4 Tips Untuk Memaksimumkan Keuntungan E-Wallet Anda

Memaksimumkan Keuntungan E-Wallet Anda
Share Artikel ini!

Pada zaman “cashless” ini, orang ramai semakin kurang menggunakan wang kertas, dan semakin kerap menggunakan sistem bayaran digital, contohnya kad kredit/debit, app pembayaran seperti Favepay/QR Pay/BigPay, dan E-Wallet. Selain memudahkan proses pembayaran, bayaran digital juga kerap menawarkan manfaat seperti mata ganjaran, cashback, diskaun, dan sebagainya untuk menggalakkan pengguna memilih platform tersebut untuk menjalankan pembayaran mereka. Sebagai seorang pengguna yang bijak, anda bolehlah memaksimumkan keuntungan e-wallet anda dengan mengikuti 4 tips berikut.

  1. Gunakan kad kredit anda untuk ‘top up’ E-Wallet
    Kebanyakan kad kredit menawarkan ganjaran sendiri, contohnya cashback ataupun mata ganjaran untuk setiap pembelanjaan. Jika anda menggunakan kad kredit untuk “top up” E-Wallet, lalu menggunakan E-Wallet untuk membayar jumlah yang diperlukan, anda boleh dapat dua kali ganjaran – daripada kad kredit, dan sekali lagi daripada E-Wallet!

 

  1. Bayar dahulu untuk kawan-kawan anda
    Jika anda keluar berseronok dengan kawan-kawan ataupun keluarga, anda boleh bayar dahulu untuk kumpulan sekalian, lalu dibayar balik nanti dengan wang tunai ataupun pemindahan bank. Akhirnya, jumlah yang anda belanjakan adalah sama, tetapi anda akan dapat ganjaran berdasarkan jumlah yang lebih tinggi berbanding dengan membayar untuk diri sendiri sahaja.

 

  1. Gunakan pelbagai E-Wallet

    Terdapat ramai jenis E-Wallet yang aktif di Malaysia sekarang, dan E-Wallet baru masih kerap timbul. Kajilah kerperluan anda dan manfaat yang ditawarkan oleh setiap E-Wallet, lalu pilihlah E-Wallet yang paling sesuai untuk transaksi yang anda ingin menjalankan. Contohnya, E-Wallet Boost boleh digunakan untuk membayar bil dan utiliti, malah E-Wallet Touch & Go boleh digunakan untuk toll dan pembelanjaan gaya hidup di mana ia menawarkan ramai diskaun dengan syarikat F&B dan pengangkutan.

 

  1. Kaji diskaun yang ditawarkan dengan teliti

    Sebelum anda membeli apa-apa, kaji dahulu promosi terkini yang ditawarkan oleh E-Wallet yang anda guna. Mungkin ngam-ngam ada promosi untuk barang yang anda ingin membeli itu, ataupun anda boleh mendapatkan idea untuk tempat makan, berseronok, dan sebagainya berdasarkan diskaun yang diberi oleh E-Wallet anda.

Jadilah pengguna bijak dan memaksimumkan keuntungan E-Wallet anda pada hari ini! Nak untung lebih lagi? Bacalah artikel kami tentang 9 Cara Menjana Duit Tambahan Sambil Tidur!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>