Pinjaman Peribadi Bank Vs Syarikat Pinjaman Berlesen?

pinjaman peribadi bank
Share Artikel ini!

Jika anda sedang mencari pinjaman peribadi, anda pasti tahu bahawa terdapat pelbagai jenis pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh beberapa pihak di Malaysia. Pihak-pihak terutama yang menawarkan pinjaman peribadi yang sah dan selamat adalah bank dan syarikat pinjaman berlesen. Pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh dua-dua pihak ini masing-masing mempunyai ciri-ciri sendiri, dan anda perlu mempertimbangkan tawaran yang terbaik untuk situasi diri sendiri. Namun, apakah bezanya Pinjaman Peribadi Bank berbanding dengan pinjaman peribadi daripada syarikat pinjaman berlesen? Mari kita kajikan.

Perbezaan Pinjaman Peribadi Bank Dengan Syarikat Pinjaman Berlesen

1. Kelayakan Pinjaman Peribadi Bank

Perbezaan terutama adalah isu kelayakan – pinjaman daripada bank biasanya ada syarat-syarat kelayakan yang amat ketat. Kebanyakan bank memerlukan pemohon untuk bergaji tetap minima RM2000 untuk layak memohon pinjaman peribadi. Tambah lagi, pendapatan ini perlu dibuktikan dengan slip gaji, penyata EPF, verifikasi majikan, dan sebagainya. Banding dengan pinjaman peribadi daripada syarikat berlesen, di mana anda sebagai pemohon layak dengan gaji bulanan minima RM1000 secara umum, dan tidak semestinya ada gaji slip tetap, asalkan ada pendapatan bulanan yang boleh terbukti.

Jika anda mempunyai skor kredit (CCRIS/CTOS/Blacklist) yang tidak cantik, anda juga kemungkinan besar tidak layak memohon pinjaman bank. Syarikat pinjaman berlesen pula biasanya terbuka kepada pelanggan yang mempunyai masalah skor kredit, dan setiap permohonan akan dipertimbangkan kes demi kes untuk menentukan kelayakan.

2. Proses Pinjaman Peribadi Bank

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pun ada perbezaannya. Bagi pinjaman peribadi bank, anda diperlukan mengemukakan slip gaji 3 bulan, surat pengesahan majikan, dan Borang EA. Manakala bagi pinjaman peribadi syarikat pinjaman berlesen, anda tidak semestinya mempunyai dokumen ini (contohnya jika anda berniaga sendiri), asalkan anda ada pendapatan bulanan stabil yang boleh dibuktikan.

Setelah menghantar permohonan, bank-bank biasanya ada ramai proses dan dokumentasi yang diperlukan, dan boleh mengambil masa lebih lama (contohnya sehingga 7 hari bekerja atau lebih) untuk memproses permohonan anda. Setiap syarikat pinjaman berlesen yang disenaraikan di iPinjaman Peribadi menyatakan masa pemprosesan sendiri, namun secara purata, permohonan anda akan diproses dalam masa 1-3 hari.

3. Ciri-Ciri Pinjaman Peribadi Bank

Bank-bank biasanya ada beberapa jenis tawaran pinjaman yang berbeza mengikuti jumlah dan tempoh pinjaman yang dicari oleh pemohon. Malah, biasanya bank-bank lebih kerap menawarkan pinjaman jumlah yang besar (RM10,000 sehingga RM200,000) untuk tempoh yang lebih panjang (antara 5-20 tahun). Pinjaman yang ditawarkan oleh syarikat peminjam berlesen pula biasanya berjumlah lebih kecil (serendah RM1000, sehingga RM100,000) bagi tempoh yang lebih singkat (beberapa bulan sehingga beberapa tahun).

Selain itu, dua-dua jenis pinjaman peribadi adalah sah di sisi undang-undang Malaysia, dan dikawal oleh Akta berkaitan untuk sentiasa menjamin keselamatan peminjam. Ianya penting untuk membezakan syarikat pinjaman berlesen daripada Ah Long, yang tidak berlesen dan tidak terkawal di bawah mana-mana Akta di Malaysia. Sebenarnya, Ah Long ini kerap menyamar diri sebagai wakil Bank ataupun Syarikat Berlesen untuk menjalankan scam kewangan. Jadi, jagalah keselamatan diri sendiri dan mengesahkan identiti agen yang membantu anda mendapatkana pinjaman. Jika sah seorang wakil bank ataupun syarikat pinjaman berlesen, anda hanya perlu memilih pinjaman peribadi yang sesuai bagi keperluan anda. Semoga anda berjaya mendapatkan pinjaman peribadi yang anda perlukan!

Carilah pinjaman peribadi yang cepat, mudah, dan selamat melalui iPinjaman Peribadi sekarang. Pilih lokasi anda dan bandingkan syarikat berdekatan untuk mencari syarikat yang terbaik untuk anda!


Share Artikel ini!

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>