i-Sinar: Gandakan Jumlah Duit Pinjaman Anda!

i-Sinar Jumlah Gandakan Duit Pinjaman
Share Artikel ini!

Layak untuk program i-Sinar, tetapi perlukan lebih duit daripada yang ditetapkan oleh KWSP? Anda boleh menggunakan program i-Sinar untuk gandakan jumlah duit pinjaman anda! Bacalah artikel di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Apakah Itu Program i-Sinar?

Pada hujung tahun 2020, kerajaan Malaysia telahpun memperkenalkan program i-Sinar, iaitu initiatif untuk membantu rakyat Malaysia menangani masalah kewangan dalam tempoh pandemik COVID ini. Mulai 8 Mac, semua ahli yang mempunyai akaun EPF (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun yang mempunyai sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun 1 layak menyertai program i-Sinar. Penyertaan i-Sinar membolehkan ahli mengeluarkan sebanyak RM10,000 ataupun 10% daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1.

Bolehkah Anda Mendapatkan Duit i-Sinar Dengan Serta-Merta?

Di bawah program i-Sinar, kelulusan dianugerahkan secara automatik tanpa apa-apa dokumen tambahan. Namun, jumlah yang diluluskan untuk pengeluaran terpaksa dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan. Jadi, mungkin anda layak mengeluarkan jumlah RM10,000, tetapi untuk bulan pertama anda hanya layak menerima RM5000, dan baki RM5000 lagi dipecahkan kepada bayaran RM1000 sebulan untuk 5 bulan seterusnya.

Bagaimanakah Jika Anda Memerlukan Duit Secara Segera?

Anda boleh menggandakan jumlah duit di tangan dengan segera jika menggunakan pinjaman peribadi dan program i-Sinar. Syarikat kredit komuniti yang menawarkan pinjaman i-Sinar akan melepaskan jumlah seluruh yang anda layak mengeluarkan melalui program i-Sinar kepada anda sekaligus. Lain kata, anda boleh menikmati seluruh jumlah duit kelayakan i-Sinar anda dengan serta-merta tanpa perlu menunggu untuk jadual bayaran yang ditetapkan oleh KWSP. Selepas itu, anda boleh membayar balik pinjaman tersebut dengan perlahan-lahan mengikut jadual bayaran yang dipersetujui oleh syarikat kredit komuniti tersebut. Hebat, kan?

Jika anda layak menggunakan program i-Sinar bagi gandakan jumlah duit pinjaman anda, klik di sini untuk melihat senarai syarikat yang menawarkan pinjaman i-Sinar sekarang!


Share Artikel ini!

2 Komen

  1. Nak wang pakai

    Reply
    • Hai, Anda boleh cuba mohon pinjaman dengan syarikat pinjaman yang disenaraikan di website IPP.

      Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>