Jenis-Jenis Penghutang
Share Artikel ini!

Kebanyakan kita akan menjadi penghutang ataupun pemiutang dalam hidup ini, walaupun bagi hutang kecil ataupun besar. Hutang ini biasanya bukannya topik yang seronok untuk dibincang; namun, dalam video lawak ini, Douglas Lim menunjukkan contoh jenis-jenis perangai penghutang yang cuba mengelakkan tanggungjawab bayaran mereka dengan alasan yang amat kelakar.

 

Pernahkah anda menjumpai orang yang berkelakuan seperti contoh Douglas Lim dalam video ini? Atau adakah anda mengenali perangai diri anda dalam mana-mana watak tersebut? Walaupun kita seronok menikmati video lawak Douglas Lim ini, kita perlu juga mengambil tahu betapa seriusnya masalah pengurusan hutang ini. Jika anda sedang bergelut dan tidak mampu membayar hutang anda, ambillah langkah pertama untuk memulihkan keadaan sendiri. Hubungilah AKPK untuk mendapatkan bantuan percuma melalui program DMP untuk menguruskan hal kewangan anda. Mereka bersedia menghulurkan bantuan berdasarkan keperluan anda – dari nasihat kewangan ringkas hingga pengaturan semula hutang anda untuk mencapai skima pembayaran mengikut kemampuan diri anda.

Mesej yang paling penting dalam video Douglas Lim ini adalah: Ambillah tanggungjawab anda sebagai penghutang dengan amat serius, dan bayarlah hutang anda dengan tepat untuk mengelakkan menyusahkan diri dan orang lain. Jika anda tidak mampu membayar balik, janganlah pinjam. Namun, jika anda telahpun mengumpul hutang yang berat dan tidak mampu mengatasinya, jangan sesekali berasa malu untuk mencari bantuan daripada AKPK. Kesusahan kewangan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja – yang pentingnya adalah kekuatan diri untuk mengambil langkah untuk memperbaiki situasi anda. Jika anda bersedia mencari bantuan daripada AKPK, hubungilah mereka melalui laman web rasmi di pautan ini.


Share Artikel ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>