Golongan M40: Cara Mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman

M40 Cara Mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman
Share Artikel ini!

Pandemik COVID dan ketidaktentuan ekonomi pada masa ini telah menjejaskan status kewangan bagi ramai orang. Secara automatik, kami sebagai sebuah masyarakat merisaukan golongan B40, iaitu golongan berpendapatan terendah di Malaysia. Terdapat beberapa jenis bantuan kewangan yang diberikan secara automatik kepada golongan B40 ini, yang telah lama direkodkan oleh kerajaan sebagai golongan berisiko tinggi yang memerlukan bantuan khas dengan kemerosotan ekonomi. Namun, bagaimana pula dengan golongan M40? Golongan ini dianggap lebih stabil dari segi kewangan kerana sebelum ini telah berpendapatan sederhana-tinggi secara konsisten. Walaubagaimanapun, dengan pandemik COVID, perlaksanaan PKP dan seterusnya PKPB pada tahun ini, terdapat ramai orang dalam golongan M40 yang turut terjejas disebabkan potongan gaji, kehilangan kerja, penutupan perniagaan, dan sebaginya. Bagi golongan istimewa ini, ia boleh berasa amat susah untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan, kerana bantuan ini tidak dihulurkan secara automatik seperti bagi golongan B40. Namun, dengan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, semua orang yang terjejas dalam golongan M40 juga boleh memperolehi bantuan yang diperlukan untuk mengatasi masalah kewangan pada masa ini. Berikut adalah garis panduan bagi golongan M40 cara mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman.

Apakah Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Yang Sedia Ada Untuk Golongan M40?

Menurut Bank Negara Malaysia, golongan M40 layak menerima bantuan mengikut tahap penjejasan yang dihadapi. Orang yang hilang pekerjaan layak menerima lanjutan moratorium selama 3 bulan supaya boleh menangguhkan bayaran ansuran hutang untuk meringankan beban sehingga jawatan baru boleh dicari. Bagi orang yang sumber pendapatan berkurangan namun tidak hilang sepenuhnya, mereka boleh mengaturkan pengurangan ansuran bulanan sepadan dengan pengurangan pendapatan selama 6 bulan. Mereka juga boleh pilih untuk membayar faedah pinjaman sahaja dulu sehingga boleh menampung jumlah penuh ansuran bulanan pinjaman. Ataupun, mereka boleh membincangkan dengan bank sendiri skema bayaran yang paling sesuai berdasarkan kemampuan diri sehingga kedudukan kewangan mereka menjadi lebih stabil.

Bagaimanakah Golongan M40 Boleh Mendapatkan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman Ini?

Jika anda seorang penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN), anda hanya perlu menghubungi bank anda untuk menisytiharkan diri dan mengurangkan ansuran bulanan anda. Bank-bank akan mengambil kira pendapatan anda dan pasangan anda dan akan memberi keputusan permohonan anda dalam masa 5 hari. Jika anda bukan seorang penerima BPN, anda juga layak menerima bantuan daripada bank anda; namun, anda akan diminta mengemukakan dokumen lebih dan mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk memproses permohonan anda.

PERHATIAN: Tiada apa-apa yuran/caj yang patut dikenakan oleh bank untuk memproses permohonan anda untuk mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman. Jika anda diminta membuat apa-apa bayaran untuk memperolehi pertolongan ini, anda perlu berwaspada dan menyemak semula kesahihan ejen yang mengaku mewakili bank itu.

Bagaimanakan Jika Bantuan Yang Ditawarkan Oleh Bank Tidak Mencukupi?

Mungkin bank anda hanya meluluskan pengurangan kadar ansuran bulanan anda, namun anda betul-betul tak mampu membayarinya dan memerlukan menunggakan ansuran untuk beberapa bulan. Anda boleh menghubungi AKPK melalui laman web mereka ataupun memanggil 03-2616 7766 untuk menyelaraskan bantuan bayaran alternatif selain daripada apa yang telah ditawarkan oleh bank anda.

Bagaimanakah Jika Bank Telah Menolak Permohonan / Tidak Menerima Apa-Apa Jawapan Daripada Bank?

Untuk sebarang aduan tentang proses permohonan bantuan bayaran balik selama tempoh PKPB ini, anda boleh menghubungi BNMTELELINK melalui laman web mereka ataupun memanggil 1300-88-5465. Bank Negara telah memberi jaminan bahawa semua orang (tidak kira kumpulan pendapatan) yang memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman akan menerimanya, dengan kadar kelulusan permohonan setinggi 98% sejak 9 Oktober 2020.

Jika anda memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman peribadi, pastilah anda mencarinya di antara syarikat pinjaman peribadi yang sah dan selamat sahaja. Pohonlah sekarang!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>