4 Scam Yang Paling Popular di Malaysia

4 Scam Paling Popular Di Malaysia
Share Artikel ini!

Pernahkah anda membaca artikel tentang mangsa scam dan berfikir ia pasti tidak akan terjadi kepada anda? Anda yakin bahawa anda peka terhadap scam-scam dan tidak akan terpedaya oleh scammer. Namun, terdapat juga scammer yang handal sampai ia memang susah untuk tahu jika tawaran tersebut adalah scam ataupun tidak. Berikut adalah beberapa jenis scam yang paling popular di Malaysia.

Scam KWSP

Dalam scam ini, anda mungkin menerima SMS, Whatsapp, ataupun e-mel kononnya daripada KWSP (EPF) yang menawar akan membantu anda mengeluarkan jimatan KWSP anda secara awal, dengan mengenakan yuran kecil. Jika anda terpedaya, anda mungkin mendedahkan maklumat peribadi yang membolehkan scammer tersebut mengeluarkan baki KWSP anda dengan dokumen palsu, mengenakan caj tinggi yang dimakan daripada KWSP anda, dan menjual maklumat anda kepada scammer lain. Tambah lagi, anda boleh didakwa kerana menggunakan dokumen palsu walaupun bukan anda sendiri yang mengeluarkan dokumen tersebut. Mesej rasmi daripada KWSP selalunya mengandungi sender ID, bukan daripada nombor telefon peribadi.

Scam Pinjaman Peribadi

Scam pinjaman peribadi yang paling kerap dilihat adalah skema mengenakan caj pendahuluan, deposit, ataupun jaminan sebelum duit pinjaman yang dijanjikan boleh dikeluarkan. Ataupun, syarikat tersebut mungkin kata bahawa akaun anda perlu diaktifkan dan anda kena bayar jumlah yang ditetapkan sebelum duit dapat dimasukkan. Malangnya, apabila yuran tersebut dibayar oleh pemohon, syarikat tersebut pun hilang dan duit yang telah dibayar dimakan begitu sahaja.

Skema Pelaburan Yang Menjanjikan Pulangan Lumayan Segera

Terdapat skema perlaburan yang menjanijkan pulangan tinggi, contohnya RM100,000 dengan jumlah pelaburan RM40,000. Anda mungkin juga dijanjikan bahawa duit pulangan tersebut akan diperolehi pada hari pelaburan itu juga. Pelaburan yang boleh dipercayai tidak akan menjanjikan pulangan yang melambung tinggi (melebihi 10% jumlah pelaburan), dan juga akan mengambil masa yang lama (beberapa bulan ke beberapa tahun) untuk menjana pulangan.

Scam Cinta Online

Apabila bertemu dengan orang baru di atas talian, berwaspadalah sehingga anda boleh betul-betul pasti orang tersebut boleh dipercayai. Terdapat ramai mangsa yang terpedaya oleh orang yang konon telah berjatuh cinta terhadap mereka, langsung lama-lama bermula meminta duit untuk kecemasan seperti bayar bil hospital, ataupun menyelamatkan perniagaan mereka. Mungkin mereka meluahkan kata manis dan minta duit bagi membeli tiket untuk datang melawat pasangan tercinta. Ataupun, “kekasih” tersebut kata telahpun menghantar hadiah bernilai tinggi kepada mangsa, tetapi pakej tersebut telah dirampas oleh kastam dan memerlukan bayaran untuk melepaskan pakej. Setelah mangsa yang terharu pun buta-buta menghantar duit kepada scammer itu, scammer pun hilang dan tidak menghubungi mangsa lagi.

Dengan mendidik diri tentang scam yang paling kerap dilihat, anda pun boleh melindungi diri daripada menjadi mangsa scam. Ingin mencari pinjaman peribadi yang selamat dan sah bukan scam? Carilah pinjaman peribadi yang disahkan oleh IPP!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>