, seperti mangsa kita dalam episod minggu ini.

Adakah anda mengalami situasi yang sama?

Jika anda telah menjadi mangsa scam dan membayar duit pendahuluan lalu tidak menerima duit pinjaman yang dijanjikan, anda boleh cuba melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan KPKT. Walaubagaimanapun, scammer biasanya akan menggunakan nombor dan butiran peribadi palsu, yang menjadikannya amat susah untuk menyiasat kes begini. Jadi, pelajarilah daripada kesilapan dulu, dan berwaspada dengan mana-mana syarikat yang meminta bayaran pendahuluan pinjaman!

Sedang mencari pinjaman peribadi yang sah dan selamat? Layari www.ipinjamanperbadi.com.my sekarang!.


Share Artikel ini!

6 Komen

  1. Akahah syarikat sri hartamas sdn bhd/resoces sdn bhd.melalui agensi mr wong..
    Mereka ada meminta 300 wang jaminan utk proses loan..loan sudah dilulus.dia ada menghantar surat kelulusan.yang memilik cop rasmi syarikat..jadi adakah syarikat ini benar?

    Reply
  2. Saya bum bayar.wang 3ratus

    Reply
    • Company ncc credit Minta bayaran pendahuluan..saya bayar Sebb dia cakap dapat refund balik..sampai bayar banyak lebih dari loan saya Apply ..Lg Minta 4k. Saya stop setakat tu berurusan dengan dia org..Lg ugut saya mahu Sue skysen 402.saya rugi dia org pula nak Sue adakah patut mcm tu

      Reply
    • Saya pun dhe. Kena minat jaminan 250..lepas tu minta lagi smual 600..adakah scam kah itu..betul ke dia orang akan saman??

      Reply
  3. saya baru sebulan kena tipu dengan pinjaman berlesen.rm700 2 kali saya buat bayaran ..kali ke 3 diminta lagi bayaran.last saya tak bayar.tapi bukti semua saya simpan..dia cakap pada saya kalau nak loan tu lulus bayar lagi rm430.kalau nak cancel deposit rm 700 akan dapat balik rm230 je.tu pun 90 hari..apa ke jadah macam tu ..dah serik nak apply loan

    Reply
  4. Kalau syarikat tu pinjaman belesen,dia mintk bayaran dokumen fee semua,kita dh bayar tapi bila dah bayar dia kata tak boleh proses ,boleh ke kita mintak balik duit kita?

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>