Apakah Itu CCRIS Dan CTOS?

CCRIS dan CTOS - Laporan kredit
Share Artikel ini!

Adakah anda pernah diberitahu oleh bank bahawa permohonan pinjaman peribadi anda tidak dapat dilulusi kerana CCRIS atau CTOS anda? Mungkin anda tidak perasan pun sebelum ini bahawa skor-skor tersebut merupakan faktor dalam keputusan bank untuk lulus atau tolak aplikasi anda. Jadi, apa itu sebenarnya CCRIS dan CTOS?

CCRIS

CCRIS adalah rekod yang disimpan oleh Bank Negara yang memantau sejarah pembayaran loan anda. Antara faktor yang boleh mempengaruhi CCRIS anda adalah:

  • Nombor dan jumlah loan yang anda ambil dengan setiap syarikat atau institusi peminjam di Malaysia
  • Sejarah pembayaran pinjaman anda, termasuk kalau anda ada bayaran lewat
  • Kalau anda mengambil loan-loan tertentu yang dikawal dengan ketat
  • Loan-loan yang telah dijadualkan semula ataupun disusun semula, contohnya penyatuan pinjaman ramai di bawah satu pinjaman besar.

Apabila anda memohon pinjaman daripada bank, mereka akan semak CCRIS anda dan mengambil keputusan untuk lulus atau tolak permohonan anda berdasarkan sejarah pinjaman ini. Setiap bank ada kriteria yang berlainan, tetapi secara umumnya, bank tidak akan luluskan aplikasi anda jika anda ada banyak pembayaran yang lewat, terutamanya jika bayaran lewat ini terjadi dalam masa 6 bulan sebelum permohonan.

CTOS

CTOS adalah “kad laporan” yang juga menelitikan kelakuan pembayaran pinjaman anda selama ini. Segala bayaran lewat atau litigasi mahkamah atas pemungutan hutang akan ditunjukkan di dalam laporan CTOS anda. Kalau laporan CTOS anda mengandungi bukti masalah bayaran yang banyak dan berulang, peluang anda berjaya memohon pinjaman daripada bank juga akan menjadi lebih tipis.

Anda boleh semak CCRIS atau CTOS anda daripada laman-laman web yang berkaitan untuk dapat tahu lebih lanjut lagi apa yang mungkin mempengaruhi skor anda dan menjadikan ia lebih susah untuk anda memohon pinjaman peribadi dari bank. Kalau mampu, ambillah langkah untuk memperbaiki skor anda, atau pohon pinjaman anda daripada syarikat yang tidak sangat mementingkan CCRIS dan CTOS, seperti syarikat pinjaman wang berlesen.


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>