Cara Melindungi Diri Dengan C-E-L-I-K

Melindungi diri dengan C-E-L-I-K
Share Artikel ini!

Semasa menjalankan apa sahaja aktiviti di atas talian, kita patut sentiasa berwaspada supaya tidak terperangkap dalam scam ataupun skim penipuan yang berleluasa. Terutamanya apabila tengah cuba mencari pinjaman di atas talian – terdapat ramai scammer yang menyamar sebagai pemberi pinjaman wang yang sah, memang sukar untuk mengetahui sama ada mereka boleh dipercayai ataupun tidak. Dalam proses mencari pinjaman peribadi, kita patutlah melindungi diri dengan C-E-L-I-K – iaitu dengan cara-cara di bawah.

C: Cepat Curiga

Ketahuilah prosedur mengambil pinjaman sebelum mula berinteraksi dengan mana-mana pihak pemberi pinjaman. Amalkan sifat cepat curiga jika mana-mana prosedur yang dikemukakan oleh ejen syarikat pinjaman tersebut tidak padan dengan pengetahuan anda tentang prosedur sah memohon pinjaman dan hak anda sebagai peminjam. Jika diminta membayar duit terlebih dahulu sebelum pinjaman anda boleh lulus, tanyakan kenapa – adakah pembayaran itu untuk tujuan sah seperti duti setem, ataupun untuk tujuan scam seperti bayaran buka akaun / bayaran “mencantikkan” skor kredit dan sebagainya? Cepat curiga dengan segala interaksi anda dengan ejen tersebut untuk melindungi diri dan mengenalpasti semua tanda amaran sebelum menjadi mengsa scam.

E: Elak Emosi

Taktik popular yang diamalkan oleh scammer adalah untuk mempermainkan emosi mangsa mereka. Mereka menambah stres dengan mencadangkan bahawa profil anda amat buruk dan tidak akan diterima oleh pihak lain, memberi anda harapan tentang kelulusan permohonan pinjaman dan diingini, mempertimbulkan perasaan cemas tentang “promosi” yang akan berakhir sebentar lagi. Dalam semua interaksi dengan ejen pinjaman, elakkan mengikut emosi anda. Fikir secara objektif dan fokus kepada fakta sahaja – jangan sesekali menandatangani perjanjian pinjaman kerana terdesak ataupun terugut. Jika anda sudah tahu anda merupakan seseorang yang amat mengikut emosi anda, cubalah melibatkan kawan atau ahli keluarga yang bersifat logikal untuk menemani anda dalam proses permohonan untuk melindungi diri anda.

L: Lesen Pinjaman

Setiap syarikat kredit komuniti yang sah pasti akan ada lesen pinjaman yang dikeluarkan oleh KPKT. Pastikan anda minta informasi lesen syarikat tersebut dan semak dalam laman web KPKT ataupun aplikasi i-KrediKom untuk memastikan bahawa lesen tersebut sah dan aktif.

I: Informasi

Sentiasa meminta dan menyimpan informasi daripada ejen pinjaman anda dalam bentuk penulisan – emel, Whatsapp, atau surat. Segala yang dibincang di atas talian telefon ataupun dalam ofis secara bersemuka, ringkaskanlah informasi tersebut dan tuliskan dalam mesej Whatsapp atau emel untuk menyimpan rekod. Tindakan ini amat penting supaya anda sentiasa ada sumber rujukan jika ejen tersebut mengemukakan cerita lain – contohnya, naikkan kadar faedah daripada apa yang dibincang, ataupun meminta anda membayar lebih daripada apa yang dibincang. Catatan ini juga boleh digunakan untuk membuat laporan polis, jika diperlukan pada masa depan. Tanpa bukti dalam bentuk tulisan, tiada apa-apa yang boleh dilakukan untuk membantu anda jika betul-betul kena scam nanti.

K: Kuat Semangat

Sebagai peminjam, anda perlu mengamalkan sifat kuat semangat dan proaktif. Kajilah syarikat pinjaman yang berbeza, dan bandingkan tawaran yang diberi. Tanya banyak soalan, dan jangan menerima apa-apa ugutan, hasutan, atau desakan dengan pasif. Bersemangatlah untuk melindungi diri dan jadilah pejuang hak diri sendiri.

Kami harap tips di atas boleh membantu anda untuk melindungi diri dengan C-E-L-I-K ketika mencari pinjaman peribadi online. Ingatlah bahawa anda sentiasa boleh mencari pinjaman peribadi yang mudah, cepat, dan selamat di iPinjaman Peribadi!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>