Apakah Itu AKPK
Share Artikel ini!

Pernahkah anda dengar akronim “AKPK”? Dalam video lawak Douglas Lim ini, pelbagai “watak” cuba berteka-teki apakah itu “AKPK” ini. Marilah kita tonton bersama-sama.

 

Dapatkah anda teka apakah itu “AKPK” ini? Walaupun kita seronok menikmati video lawak Douglas Lim ini, kita perlu juga mengambil tahu betapa seriusnya masalah pengurusan hutang ini. Jika anda sedang bergelut dengan hutang, ambillah langkah pertama untuk memulihkan keadaan sendiri. Hubungilah AKPK untuk mendapatkan bantuan percuma melalui program DMP untuk menguruskan hal kewangan anda. Mereka bersedia menghulurkan bantuan berdasarkan keperluan anda – dari nasihat kewangan ringkas hingga pengaturan semula hutang anda untuk mencapai skima pembayaran mengikut kemampuan diri anda.

Mesej yang paling penting dalam video Douglas Lim ini adalah: Jangan sesekali berasa malu kerana anda memerlukan bantuan daripada AKPK untuk mengatasi masalah kewangan anda. Kesusahan kewangan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja – yang pentingnya adalah kekuatan diri untuk mengambil langkah untuk memperbaiki situasi anda. Jika anda bersedia mencari bantuan daripada AKPK, hubungilah mereka melalui laman web rasmi di pautan ini.


Share Artikel ini!

2 Komen

  1. Ada akpk memantau syarikat pemberi pinjaman .

    Reply
    • Hai @Norazaman

      Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

      Aktiviti utama agensi ini ialah: Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan Program Pengurusan Kredit

      Terima kasih.

      Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>