4 Jenis Emosi Yang Kerap Digunakan Oleh Scammer

emosi yang kerap digunakan oleh scammer
Share Artikel ini!

Setiap scammer ada satu matlamat: menggesa anda supaya mengambil tindakan yang diingini. Sama ada mendedahkan maklumat peribadi, membayar duit, ataupun menyertai skema yang dicipta, semua scammer ingin memastikan anda bertindak mengikut hasrat mereka, secepat mungkin. Taktik yang paling berkuasa untuk mencapai matlamat ini adalah dengan mempermainkan emosi seseorang mangsa. Berikut adalah 4 jenis emosi yang kerap digunakan oleh scammer.

1. Kebimbangan

Scammer amat suka menambah kebimbangan atau kegelisahan untuk mengkaburkan proses pemikiran dan mendesak anda untuk mengambil langkah yang mungkin kurang logik. Apabila anda dalam keadaan bimbang, mereka boleh mengambil peranan “penyelamat”, dan mempersembahkan produk scam mereka sebagai solusi kepada masalah anda. Scammer yang menggunakan taktik begini mungkin menekankan bahawa status kewangan anda amat tidak stabil, promosi yang ditawarkan akan berakhir hari itu juga, orang lain akan mengambil kesempatan jika anda tidak bersetuju sekarang juga, dan banyak lagi.

2. Kesalahan

Sebagai ahli masyarakat, semua kita ada tanggungjawab – kepada ibubapa, anak, suami isteri, kawan-kawan, rakan sekerja, dan sebagainya. Sebanyak mungkin, kita berusaha untuk menunaikan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut – namun, scammer amat pandai untuk menimbulkan perasaan serba salah. Contohnya, scammer mungkin menggunakan perkataan seperti “Taknak ke bawa ibu ayah pergi haji?” ataupun “Pasti tak anda ada duit mencukupi untuk hantar anak masuk pengajian tinggi nanti?”. Taktik begini menimbulkan rasa bersalah dan kita mula percaya bahawa kita patut berbuat lebih banyak untuk orang tersayang. Dengan ini, senang juga untuk memujuk kita mengikut nasihat scammer tersebut.

3. Kebosanan

“Sampai bila nak kerja makan gaji?” Kebanyakan kita memang tidak teruja untuk masuk kerja setiap hari. Kesesakan lalu lintas, keadaan ofis yang kurang memuaskan, kepenatan selepas bekerja sepanjang hari – semua ini boleh menimbulkan perasaan bosan, dan pesimisme terhadap masa depan. Scammer meminta anda bayangkan bahawa anda terpaksa buat kerja yang sama, setiap hari, untuk bertahun-tahun berterusan – dan menawarkan anda “cara lebih baik” untuk menjana pendapatan. Namun, ramai skema ini memerlukan anda untuk membayar duit dulu sebelum menyertainya, dan selepas menyertainya memang sukar untuk menjana pendapatan stabil. Namun, pada detik itu, tawaran MLM atau scam tersebut nampak amat menarik kerana anda mungkin dapat melarikan diri daripada rutin harian yang membosankan.

4. Kecemburuan

Ramai scammer juga berusaha untuk menimbulkan perasaan cemburu, dengan menggunakan imej kereta mewah, gajet terbaru, pelancongan ke luar negara, dan sebagainya. Mereka menawarkan “pinjaman” dan mencadangkan berbagai cara untuk menggunakannya untuk memperkayakan hidup anda. Namun, semua pembelanjaan ini adalah untuk sementara sahaja, dan tidak akan membantu anda untuk mencapai status kewangan yang lebih stabil pada masa depan. Oleh sebab kita tertarik dengan imej yang menampilkan semua barang dan pengalaman yang belum lagi dicapai, perasaan cemburu dan nafsu mungkin mendesak kita untuk mengambil tawaran scammer tersebut.

Sebanyak mungkin bila mengendalikan apa-apa hal kewangan, kita patut cuba mengasingkan emosi daripada logik. Perasaan adalah faktor yang amat berkuasa, dan boleh digunakan oleh scammer untuk mengumpul mangsa jika kita tidak sentiasa berwaspada. Sedang mencari pinjaman peribadi yang cepat, mudah, dan selamat? Carilah di iPinjaman Peribadi sekarang!


Share Artikel ini!

1 Comment

  1. Jenayah siber di negara ini semakin meningkat malah taktik yang digunakan scammer juga makin ‘mengganas’ bagi memperdaya dan menipu mangsa yang kurang celik mengenai isu ini.

    Kini, tiba-tiba sahaja dimasukkan dalam kumpulan terutamanya kumpulan skim pelaburan di Telegram, makna­nya itu adalah scammer. Ia adalah scam!

    Reply

Kongsi Pendapat Anda

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>