Cerita Benar Scam: Huawei P30 “Percuma”

cerita benar scam huawei p30
Share Artikel ini!

Kebelakangan ini kami dapat tahu tentang sesuatu scam yang memperdaya mangsa dengan akibat yang amat buruk. Scamnya begini – mangsa akan melawati website biasa dan satu pop-up akan tampil dengan logo Maxis yang nampaknya sah dan rasmi. Pop-up tersebut mengucapkan tahniah kepada mangsa kerana menjadi satu daripada empat pelawat bertuah yang dipilih untuk memenangi telefon Huawei P30 yang percuma. Pelawat hanya perlu mengisikan survey “Maxis” yang bertanyakan soalan tentang penggunaan internet, seperti “Adakah anda biasanya melayari internet melalui telefon bimbit atau computer?” dan “Berapa kali dalam sehari anda melayari internet?”.

Oleh kerana survey tersebut ada logo Maxis rasmi dan soalan yang ditanya memang nampaknya sah dan selamat, mangsa pun akan mengisikan survey tersebut tanpa was-was. Setelah melengkapi survey tersebut, mangsa akan diminta butiran peribadi untuk hantaran Huawei P30 tersebut melalui DHL, termasuk caj delivery RM5. Mangsa pun terus mengisikan nama, nombor telefon, alamat peribadi, alamat emel, dan juga butiran kad kredit untuk membayar caj RM5 tersebut.

Beberapa jam selepas itu, mangsa pun dapat satu emel daripada sebuah syarikat yang tiada berkenaan langsung dengan Maxis – syarikat ini kononnya menjalankan servis latihan minda dan pelajaran online. Emel ini menerangkan bahawa mangsa telahpun didaftarkan dalam laman web mereka dengan caj RM5 – caj ini memberikan mangsa akses 3 hari kepada laman web tersebut. Setelah 3 hari, jika mangsa tiada mengambil tindakan, malah RM99 akan dicaj kepada kad kredit mangsa pada hari ke-empat, dan setiap bulan selepas itu pun akan kena caj RM99.

Scam ini menakutkan kerana:

  • Survey tersebut menggunakan logo syarikat sah dan dipercayai
  • Banyak butiran peribadi telah dikutip, termasuk butiran kad kredit
  • Butiran yang dikutip digunakan untuk mengenakan caj RM99 setiap bulan kepada mangsa – jika mangsa tidak peka atau terlupa membuka email tersebut, mangsa tidak akan sempat mengambil tindakan sebelum caj tersebut dikenakan.

Apakah yang kita boleh belajar daripada scam ini?

  • Promosi syarikat besar seperti Maxis, CIMB, dan sebagainya, akan selalu ditampilkan pada website rasmi syarikat tersebut, bukan sebagai pop-up dalam website lain.
  • Jika anda tidak pasti kalau promosi tersebut sah, panggillah customer service syarikat untuk mengesahkannya.
  • Promosi yang nampaknya “terlalu bagus” seperti hadiah smartphone percuma dengan kriteria yang terlalu senang seperti isikan survey ataupun download file biasanya patut dicurigakan – syarikat-syarikat tak akan memberikan hadiah yang besar sangat untuk tindakan yang ringkas sahaja.
  • Berhati-hati dengan caj upfront yang diminta dahulu sebelum boleh dapat ganjaran yang lebih besar. Jika mereka boleh menghadiahkan anda telefon canggih percuma, takkan mereka tak boleh membayar caj hantaran RM5 – ini hanya adalah cara untuk mereka dapatkan butiran kad kredit anda.
  • Jika scam seperti ini berlaku kepada anda, terus batalkan kad kredit anda dan melaporkan kejadian ini kepada bank anda. Ambil screenshot dan simpan semua emel yang anda ada berkaitan dengan scam ini sebagai bukti. Akhirnya, kaji teliti penyata kad kredit anda setiap bulan supaya anda dapat tangka apa-apa aktiviti mencurigakan dengan segera. Jangan sesekali biarkan sahaja dan melupakan kejadian tersebut – mungkin anda rasa bahawa anda hanya kehilangan RM5, malah dengan struktur skim ini, anda boleh dicaj RM99 setiap bulan dengan tiada hadnya. Scammer tersebut boleh juga ambil butiran kad kredit anda dan butiran peribadi lain untuk menjalankan scam lain – jadi pastikan anda sentiasa peka untuk menjaga keselamatan sendiri.

Pernahkah anda menjadi mangsa scam? Kongsilah dengan kami dalam komen di bawah supaya kami boleh belajar bersama!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>