Tips Jalan-Jalan di KL Sambil Menjimatkan Wang Anda

8-tips-jalan-jalan-di-KL-sambil-menjimatkan-wang-anda
Share Artikel ini!

Jalan-jalan di KL sambil menjimatkan wang anda menjadi lebih mudah dengan panduan komprehensif ini. KL bukanlah destinasi melancong yang paling murah di negara ini, tetapi ia agak mudah untuk mengehadkan pembelanjaan kepada kurang daripada RM100 sehari.Ini kerana terdapat banyak restoran yang murah, tempat membeli-belah, dan juga tarikan percuma.

Kami telah merangkumi hampir setiap aspek jalan-jalan di KL sambil menjimatkan wang, seperti persiaran, penginapan, membeli-belah, makan, dan pengangkutan. Kami juga memperlihatkan penipuan yang kerap boleh mendatangkan pembelanjaan tambahan yang tidak benar-benar diperlukan. Panduan ini sesuai untuk pelancong yang berminat untuk menjimatkan wang mereka kerana ia membuktikan bahawa anda tidak perlu menghabiskan sejumlah wang yang berlebihan untuk mengalami KL dengan sempurna. Mari kita lihat tips jalan-jalan di KL sambil menjimatkan wang anda.

1. Ambil Pengangkutan Awam… dan Bas Percuma

ambil-pengangkutan-awam

Pengangkutan awam Kuala Lumpur adalah cekap dan murah, menjadikannya mudah untuk meneroka bandar jika anda merancang perjalanan dengan teliti. Destinasi seperti hotel, kawasan hiburan dan pusat membeli-belah biasanya terletak berdekatan dengan stesen monorel dan LRT, dengan tambang sehala bermula dari RM1.20. Kereta api seperti LRT juga sesuai apabila anda perlu sampai ke destinasi anda dalam masa yang singkat, kerana jalan raya di KL kerap mengalami kesesakan pada waktu pagi dan petang. Selain itu, anda juga boleh naik bas percuma “Go KL City” untuk melawat daerah yang terkenal, stesen kereta api, pusat membeli-belah, dan mercu tanda – tanpa mengeluarkan satu sen! Mudah dikenali oleh luarannya yang berwarna-warni, bas yang berhawa dingin ini dilengkapi dengan Wi-Fi percuma dan tanjakan kerusi roda untuk orang kurang upaya.

2. Makan di Restoran Tempatan atau Medan Selera

Makan di luar boleh menjadi mahal di kebanyakan destinasi, tetapi ada kemungkinan juga untuk menjimatkan wang di Kuala Lumpur kerana pilihan tempat makan tempatan yang banyak juga. Medan selera ataupun “food court” di pusat membeli-belah adalah pilihan cermat bagi mereka yang berada dalam kumpulan yang besar dengan pebagai cita rasa yang berbeza, kerana terdapat banyak jenis makanan yang dijual pada harga yang berpatutan. Untuk makan lebih murah, pergi ke kopitiam atau mamak untuk menikmati hidangan seperti nasi lemak, mi goreng, dan roti canai dengan harga yang berpatutan. Harga-harga mungkin berbeza bergantung kepada restoran, tetapi RM15 biasanya cukup sepatutnya membelikan satu hidangan pengisian, lengkap dengan hidangan utama dan sampingan.

3. Pandai Tawar-Menawar di Pasaran Tempatan

Pasar jalan KL boleh dikatakan tempat terbaik untuk membeli-belah dengan anggaran yang murah. Kebanyakkannya terletak di pusat bandar dan mudah diakses melalui LRT atau monorel. “Petaling Street” menempatkan beratus-ratus gerai yang menjual pakaian, kraftangan, aksesori dan perhiasan pada harga yang sangat murah. Perhatikan bahawa bazaar luar ini boleh menjadi agak panas dan lembap. Pakailah kasut yang selesa dan minum banyak air sepanjang lawatan anda.

4. Berjaga-jaga dengan Penyeluk Saku

Seperti mana-mana destinasi di seluruh dunia, di KL juga terdapat kejadian penyeluk saku dan pencurian kecil. Walaupun kejadian malang ini tidak sering berlaku, ia penting untuk anda menjaga diri sendiri supaya selamat sepanjang perjalanan anda. Mengambil langkah berjaga-jaga dan menyedari persekitaran anda adalah penting untuk perjalanan anda yang selamat dan menyenangkan di KL.

5. Sertai Jalan Lawatan Percuma

Sertai jalan lawatan percuma seperti di Walk Heritage yang merupakan lawatan berpandu percuma 11 mercu bersejarah di sekitar Dataran Merdeka. Diadakan setiap Isnin, Rabu, dan Sabtu, anda hanya perlu pergi ke Galeri Bandaraya Kuala Lumpur pada jam 09:00 untuk menikmati lawatan selama 2 ½ jam ini.

6. Jelajahi Tempat Tarikan dan Aktiviti Percuma

Bagi mereka yang lebih suka meneroka sendiri, tarikan percuma dan aktiviti unik berleluasa di bandar. Kuil seperti Kuil Thean Hou, Kuil Sin Sze Si Ya, dan Kuil Kuan Yin terbuka kepada orang ramai. Pastikan anda berpakaian dengan tepat bagi menghormati para penyembah. Jika anda seorang pencinta alam semula jadi, anda mesti melawat Eco Park KL. Terletak berdekatan Menara KL, hutan simpanan ini merupakan satu-satunya hutan hujan tropika yang terletak di tengah-tengah KL. Di sini, para pelawat boleh “hiking” di jambatan “Canopy Walk” yang berukuran 200 meter.

7. Menolak Teksi yang Tidak Guna Meter

Pelancong sering menjadi mangsa kepada pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab yang enggan meggunakan meter dan meminta kadar rata yang melampau. Untuk mengelakkan daripada scam, anda boleh cari kaunter teksi yang terletak di KLIA, KL Sentral dan terminal bas. Anda boleh membeli kupon teksi dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh gunakan aplikasi teksi di fon anda (seperti MyTeksi atau EasyTaxi) untuk menempah perjalanan anda.

8. Menginap di Hotel yang Bersesuaian

Ia lebih baik jika anda melakukan sedikit penyelidikan sebelum menempah sebuah hotel, bukannya menempah terus hanya kerana ia murah. Sebenarnya, KL mempunyai banyak hotel, “Airbnb”, dan tempat penginapan yang murah berdekatan dengan rangkaian pengangkutan awam seperti stesen LRT. Bukan sahaja kos pilihan penginapan ini kurang dripada RM200 setiap malam, anda juga dapat menikmati sarapan pagi, akses Wi-Fi, dan juga peralatan mandian tanpa sebarang caj tambahan.

 

Tip Bonus
Beli Pas Pelancong

Pas KL adalah pas pelancong yang menjimatkan yang membolehkan anda melawat tarikan-tarikan terkenal dan melangkau beratur dengan lorong Laluan Cepat Khas secara percuma. Terdapat pas untuk tempoh satu hari (RM165), tiga hari (RM396) dan enam hari (RM675) – pas ini juga membolehkan anda untuk melawat sekitar bandar melalui “Bas Tour Hop-On Hop KL”. Pas ini pelancong ini memang mahal, tetapi anda sebenarnya boleh dapatkan diskaun untuk pas pelancong ini melalui applikasi atau laman web yang disediakan. Anda juga dapat menikmati diskaun dan tawaran eksklusif di pusat beli-belah, tempat makan dan kedai runcit terpilih. Jika anda ingin merancang perjalanan anda sendiri, ia juga dilengkapi dengan buku panduan percuma yang mengandungi maklumat berguna tentang KL. Tips ini meningkatkan perbelanjaan anda tetapi menjimatkan masa dan membolehkan anda melihat lebih banyak perkara dan sebagainya.

 

 

Ingin mencari pinjaman peribadi untuk pergi melancong? Dapatkan di lokasi anda sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>